Sunday, March 24, 2013

Edaran risalah di Pekan Chemor




Sebentar tadi Dppk Tambun dan UPU Pekan Chemor telah turun padang bertemu dengan pengundi cina di sekitar Pekan Chemor. Risalah kebangkitan rakyat versi Bahasa Mandarin telah diedarkan untuk membangkitkan kesedaran menolak BN pada PRU13. Majoriti masyarakat cina Pekan Chemor telah bersedia menumbangkan BN!   

Wednesday, March 20, 2013

Tahniah buat Imam Muda



Pak Lehud terlantar di hospital



Pak Lehud salah seorang pejuang veteran PAS kini terlantar sakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun Wad 5C. Semoga Allah menyembuhkan beliau . Ketua Pemuda PAS Tambn, Sdr Zairul sempat menziarahi beliau untuk memberikan sokongan moral.

Gambar: KP PAS Tambun

Tuesday, March 19, 2013

Rosmah Mansor idola pelajar sekolah


Mahathir Mohamad kembali dengan kenyataan merapu apabila mencadangkan agar buku biografi Rosmah Mansor diedarkan disekolah. Apa sumbangan Rosmah sehingga perlu diedar buku biografinya? Selain sifat boros, cincin bernilai RM 24 juta, terpalit dengan kes pembunuhan kes Altantuya dan pembaziran duit rakyat, tiada apa lagi sumbangan yang hebat perlu diraikan..

Monday, March 18, 2013

Dr Asri: Kekalkan Kerajaan Kelantan


KOTA BHARU: “Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin.

Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan.

Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab.

Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan.

Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008.

Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.

Sunday, March 17, 2013

Ketua Pemuda Umno Greenwood masuk PAS


Kursus PACA Pemuda PAS

Ucapan KP PAS Tambun, Sdr Zairul

Peserta PACA 

Kusyuk dengar taklimat

Dibentangkan oleh SU Cawangan Meru 2B, Sdr Yuszailee

Baru-baru ini, Dppk Tambun telah menganjurkan Kursus PACA untuk mengasah skill berkaitan PRU. Pooling Agent and Counting Agent (PACA) merupakan benteng pertahanan terakhir dalam perang PRU. Banyak laporan diberitakan bahawa saat inilah agen UmnoBN akan menggunakan segala tipu helah untuk kalahkan calon Pakatan Rakyat. 

Kasi tumpo UmnoBN kali ni. INI KALILAH!!




Anak muda UPU Zon Meru


Himpunan Petugas PAS Zon Meru

SU PAS Kawasan Tambun memberikan taklimat

Calon N23 Manjoi, Tuan Hj Asmuni Awi

Sebahagian petugas yang hadir

kreativiti anak muda zon meru

Semalam 17/3 telah diadakan Himpunan Petugas PAS Zon Meru bertempat di Pusat Tarbiah PAS Taman Meru. Jentera telah lama digerakkan dan kini semua petugas telah siap sedia menumbangkan UmnoBN pada PRU 13. Zon Meru mempunyai 2 lokaliti UPU iatu di SK Jelapang dan Taman Jati. Pada PRU 12 yang lalu, calan PAS kalah tipis 100-200 undi kepada calon BN. Pada PRU 13 kali ini, PAS yakin untuk mendapatkan kerusi N23.



Projek IC penyebab kematian


Selamat Hari Lahir Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin


17 MAC merupakan tarikh hari lahir buat hero Perak iaitu Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin. Hari ini genap umur beliau 56 tahun. Sepanjang beliau menerajui Perak, banyak program kebajikan rakyat telah dijalankan sebelum BN merampas kuasa secara haram. Moh kita kenali hero kita..
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu       (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.

Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar    (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

sumber: perak.pas.org.my


Dosa PM Malaysia


Saturday, March 16, 2013

Imam Muda bersama PAS



Enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak. Mereka ialah Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi).

Semakin hari makin ramai tokoh yang mengisytiharkan bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Rakyat semakin celik menilai hala tuju masa depan negara.

Allah turunkan peringatan buat Najib



Bila Najib sebut 7 dosa besar yang Tok Guru buat, kilat pun mari terus dekat depan Najib selepas itu khemah pun terbalik. Ada orang cedera parah kena hantar ke hospital Tanah Merah.

Allah murka dekat orang yang kuat tabur fitnah. Baru sikit Allah tunjuk..

Sunday, March 10, 2013

Thursday, March 7, 2013

RON 97 naik harga lagi


Selagi BN berkuasa, selagi itulah rakyat menderita

Sunday, March 3, 2013

Konspirasi Politik dalam Isu Lahad Datu



Isu Lahad Datu kini menjadi isu yang mendapat rating tertinggi di kalangan facebooker dan blogger. Tak ketinggalan juga media perdana mengambil kesempatan untuk melakukan rutin harian mereka memfitnah dan mengaitkan isu ini dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Melihat kepada tinjauan ramai, majoriti bersetuju bahawa isu Lahad Datu merupakan satu konspirasi yang sengaja diadakan untuk kepentingan survival politik pemerintah. Tiada fakta yang kukuh mengaitkan pemberontak Kesultanan Sulu dengan Pakatan Rakyat mahupun DSAI. Kebanyakan fakta menunjukkan keterlibatan Umno secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.

Melihat kepada skrip cerita Lahad Datu, ia merupakan skrip lama yang diolah dari skrip isu Memali dan Sauk. Dalam isu Memali, pada 19 November 1985, pasukan keselamatan dikerah oleh pemerintah untuk menghapuskan 'penjenayah' tanpa didedahkan siapakah target sebenar mereka iaitu As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Beliau telah difitnah oleh pemerintah kononya melatih anak muridnya melakukan pemberontakan bersenjata. Pasukan keselamatan telah menembak beliau bertujuan untuk membantutkan pengaruh PAS ketika itu. Pasukan keselamatan digunakan dan dimanipulasikan untuk survival politik Umno BN ketika itu.


 Isu Sauk pula sekitar tahun 2000, kumpulan al-Maunah ini dengan mudah masuk ke Kem Batalion 304 Rejiman Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik dan melarikan senjata-senjata. Ulang suara, Kem Batalion 304 Rejiman Askar Wataniah. Mereka bukan melarikan senjata di pasar malam ataupun shopping complex, tetapi tempat yang paling ketat pemeriksaannya iaitu di kem. Pemerintah dengan mudah megaitkan Maunah dengan PAS kerana kononnya imej yang dibawa oleh Maunah bercirikan islamik dan selari dengan PAS. Fitnah yang ditujukan untuk survival politik sampah mereka.


Ada beberapa isu yang perlu difikirkan dalam isu Lahad Datu:

1. Mengapa begitu rapuh benteng pertahanan di perairan sehinggakan dianggar 100 lebih pemberontak dapat menembusi perairan dengan kelengkapan senjata. Pasukan keselamatan Malaysia tidaklah secikai yang disangka kerana pertahanan kita mempunyai  kelengkapan high tech untuk bersiap siaga dari serangan musuh. Bukan itu sahaja, mereka telah bertapak disitu hampir 3 minggu tanpa gangguan.



2. Kini telah tersebar gambar pimpinan Kesultana Sulu hadir ke Perhimpunan Umno 2012. Dia telah dijemput dengan kapasiti VIP. Apa hubung kait pimpinan sulu dan Umno dan Isu Lahad Datu?



3. Pada permulaan pasukan keselamtan mendapat maklumat pencerobohan ini, KDN mengambil langkah yang amat mesra dan lunak terhadap pemberontak. Sehinggakan Hishamuddin KDN menjelaskan bahawa mereka ini bukan penjenayah dan jangan dengar khabar angin. Mereka lebih suka mengambil pendekatan rundingan sedangkan sudah jelas mereka menceroboh tanah air Malaysia. Mengapa perlu berlembut? Ada something kah yang disembunyikan?


Laporan berita sebentar tadi memaklumkan 5 orang lagi terkorban dalam insiden Lahad Datu. Skrip lama UmnoBN makin terserlah! Apakah mungkin ramai lagi akan terkorban dan menjadi mangsa korban politik?

Kajian perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana keterlibatan Umno BN dalam Isu Lahad Datu. Fakta positif menunjukkan Umno secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini. Isu ini timbul ketika negara sedang bersiap sedia menghadapi PRU 13 dan diambang UmnoBN hampir dikafankan. Jika isu ini berlarutan kemungkinan..

Teori 1--> mungkin Sabah diisytihar darurat dan tak perlu sertai PRU 13 bersama semenanjung.Peluang besar utk BN hantar pengundi hantu ke sana selepas PRU 13 utk memenangkan BN selepas tu. 

Teori 2-- > apabila keadaan makin gawat PM akan mengadap agung untuk memaklumkan krisis negara ini. PM akan menasihati agung untuk menangguhkan PRU dan BN akan terus berkuasa untuk beberapa tahun lagi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails