Sunday, January 27, 2013

Brutal: Belasah Mahasiswa Perak di Mesir

IPOH: Dua NGO anak muda hari ini menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir berhubung insiden seorang pelajar dari negeri itu di Mesir yang didakwa dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak.

Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman.

Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah mendapat pelbagai aduan tentang pegawai HEP terbabit dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Beliau (pegawai HEP terbabit) dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Selain itu, Hafez mendedahkan, pihaknya juga sering menerima aduan tentang sikap pegawai tersebut yang tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan bersikap  sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama pegawai terbabit dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Katanya, bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang pegawai itu yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda Umno di Mesir sudah diperolehinya.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails