Thursday, September 18, 2014

Infaq sms

INFAQ MELALUI SMS

TG Presiden telah melancarkan sistem infaq melalui sms. Kini anda boleh berinfaq dimana sahaja untuk jemaah islam.

Infaq RM 5 kpd PAS
Taip PAS5 dan hantar ke 33610.

Wednesday, September 17, 2014

Sumbangan belajar

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN

السلام عليكم ورحمة الله
Daripada:
MUHAMAD FAKRULROZHI BIN MUHAMAD SABRI
NO.4, JALAN KLEBANG PRIMA 2, KINTA, IPOH, PERAK
__________________________________________
Kepada :
Dato', Datin, Tuan, Puan, Encik, cik sekalian
1 SEPTEMBER 2014

Tuan,
Per : MEMOHON SUMBANGAN BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KE TIMUR TENGAH (Jordan)

Merujuk kepada perkara di atas saya MUHAMAD FAKRULROZHI bernombor K/P : 890729-08-6599 akan
melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam bidang FIQH WA USULUH di UNIVERSITI MU'TAH, JORDAN. Untuk makluman pihak tuan sekiranya tidak ada halangan In Sha Allah saya akan berangkat ke sana pada 17 September 2014 bersamaan 22 Zulkaedah 1435 H.

2. Oleh kerana saya bukanlah dari kalangan keluarga yang berada disamping tidak menerima mana-mana biasiswa dan tajaan maka, saya dengan rendah diri memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk kelancaran urusan yang bakal saya tempuhi di sana selama 3 tahun nanti.

3. Iringan doa sentiasa dipohon untuk keberkatan tuan, puan yang dikasihi. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.. Jazakumullah khairan khatira. Sekian,

Yang benar
(MUHAMAD FAKRULROZHI BIN MUHAMAD SABRI)
K/P : 899729-08-6599
No. Tel. : 013-4640833/0194401782
No. akaun : 158314116013 (MAYBANK)
08013023523036 (BANK ISLAM)

Friday, September 5, 2014

Mesyuarat

Alhamdulillah selesai mesyuarat Dppk Tambun sebentar tadi. Pelbagai aktiviti dirangka untuk survival dakwah dan politik pemuda islam di Tambun.

Fokus terdekat- Delegasi Dppk Tambun ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia.

Monday, August 18, 2014

Perwakilan DPPN

Perwakilan & pemerhati Dppk Tambun di Muktamar Tahunan DPPN kali ke-31. Alhamdulillah Tambun mendapat tempat ke-2 pemuda terbaik peringkat negeri Perak.

Pemuda Pas Tambun komited untuk menyebar luaskan dakwah dan politik di segenap penjuru kawasan Tambun.

MEMACU DAKWAH, MENGUKUH THAQAFAH

Sunday, August 17, 2014

Muktamar DPPN Perak 31

Ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak kali ke 31 dirasmikan oleh Ust Khalil bin Dato Seri TG Hadi Awang (Timb. Ketua Pemuda Pas Malaysia)

Saturday, August 16, 2014

Penutup alam ria

Alhamdulillah Alam Ria Pasti Kawasan Tambun berjalan lancari pagi tadi. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Ketua Pemuda, Ust Hafez Sabri.

Tahniah pada yang berjaya dan mereka akan mewakili kawasan ke peringkat negeri minggu hadapan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Alam Ria.

Alam ria Pasti

Sedang berlangsung Alam Ria Pasti Kawasan Tambun. Petandingan azan, hafazan & sajak disertai oleh anak-anak Pasti dari seluruh unit Pasti di Kawasan Tambun.

Friday, August 15, 2014

Flashmob gaza

FLASHMOB SOLIDARITI 4GAZA

Alhamdulillah flashmob berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kekalkan momentum solidariti untuk Gaza sehingga bumi Gaza bebas dari cengkaman zionis.

Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. INFIRU!!

Thursday, August 14, 2014

Alam Ria PASTI

Alam Ria Pasti Kawasan Tambun

Tarikh:16/8/14 (Sabtu)
Masa: 8 pagi
Tempat: Pusat Tarbiah Pas, Taman Meru

Perasmi: Ketua Pemuda Dppk, Ust Hafez Sabri
Acara: Pertandingan hafazan & azan

Semua dijemput hadir!

Friday, July 25, 2014

IFTAR SMADT

Pemuda PAS Tambun hadir ke majlis berbuka puasa  SMADT malam semalam.

Dppk Tambun turut memberi sedikit sumbangan kewangan dan buku kepada Ust Luqman pengetua SMADT untuk manfaat pelajar SMADT.

Moga lahir ramai lagi generasi pejuang dari sekolah ini.

Shopping baju raya

Pagi tadi Dppk Tambun telah membawa murid-murid PASTI shopping baju raya di Mydin.

Semoga sumbangan kecil ini melonjakkan semangat mereka untuk terus berjaya.

Saturday, July 19, 2014

Laptop curi

Info prihatin: Kereta akhi Firdaus, exco dppk tambun telah dipecah ketika program sumbangan duit raya kepada guru PASTI malam tadi di Rumah Hijau. Laptop beliau telah dicuri.

Mohon kerjasama sahabat2 untuk menghubungi beliau (0148236254) sekiranya ada individu cuba menjualnya kepada sahabat2.

Model: Acer IntelCore i5
Size: 14.0'
Colour: Hitam
No Siri: NXMKPSM001409098FF6600

Sila sebarkan.

Saturday, July 12, 2014

Muktamar Pas Tambun 28

Ucaptama YDP Pas Kawasan Tambun. Ditekankan aspek kemaskini pengurusan organisasi di semua peringkat.

Perwakilan pemuda Pas Tambun memenuhi saff hadapan muktamar.

Monday, June 30, 2014

Ziarah kebajikan

Siang tadi Dppk Tambun telah menjalankan Program Kebajikan di Kg.Sri Klebang. Aktiviti :

1) Ziarah fakirmiskin & menyampaikan sumbangan untuk keperluan ramadhan . Kpd ahli & penyokong  pas.
2) Ziarah ahli Umno yang sedang strok.

Semoga Allah mengurniakan kembali nikmat sihat kepada beliau.

Sunday, June 29, 2014

Monday, June 23, 2014

Ziarah cikgu saad

Info prihatin :Cikgu saad ( Ketua Cawangan Kdas 2) di masukkan wad pukul 2 pagi tadi, Wad 2A tingkat 2 Katil 20 di Hospital Permaisuri Bainun.

Wakil pemuda diketuai Ketua Pemuda, Ust Hafez Sabri telah menziarahi beliau petang tadi. Mohon sahabat doakan agar beliau cepat sembuh. Beliau merupakan pendokong yang sangat komited dalam perjuangan.

Sunday, June 22, 2014

Muktamar Dppk 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Dppk Tambun kali ke-27 berlangsung dengan jayanya di Kdas 2 siang tadi. Tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang bersama membantu gerak kerja islam.

Saturday, June 21, 2014

Sukan pasti ulu kinta

Sukan PASTI Zon Ulu Kinta berjalan lancar pagi tadi. Sambutan yang sangat hebat dari anak-anak PASTI dan ibubapa.

Tahniah kepada semua yang menjayakan.

Kemalangan di chepor indah

Info prihatin: Exco Dppk Tambun, Sdr Yusryman kemalangan malam tadi di Chepor Indah. Tiada kecedaraan serius dilaporkan.

Derma kilat akan dilancarkan pada mesyuarat agung esok.

Friday, June 13, 2014

Sunday, June 8, 2014

Maksiat di Tambun

KARNIVAL MAKSIAT DI TAMBUN !!!

Tahukah anda pada 12 Jun ini Lost World Tambun akan mengadakan program hiburan & maksiat ?

Disaat tempoh berkabung atas kemangkatan Sultan Perak dan bakal menjelangnya bulan mulia Ramadhan, ada pihak tertentu langsung tidak prihatin dengan isu ini.

Pemuda Pas Tambun membantah sekerasnya dan akan berusaha supaya program maksiat ini tidak diteruskan.

SILA SHARE UNTUK BERSAMA DPPK TAMBUN MENJALANKAN AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR!!

Program reunion PROTAPAS berlangsung meriah.Peserta dibawa menjelajah hutan simpan.Mempelajari cara2 mencari arah kiblat,wuduk secawan air,tazkirah simfoni alam dan lain2.Program ini akan dijalankan 2 kali setahun

Sunday, June 1, 2014

Sumbangan wheelchair

Sumbangan kerusi roda (elektrik) dari ahli/jamaah Pusat Tarbiyah Kawasan Tmn Meru kepada sdr Rusli iaitu seorang aktivis parti yang lumpuh kekal dari pinggang ke kaki.

Semoga beliau terus istiqomah dalam perjuangan.
Terima kasih kepada semua dermawan yang budiman. Semoga diganjari pahala dari Allah.

Sunday, May 18, 2014

Dato Husam Musa dan Ydp

Naib Presiden Pas, Dato Paduka Husam Musa memberikan ucapan perasmian ' Sekolah Latihan Kepimpinan'.

Saturday, May 17, 2014

JOHAN FUTSAL KP TAMBUN

Alhamdulillah selesai Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda Pas Tambun sebentar tadi.

Sambutan yang sangat hebat dari anak-anak muda. Objektif pembentukan ukhwah dikalangan pemuda tercapai! Tahniah buat yang menjayakan secara langsung dan tidak langsung.

KEPUTUSAN

Johan : ARL FC
Naib Juara: Pekan Tambun FC
Tempat ke 3: Batu 6 Jr FC
Tempat ke 4: Extra Joss FC

MAJULAH SUKAN UNTUK PERJUANGAN

Sekolah Latihan Kepimpinan

Perasmian Sekolah Latihan Kpimpinan Pas Tambun.

Perasmi: Dato Paduka Husam Musa (Naib Presiden Pas)
Tarikh: 18/5@ahad
Jam: 930 pagi
Tempat: Pusat Tarbiah Pas Kawasan  Tambun (tmn meru).

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR !!!

Friday, May 16, 2014

Semarak dakwah

Jemput hadir beramai2.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan

Thursday, May 15, 2014

Futsal Terhebat

Penyertaan masih dibuka.
Yuran RM40
6 player/ team
Sila hubungi Saiful :0195149961

Monday, May 12, 2014

Saturday, May 10, 2014

Liqa fikri pusat

KP Pas Tambun, Ust Hafez Sabri berkesempatan menghadiri liqa fikri pusat pagi tadi.

Berikut merupakan rumusan dari pengisian oleh yb ust idris ahmad.

Ciri2 keberkesanan tarbiyah :

1) Ahli faham islam, teguh dgn dasar perjuangan. Berjuang krn islam bkn krn tokoh. Tokoh boleh pergi tetapi ahli kekal dgn perjuangan krn dasar islam. Pas ditinggalkn oleh ust ahmad fuad hasan, tokoh cerdik anak murid sheikh abu bakar baqir, ahli tak ikut dia. Pas ditinggalkan oleh hasan adli, dato asri yg hebat, tetapi ahli tak ikut dia.

2) sbb tu org masuk pas, dia kena diperkenalkn dgn islam dan aqidah dulu.. bukan kita perkenalkan tahaaluf dulu. Dia kena tahu abjadiyyat (abc) berjuang dlm pas.

3) bersama dgn manhaj pas yg bersumberkan alquran, sunnah, ijmak, qias, perlembagaan pas dan pengalaman gerakn islam sedunia. Kita manfaatkn mana2 yg baik utk disesuaikn dgn waqie' negara kita.

4) kepimpinan yg minat dgn tarbiyah. Jika kepimpinan tdk berminat dgn tarbiyah, maka tdk akan berkesan tarbiyah.

5) murobbi, mesti cakne dgn peningkatan ahli tdk semata2 jadi tok guru

6) persekitaran. Sbb tu kena bentuk biah solehah. Kejayaan mendidik keluarga utk berjuang. Berkawan dgn orang2 yg rajin.

7) husnu atthiqah billah. Bersangka baik dgn Allah. Yakin dgn pertolongan Allah.

Friday, May 9, 2014

Futsal Piala KP Pas Tambun

"PERTANDINGAN FUTSAL PIALA KP TAMBUN"

#17 MEI 2014 (SABTU)
#7.30pg- 12.00 tghari
#DI SUNWAY EXTREME PARK, TAMBUN

**Peserta: Semua Pemuda Cawangan dikehendaki menghantar 1 pasukan (6 org)
*Yuran :RM40/ pasukan

**Sila SMS nama pemain kpd Saiful 019 5149961, Sblm Isnin, 12 Mei.
TQ

Wednesday, May 7, 2014

Pembedahan telinga

Dimaklumkan exco Dppk Tambun, sdr Din Attawari baru sahaja selesai pembedahan di Hospital KPJ. Semoga beliau dipermudahkan urusan dan sembuh seperti sediakala.

Monday, May 5, 2014

Kebaikan GST

KEBAIKAN GST

GST antara kaedah terbaik meningkatkan pendapatan negara, lalu disalurkan kembali kekayaan negara kepada rakyat untuk merapatkan jurang sosio ekonomi.

Realitinya di Malaysia, sebelum adanya GST segala kekayaan negara dirompak dan dihabiskan dengan projek mega yang membazir. Ketirisan berada pada tahap yang kritikal!

Bayangkan jika GST dilaksanakan, kekayaan negara semakin hebat. Dimanakah jaminannya harta negara ini akan diurus tadbir dengan amanah?

Ketirisan dan rasuah perlu diatasi dahulu sebelum GST dilaksanakan!

BANTAH GST!

Sunday, May 4, 2014

GST

Disaat rakyat masih ramai yg berpendapatan rendah, dimanakah kewajaran melaksanakan GST?

Kos sara hidup makin meningkat, rakyat makin tersepit.

Thursday, May 1, 2014

Bantah GST

Rombongan pemuda Pas Tambun akan mula bergerak ke KL menyatakan hasrat majoriti rakyat Malaysia

<BANTAH GST>

Fitnah militan

Fitnah utusan ke atas pejuang islam sbg militan.

Selamat hari pekerja

From Cymera

Sunday, April 27, 2014

Retreat Lajnah Penerangan

Alhamdulillah siang tadi berakhir Retreat Lajnah Penerangan Pas Kawasan Tambun di Marina Cove Resort.
Pelbagai agenda dan strategi berjaya dibentuk untuk memantapkan gerak kerja jamaah.

Saturday, April 19, 2014

Hudud dan Non muslim

Rakan2 non-muslim fb Dppk Tambun membincangkan perkara 'hudud'. Majoriti memberi respon positif. Semoga hidayah Allah bersama kalian.

Kredit to Sivagami Devi

KAKA

Dppk Tambun turut serta dalam Kursus Asas Kepimpinan Amal (KAKA) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

InsyaAllah produk yang dihasilkan setanding dengan Briged AlQassam Palestin.

Beramal kerana Allah.

Friday, April 18, 2014

ARC Perak

Majlis Pelancaran ARC (Alternative Riding Club) Perak

Tarikh : 11/5/2014
Masa :  8.00pg  - 1.00pmm
Tempat : Padang MRCB Bandar Seri Iskandar, Parit.

Dppk Tambun mensasarkan 100 org peserta.
Pendaftaran awal amat digalakkan dgn bayaran RM25/org (baju ARC / Stiker).

Hubungi:
Sdr. Mahfuz 019-5709465 (Ulu Kinta)
Sdr. Shamhan 019-5753026 (Manjoi)

VCD Pengurusan Jenazah

Dppk Tambun membuat jualan amal 'VCD PENGURUSAN JENAZAH LELAKI'.

Dikelolakan oleh Ust Hazlan Asrijal dan sdr Wahid Senario.

Sekeping RM5, jualan terhad!
Hasil jualan akan disalurkan kepada kerja2 islam. Membeli sambil beramal.

Sila hubungi Nik Rash: 0134591844

Sila share!

Sunday, April 13, 2014

Santai Dppk

Program Santai Bersama Pemuda Pas Kawasan Tambun dimulakan petang ini dgn sukan futsal.

InsyaAllah program akan berterusan hingga malam ini. Malam ini BBQ sajian ikan keli bakar akan disediakan.

Jemput semua hadir ke Ulu Kuang!

Saturday, April 12, 2014

Otai Amal

Pak Hamid , seorang pesara tentera merupakan otai AMAL yg juga Ketua Jurulatih AMAL Pusat telah kembali kerahmatillah. Beliau rebah ketika memberi command kawad AMAL pagi tadi. semoga rohnya dicucuri rahmat.

Takziah dari Dppk Tambun buat ahli keluarga beliau.

Al Faatihah

Sunday, April 6, 2014

Bengkel Poster

Bengkel Kemahiran Membuat Poster & Banner.
27/4 (ahad), 8pg-12 tghari. Marksd taman meru. Yuran rm 10
Daftar sekarang!!

Memudahkan urusan utk iklan program @ ceramah di cawangan dan kawasan.

Sila share.

Cawabgan ke 37

Alhamdulillah cawangan bongsu Pas ke 37 dalam Kawasan Tambun secara rasminya ditubuhkan. Cawangan Taman Jati (Zon Meru)

Sijil disampaikan oleh YDP Pas Tambun,Dr Khairuddin Malik kepada ketua cawangan.

Monday, March 24, 2014

Jualan amal tshirt

Dppk Tambun melancarkan jualan amal t-shirt Pemuda Pas.
Harga: RM25
Saiz:M,L,XL,XXL
Colour: merah,hjau,hitam

Sila hubungi utk urusan pembelian:
Din Attawari : +60125172945.

Sila sebarkan.
Membantu ekonomi umat Islam!

Sunday, March 23, 2014

Rumah lelong

Rumah lelong sekitar Taman Meru 2B.

Thursday, March 20, 2014

Watikah pelantikan

Majlis penyampaian watikah pelantikan exco Dppk Tambun. Watikah disampaikan oleh Ydp Pas Kawasan Tambun Dr Khairudin.

Pemuda menggalas amanah dan berada dalam saff kepimpinan jemaah islam. Kami pemuda Pas Tambun akan terus istiqamah mendaulatkan islam.

Sunday, March 16, 2014

Kursus Pengurusan Jenazah

Sedang berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki anjuran Dppk Tambun. Penyertaan yang sangat memberangsangkan dgn 89 orang peserta.

Majoriti kehadiran daripada anak muda. Anak muda semakin cintakan islam.

Thursday, March 13, 2014

Usrah

Usrah pemuda Pas Zon Kelebang/Chemor/Ulu Kinta sedang berlangsung serentak.

Pemuda Pas sedang dibentuk dgn tarbiah yg tersusun untuk menjadi pemimpin dan dai'e dilapangan.

Saturday, March 1, 2014

Rumah terbakar

Sumbangan disampaikan oleh Pemuda Pas Kawasan Tambun kpd Ust Syukur yg mengalami musibah rumah terbakar di Taman Bertuah kelmarin.

Semoga sabar menghadapi ujian Allah.

Friday, February 28, 2014

Rumah terbakar

Info Prihatin: Rumah Ust Abd Syukur terbakar pagi tadi.

Mangsa : Ust.Abd. Shukur (Abg Ust Mad Cina)
Guru di Sk Tasek Damai.
Tel: 019-4758617
Kebakaran Jam 8 pagi (28.2.14)
Tiada kemalangan jiwa.

DPPK TAMBUN MELANCARKAN DERMA KILAT UNTUK MERINGANKAN BEBAN BELIAU.
SAHABAT2 YANG INGIN MENYALURKAN BANTUAN SILA PM DPPK TAMBUN @ EXCO DPPK TAMBUN YANG LAIN.

Thursday, February 20, 2014

Pertemuan pemuda Ulu Kinta

Sesi dialog berjalan lancar malam ini.Pertemuan antara Exco pemuda Pas Kawasan Tambun dan pemuda Dun Ulu Kinta.

Komitmen dan jiwa anak muda yg dahagakan kemenangan Islam terserlah melalui kehadiran yg sgt memberangsangkan malam ini.

Tahniah semua pemuda.

Friday, February 14, 2014

Usrah Zon

Alhamdulillah Lajnah Tarbiah Dppk Tambun sudah memulakan prog tarbiah di peringkat kawasan.

Malam ini usrah pemuda zon kelebang,chemor,manjoi & meru berjaya dilaksanakan serentak.
Tarbiah bukanlah segalanya, tapi segalanya bermula dgn tarbiah.

Pemuda yg dahagakan prog tarbiah blh hubungi Dppk Tambun atau exco pemuda kawasan utk bersama dalam halaqah usrah ini. Kami mengalukan penglibatan anda.
Bersama mentarbiah diri!

Wednesday, February 12, 2014

Imam hasan al banna

...12 feb 1949 ...Syahidnya Imam Hasan Albanna..maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir...
الموت في سبيل الله اسمى امانينا...
Biodata ringkas hidup Albanna adalah seperti berikut :

- Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

- Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah,  kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

- Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit  Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

-  Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'lam

Moga kita trmasuk gol yg mnjd matarantai prjuangn kbnaran ini.

Imam Hasan al Banna, menubuhkan Ikhwan Muslimin pd 1928, perintis gerakan Islam seluruh dunia selepas khalifah Uthmaniah runtuh pd 1924.

Menjadi inspirasi penubuhan dan pergerakan PAS..

Sunday, February 2, 2014

Pecah masuk rumah

PECAH MASUK RUMAH

Malam semalam rumah cikgu zamri (pemuda Pas Tambun @ ahli Jabatan Amal Tambun) telah dipecah masuk di Jelapang Baru. Kejadian disedari jam 10malam.

2 notebook, tablet, 2 handphone dan tv led 14" diambil dan diisi di dalm bag sekolah 'YAYASAN PERAK'. Jika terjumpa beg tersebut dibawa sila hubungi kami dgn segera.

Jika sesiapa ada info berkaitan,sila hubungi Dppk Tambun @ cikgu zamri ditalian 0142520177.

MOHON SEBARKAN!

Sunday, January 26, 2014

Sumbangan Tahun Baru Cina 2014

Majlis sumbangan Tahun Baru Cina kpd kaum tiong hua di Pekan Chemor. Sumbangan disampaikan oleh Ydp Pas Tambun, Dr Khairuddin Malik. Diiringi KP Pas Tambun, Ust Hafez Sabr

Saturday, January 25, 2014

Ustaz Harun Taib dlm kenangan

TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama  PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada  YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato  Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990  yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir  dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.

( Penulis ialah AJK Dakwah  PAS Pusat)

Friday, January 24, 2014

Ceramah maulidur rasul

Bedah buku

PROG ILMIAH MALAM INI

BEDAH BUKU Memahami isu Syiria dn konflik negara Arab

oleh Dr Khairudin, YDP Pas Tambun.

pd Jumaat (malam ini)
24 Jan, 9.00 mlm
Di Pusat Tarbiyah Pas Tambun, tmn Meru

Jemput hadir beramai-ramai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails