Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Demonstrasi cukai

DEMOSTRASI AKIBAT CUKAI PADA ZAMAN ZOHIR BABERS

Sebelum berlakunya Perang Ain Jalut pada 1260 M, berlakunya beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan cukai sehingga menyebabkan rakyat bangkit dan menentang kerajaan ketika itu.

Zohir Babers yang merupakan “Menteri Besar” Kaherah telah dilantik oleh Raja Mesir ketika itu, Saifuddin Quttuz, untuk mengepalai peperangan Ain Jalut, iaitu Perang di antara tentera Mesir dengan tentera Tatar.

Disebabkan belanjawan perang yang tidak mencukupi, beliau (Zohir Babers) bersama Ahli Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengenakan cukai kepada rakyat, bagi menampung perbelanjaan tersebut. Beliau telah memanggil ulamak-ulamak di seluruh Mesir untuk berbincang dari segi hukum hakamnya.

Setelah ditanya kepada semua ulamak yang hadir, Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam bangkit menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Beliau mengatakan;

“Haram mengenakan cukai kepada rakyat selagimana kemewahan masih terdapat dalam istana tuanku”

Bermaksud, haram mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan pemerintah masih hidup bermewah. Lalu Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dihalau keluar dari bumi Kaherah, menyebabkan rakyat bangkit berdemostrasi menentang kerajaan yang menghalau seorang ulamak yang berani menyatakan hukum haramnya cukai ketika itu.

Lalu cadangan mengenakan cukai dan tindakan menghalau Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dibatalkan. Setelah cukai tidak dikenakan, rakyat bangkit memberi sumbangan dan keperluan perang bagi sama-sama menghadapi tentera Tatar sehingga berjaya dengan slogan

وإسلاماه

*wa Islamaah = demi Islam yang tercinta

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil,
Exco Dewan Pemuda PAS,
Negeri Perak.

Himpunan besara-besaran

Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

HIMPUNAN LEBIH BESAR JIKA KERAJAAN GAGAL BERUBAH
(1 Disember 2014)

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada ribuan anak muda yang hadir dengan berpakaian hitam di Dataran Merdeka malam tadi. Saya menganggap kehadiran mereka sebagai tanda rakyat amat menghormati nilai demokrasi di negara ini. Anak-anak muda hadir dengan penuh semangat mengenepikan sentimen perkauman, warna kulit, agama dan budaya semata-mata dengan satu suara, iaitu membantah kerajaan menaikkan harga barangan.

Kehadiran mereka adalah sebagai suatu amarah dan juga amaran, bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kesempitan hidup yang dialami. Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya dan jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan.

Dalam pada pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap himpunan malam tadi, seperti himpunan mahu menggulingkan kerajaan, kini setelah selesai himpunan, kita semua tertanya kerajaan mana yang telah terguling, bom mana yang sudah meletup, dan di mana dia kebimbangan mengenai lebih daripada 1300 laporan polis dibuat terhadap penganjur?

Jelaslah kini bahawa segala tohmahan tersebut adalah sekadar ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri serta igauan buruk bahawa rakyat bangkit menentang kebobrokan dan kepongahan kerajaan. Kerajaan dilihat gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan membiarkan rakyat terus sengsara dengan kenaikan harga barang, sedangkan pemimpin negara hidup mewah dan berboros berbelanja hasil duit rakyat.

Tohmahan dan ancaman yang dilemparkan tidak mampu melemahkan kebangkitan rakyat, malah anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, October 3, 2013

Prk Dun Sg Limau

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Makluman awal SPR berkaitan Prk sg limau

Borg dijual: 10 oktober
Pnmaan: 23 oktober. Rabu
Undi: 4 November.  Isnin

Anggaran perblnjaan prk sg limau. RM1.3 juta

Kenyataan media isu ASET STADIUM

Kenyataan Media (2 Oktober 2013)
 
ASET STADIUM: KERAJAAN NEGERI PERLU BANTU

 
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sedikit kesal berikutan aset-aset stadium yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin seperti Velodrome Rakyat dan juga Stadium Indera Mulia. Bagi Velodrome Rakyat, pertandingan acara berbasikal jarang sekali diadakan di situ dan secara tidak langsung penyelenggaraannya amat besar dan ianya tidak berbaloi dengan kewujudannya. Manakala Stadium Indera Mulia pula, aktiviti sukan tertutup seperti pertandingan acara Badminton dan Futsal yang menjadi minat rakyat tidak ada pula penganjurannya bagi memaksimakan aset sedia ada tersebut.

 

Untuk Stadium Perak dan Stadium Sultan Azlan Shah pula yang kami lihat, ada beberapa penganjuran seperti pertandingan Liga Super yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan manakala Persatuan Hoki Malaysia (MHF) turut menganjurkan pertandingan Piala Sultan Azlan Shah saban tahun. Kami merasakan, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Perak memberikan fokus peruntukan dana sukan kepada penganjuran sukan-sukan rakyat dan secara tidak langsung memanfaatkan aset stadium sedia ada tersebut. Bagi kami, ianya boleh dianjurkan secara liga atau pertandingan-pertandingan kelas nasional mahupun peringkat dunia sepertimana Piala Sultan Azlan Shah bagi sukan hoki.

 

Kami mengharapkan perbentangan Bajet Negeri Perak kelak akan memberikan tumpuan kepada aset stadium dan dalam masa yang sama menumpukan sukan rakyat seperti bolasepak, hoki, badminton, futsal dan juga berbasikal. Kami merasakan sukan-sukan tersebut memerlukan suntukan kerajaan negeri bagi menganjurkan pertandingan kelas nasional dan juga dunia. Ianya dalam masa yang sama akan memastikan kewujudan aset stadium ini tidak terbiar begitu sahaja dan ianya akan menyuntik sektor pelancongan sukan secara tidak langsung bagi merancakkkan ekonomi Negeri Perak khasnya. Kami mengharapkan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir bersedia menyahut pandangan kami demi melihat kecemerlangan Perak di mata dunia!

 

 

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Koordinator,

Jawatankuasa Isu dan Strategik,

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Saturday, May 25, 2013

Parlimen akan dibubarkan


ANAK MUDA MAHUKAN PERUBAHAN!
PASCA PRU13 MEMBUKTIKAN BANYAK PENIPUAN SPR DAN UMNOBN DIDEDAHKAN SEMASA PRU. 
DAKWAT TAK KEKAL+BLACKOUT+UNDIAN BERGANDA+WARGA ASING MENGUNDI+PETI UNDI HILANG+TAMBAHAN PETI UNDI ETC.
ANAK MUDA MENUNTUT SPR BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEBODOHAN PENGERUSI SPR INI.
PRU PERLU DIADAKAN SEMULA !!!!!!!!!


Wednesday, May 22, 2013

Stand Dppk Tambun 3 Isu Utama

Melalui perbincangan dan perbahasan isu dalam usrah bulanan semalam, Dppk Tambun telah sepakat dan dan mempunyai stand terhadap beberapa isu yg menjadi perdebatan dan buah mulut dikalangan pendokong dan penyokong PAS. Dppk Tambun sepakat dalam bebarapa isu sesuai dgn konsep wahdatul fikr wahdatul amal dalam amal islami.

1)      Isu kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.  Ramai penyokong PAS terkeliru dengan kenyataan TGHA sehingga menafsirkan kenyataan yang bercanggah kononnya TGHA menyeru ahli supaya bersyukur dan bersabar semata-mata tanpa perlu buat apa-apa.  Jika difahami melalui kenyataan TGHA, beliau menyeru ahli supaya BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN PAS DAN PR DI NEGERI YANG DITAWAN, DAN BERSABAR DENGAN KEKALAHAN & PENIPUAN YANG BERLAKU. Dppk Tambun teguh dengan stand untuk bersama dalam seruan TGHA. Analogi mudah yang boleh diumpamakan adalah kita perlu bersabar jika rumah kita diceroboh dan dimasuki pencuri. Sabar itu adalah sifat yang diajar dalam Islam. Berkaitan pencuri yang telah melakukan kesalahan, kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Laporan polis dan tindakan susulan perlu dibuat supaya pencuri dihukum dan pencegahan untuk masa hadapan. Kembali kepada kenyataan TGHA, beliau tidak pula meyeru ahli untuk berdiam diri sahaja. Tindakan perlu dilakukan atas penipuan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu, melalui saluran yang disediakan. Petisyen dan bantahan mesti diteruskan untuk menumbangkan rejim UmnoBN.

2)      Isu kenyataan Timb. Ketua DPP Malaysia,Ustaz Nik Abduh "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” Segelintir ahli dan puak Umno telah membuat kesimpulan begitu pantas dengan meletakkan Ustaz nik Abduh tidak selari dengan pimpinan PR. Dppk Tambun bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh dan menyimpulkan Malaysia tidaklah seteruk Mesir dizaman Hosni Mubarak. Tatkala zaman Hosni, Ikhwan Muslimin dinafikan terus untuk bertanding dalam pilihanraya dan dibelasah total oleh kerajaan Hosni. Di Malaysia, jemaah PAS masih diberikan ruang untuk bertanding dan mendapat kemenangan dibeberapa negeri dan mewakili rakyat dalam Parlimen. Isunya, untuk menumbangkan kerajaan melalui kaedah ‘spring’ seperti di Mesir adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang, sesuai dengan waqi’ semasa. PAS dan PR diberikan ruang untuk membuat petisyen dan menuntut hak di mahkamah. Jika ikutkan hati anak muda,memang memberontak untuk menumbangkan UmnoBN. Tapi perlu difahami, PAS adalah PARTI POLITIK DAN GERAKAN DAKWAH, segala tindak tanduk perlu selari dengan tuntutan dakwah dan kemenangan PR. Strategi perlu disusun semula untuk menang. Jika berlaku ‘spring’ di Malaysia seperti di Mesir, dikhuatiri membantutkan usaha dakwah PAS selama ini. Umno akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk melumpuhkan PR.

3)      Himpunan Blackout Tapah 23 Mei- pada 13 Mei yang lalu, pimpinan PAS telah mengeluarkan peringatan kepada ahli supaya berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang himpunan pada malam 13 Mei. Seribu kemungkinan boleh berlaku pada malam 13 Mei, seperti yang berlaku pada tahun 1969. Dalam isu Bersih, mereka mampu membuat provokasi memburukkan imej himpunan dan parti. Perkara yang sama boleh berlaku pada malam 13 Mei, mungkin lebih teruk! Sejarah 13Mei tidak boleh lari dari isu pembunuhan kaum. Jika provokasi berlaku pada malam itu, fitnah dan mudarat yang lebih besar menanti jemaah PAS dan mungkin diharamkan terus. Mengambil pendekatan langkah berjaga-jaga, menjaga kesinambungan jemaah Islam PAS itu lebih utama. 13 Mei telah berlalu dan segala himpunan selepas itu adalah diseru untuk bersama. Dppk Tambun menyeru anak-anak muda Kawasan Tambun untuk turun beramai-ramai ke Himpunan Blackout Tapah 23 Mei ini. Kita gelapkan lagi malam yang gelap itu dengan memakai baju hitam.



Wednesday, May 15, 2013

Ustaz Kazim Elias hina hukum Allah

Bila duniawi yang dikejar, agama Allah pun sanggup dipersendakan. Berkawan dengan Umno inilah jadinye...

Thursday, May 9, 2013

Umno wujudkan kembali 13 Mei


Akhir2 ini Umno mula ligat main isu perkauman dan cuba melaga-lagakan bangsa Melayu dan Cina. Bukan setakat kitab utama Umno, Utusan Sex je yang mainkan isu ni, macai2 blogger Umno jugak diseluruh Malaysia cuba meniupkan isu perkauman. 

Mereka cuba menghidupkan kembali sejarah 13 Mei 1969, apabila bangsa Melayu dan Cina berbunuh, Umno akan muncul cuba menjadi hero. Umno kononnya membawa Islam dah jadi fitnah kepada bangsa dan agama lain. Kami umat Islam tidak sesekali akan redha dgn perancangan jahat ala Zionis ni..

Monday, April 15, 2013

Calon PAS N23 Manjoi


Undilah Calon PAS N23 Hj Asmuni Awi. Pastikan kemenangan Dun Manjoi milik kita..TAKBIR !!!!

Monday, March 18, 2013

Dr Asri: Kekalkan Kerajaan Kelantan


KOTA BHARU: “Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.

Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.

Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.

Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.

Wednesday, February 27, 2013

BOIKOT SARKIS UMNO



TERKINI DUA ORANG PELAWAK SARKIS UMNO,NABIL DAN SALIH YAKUB KAW KAW PUNYE PERLEKEHKAN PAKATAN RAKYAT. CUBA KLIK https://www.youtube.com/watch?v=KZGgE8rxTXo .JANGAN INGAT SAMPAI BILA-BILA RATING ANDA DI ATAS, TUNGGULAH SAAT RAKYAT MEMBOIKOT DUA SARKIS UMNO NI. SILA MOHON MAAF SECARA TERBUKA!

Sunday, January 27, 2013

Ustaz Nasha dilucut dari Majlis Syura Ulama



Ustaz Nasha baru-baru ni telah dilucutkan dari Majlis Syura Ulama PAS tetapi keahlian PASnya masih dikekalkan. Tindak tanduknya banyak merugikan jemaah islam dan memberi kredit kepada pihak musuh. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya kembali kepada perjuangan Islam.

Jangan terlalu mengejar habuan dunia. BN bakal tumbang PRU 13 ni, kemanalah agaknya hamba Allah ni nak cari pot lepas ni...

Brutal: Belasah Mahasiswa Perak di Mesir

IPOH: Dua NGO anak muda hari ini menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir berhubung insiden seorang pelajar dari negeri itu di Mesir yang didakwa dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak.

Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman.

Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah mendapat pelbagai aduan tentang pegawai HEP terbabit dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Beliau (pegawai HEP terbabit) dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Selain itu, Hafez mendedahkan, pihaknya juga sering menerima aduan tentang sikap pegawai tersebut yang tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan bersikap  sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama pegawai terbabit dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Katanya, bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang pegawai itu yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda Umno di Mesir sudah diperolehinya.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Tuesday, January 22, 2013

Umno usaha buang Islam


KUALA LUMPUR: Cubaan Umno untuk melarang perkataan Islam digunakan oleh parti politik bukan perkara baru malah telah disuarakan sejak 40 tahun dahulu lagi.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan itu sebenarnya dibuat dipercayai kerana Umno terancam dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS itu sendiri.

"Usaha untuk membuang nama Islam daripada parti politik telah dimulakan UMNO sejak 40 tahun dahulu kerana Umno berasa terancam dengan akhlak dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang banyak bertentangan dengan pembawaan dan sikap pemimpin Umno.


"PAS menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah selari dengan prinsip dan matlamat perjuangan Islam dan setakat ini pimpinan PAS berjaya buktikan bahawa prinsip Islam tidak akan digadai untuk kepentingan politik sebagaimana yang dibuat oleh Umno," katanya.

Nasaei yang juga Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik semalam.

Rahim semalam berkata, satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak.

Mengulas lanjut Nasaie berkata, isu yang dibangkit Rahim itu tidak lebih sebagai menyanyikan lagu lama.

Rahim katanya, patut menilai diri sendiri dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan agama Islam itu sendiri.

"Kes salah laku moral pemimpin Umno sendiri telah memberikan imej dan persepsi buruk kepada agama Islam itu sendiri walaupun parti yang mereka dokong bukan bernama Islam.

"Saya mendesak beliau agak menarik balik kenyataan tersebut dan sepatutnya menghormati keputusan Majlis Raja-raja pada 2001 yang membenarkan perkataan Islam digunakan kepada mana-mana pertubuhan dan parti politik mahalah digalakkan dengan prinsip ilmu, ihsan dan iman," jelasnya.

Thursday, October 4, 2012

#tanya najib ( Bajet 2013)

Setakat pukul 11 malam tadi, 8368 telah dislike dan hanya 229 like. #tanya najib menjadi bahan lawak dan jenaka untuk semua penduduk bumi. Setiap saat rating dislike akan bertambah. Tak lama lagi PM Malaysia ini pasti akan hantar surat rasmi ke Youtube untuk block semua access #tanya najib. Selamat tinggal BN...........

Tuesday, June 12, 2012

Himpunan Hijau Peringkat Perak



Bersama hijaukan Bagan Serai sabtu ini...

Saturday, May 12, 2012

Peserta Sambutan Umno ke 66 dapat RM 300 seorang

11-13 Mei 2012 berlangsunglah Sambutan Umno ke 66 di Stadium Putra Bukit Jalil. Maka TV 3 suku dan Berita Hairan mahupun Utusan Sex mula mencanang kononnya ratusan ribu hadir ke sambutan terakhir umno ini. Sekali pandang macam gempak..tapi hakikatnya?? Semua tu hanyalah untuk menyedapkan hati Najib semata-mata . Ribuan ringgit dibayar kepada peserta semata-mata jadi habuan untuk hadir ke sambutan merapu ni.





macam budak sekolah je ni. sejak bila pulak budak sekolah dibenarkan berpolitik ni





setiap seorang dapat RM 300 beb..teman pun nak pegi weh




Yang kat bawah ni pulak Najib terpaksa kerah mahasiswa pulak datang ke sambutan ni. Mahasiswa pun dah dibenarkan berpolitik...jeng jeng. Dulu berkobar-kobar melarang mahasiswa berpolitik. Cakap tak serupa bikin...!
                            !
                            !
                            !
                            !
                            !
                            !


Tuesday, May 8, 2012

Dr Maza bidas Majlis Fatwa yang senget



janganlah kerana mahukan kelansungan pangkat dan jawatan, agama dipertaruhkan. Sedarlah segalanya akan dipersoalkan di Mahsyar nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails