Showing posts with label Video Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Video Muhasabah. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Ustaz Kazim Elias hina hukum Allah

Bila duniawi yang dikejar, agama Allah pun sanggup dipersendakan. Berkawan dengan Umno inilah jadinye...

Saturday, January 21, 2012

Imam Banna dalam kenangan


Sentuhan tarbiah dan dakwah perlu dalam setiap diri abnaul harakah..

Tuesday, September 20, 2011

Video Filem Ahmad Idham hina Islam


Inilah video kontroversi Ahmad Idham dalam Filem “Hantu Bonceng” yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Zizan Raja Lawak. Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".

Seorang hamba yg bercakap sesuatu kalimah @ ayat tanpa mengetahui 

implikasi & hukum percakapannya, maka perkataan itu akan 

mencampakkannya ke dlm Neraka sejauh antara timur dan barat" (Riwayat 

Al-Bukhari)

Dppk Tambun mengutuk sekeras-kerasnya penyiaran filem ini. Uploading video ke blog ini bukan untuk menyebarluas kan penghinaan ke atas Islam, tetapi adalah untuk membuat umat islam di luar sedar akan realiti penghinaan agama dan islam liberal yang cuba dimasukkan dalam negara kita.

Jelas ia bersangkut paut dengan akidah kita apabila bersangkut dengan kalimah shahadah. Semoga pihak berwajib mengambil tindakan susulan dan jangan melepaskan batuk ditangga seperti yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem [LPF] di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK].

Inilah yang terjadi bila tampuk pemerintahan/kementerian dikuasai oleh golongan yang pandang enteng pada agama..


Wednesday, July 13, 2011

Bukti Polis Dan FRU zalim..sebarkan!!



lihatlah tuan2 bukti kekejaman Polis dan FRU terhadap rakyat. Walaupun ada hak untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam perlembagaan, hak ini dinafikan UmnoBN melalui pak turut polis dan FRU. Media2 BN menafikan polis dan FRU bertindak ganas semasa Bersih 2.0..nah ini bukti yang menunjukkan BN penipu besar!
Sebarkan video ini..biar rakyat menilai sendiri..

Friday, April 15, 2011

13 sebab BN nak menang PRU Sarawak


Undi BN, nescaya anda akan menyesal dunia dan akhirat..

Tuesday, February 22, 2011

Amanah H30K Pemuda PAS


Amanah H30K Pemuda PAS| Print |
Nasrudin Hassan at-Tantawi  
“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit”
Surah At-Taubah : 38
Para Pemuda Ansoorullah sekelian
1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.
2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.
“Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” –
Surah An-Nisa’ : 96
3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf  seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.
4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.
5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.
6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.
7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,
“Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus” –
Surah Al-Haj : 67
8. bMenurut Imam An-Nawawi, “Tanggungjawab melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya”
Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari’at Allah SWT itu mesti didaulatkan.
9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya’, tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan.  Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);
“Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah” –
Surah Yunus : 72
10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.
Mengapakah perkara ini boleh berlaku?
11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.
12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari’ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.
13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.
14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.
15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.
16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!
17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,
“Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,
Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,
Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi
Kerja asal-asalan,
Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,
Kini saatnya Revolusi Kebangsaan”
18. Revolusi, reformasi dan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir’aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”
– Surah Ali-‘Imran : 26
19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam’. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.
“Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia”
– Surah Ali-‘Imran : 140
Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh”
– Surah Al-Anbiya’ : 105
20. Inilah motivasi (taghrib ‘aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.
Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,
“Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!”
Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;
a)    Misi “PAS Ganti UMNO”
b)   Misi  persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS  berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13
21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!
22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!
Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia
23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.
a.     Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.
b.    Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.
c.     Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.
24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura’ (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.
25. Piagam kemenangan kita adalah :
  • keadilan yang digariskan oleh Islam,
  • membimbing dan menyelamat rakyat,
  • berkasih sayang,
  • tidak berdendam,
  • keamanan dan
  • mengangkat kemerdekaan yang sebenar.
Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.
Takbir! ALLAHU AKBAR!

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Saturday, September 11, 2010

Iklan Raya Yahudi TV3..


supaya kita cakna bahawasanya negara sudah sekian lama di'control' Yahudi!
kenapa Kerajaan blh biarkan elemen Yahudi dalam iklan raya umat islam?
sebab kerajaan dan Yahudi umpama irama dan lagu!

Tuesday, September 7, 2010

Perutusan Idilfitri dari MB Perak MB Rakyat


Semoga kita bersama mendapat rahmat Allah di Syawal ini..

Sunday, August 29, 2010

Bantulah kami pejuang islam Ya Allah!


Bantulah kami para pejuang utk menegakkan agamamu ini Ya Allah..
Berikanlah hidayah kpd penentang2 agamamu supaya mereka bersama kami..
Kami mendambakan keredhaan dan pertolongan dari mu Ya Allah..

Saturday, August 28, 2010

UMNO pembunuh ulama!


mengimbas kembali sejarah episod kekejaman UMNO terhadap para ulama.
inilah parti kebangsaan yang dijulang2 orang yang mengaku beragama islam,
tapi menyokong dan mendokong perjuangan yang telah membunuh agama,membunuh ulama.
sedarlah umat islam yg masih lena..
setiap tindak tanduk akan dipersoalkan Allah..
menyokong UMNO bererti merelakan pembunuhan ulama oleh UMNO..
sama2 terlibat..nauzubillah..
isu memali..isu pembunuhan yg x mungkin dilupakan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails