Sunday, January 27, 2013

Ustaz Nasha dilucut dari Majlis Syura Ulama



Ustaz Nasha baru-baru ni telah dilucutkan dari Majlis Syura Ulama PAS tetapi keahlian PASnya masih dikekalkan. Tindak tanduknya banyak merugikan jemaah islam dan memberi kredit kepada pihak musuh. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya kembali kepada perjuangan Islam.

Jangan terlalu mengejar habuan dunia. BN bakal tumbang PRU 13 ni, kemanalah agaknya hamba Allah ni nak cari pot lepas ni...

Brutal: Belasah Mahasiswa Perak di Mesir

IPOH: Dua NGO anak muda hari ini menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Kadir berhubung insiden seorang pelajar dari negeri itu di Mesir yang didakwa dipukul oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak.

Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat Menteri Besar Perak dan diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman.

Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar pegawai HEP tersebut dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf serta mengakui atas segala tindakannya.

Menurutnya, pihaknya sebelum ini telah mendapat pelbagai aduan tentang pegawai HEP terbabit dan kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa sebab yang munasabah.

“Beliau (pegawai HEP terbabit) dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak melalui prosedur yang meragukan.

“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa Perak sangat mendukacitakan,” katanya selepas menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.

Selain itu, Hafez mendedahkan, pihaknya juga sering menerima aduan tentang sikap pegawai tersebut yang tidak mengambil berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan bersikap  sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.

“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Hafez menjelaskan, ramai yang melihat tujuan utama pegawai terbabit dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan agenda Umno Perak di Mesir.

Katanya, bukti-bukti kukuh berbentuk gambar, video dan audio tentang pegawai itu yang ini aktif melaksanakan agenda-agenda Umno di Mesir sudah diperolehinya.

Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Umno usaha buang Islam


KUALA LUMPUR: Cubaan Umno untuk melarang perkataan Islam digunakan oleh parti politik bukan perkara baru malah telah disuarakan sejak 40 tahun dahulu lagi.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan itu sebenarnya dibuat dipercayai kerana Umno terancam dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS itu sendiri.

"Usaha untuk membuang nama Islam daripada parti politik telah dimulakan UMNO sejak 40 tahun dahulu kerana Umno berasa terancam dengan akhlak dan prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang banyak bertentangan dengan pembawaan dan sikap pemimpin Umno.


"PAS menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah selari dengan prinsip dan matlamat perjuangan Islam dan setakat ini pimpinan PAS berjaya buktikan bahawa prinsip Islam tidak akan digadai untuk kepentingan politik sebagaimana yang dibuat oleh Umno," katanya.

Nasaei yang juga Penyelia PAS Parlimen Masjid Tanah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik semalam.

Rahim semalam berkata, satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak.

Mengulas lanjut Nasaie berkata, isu yang dibangkit Rahim itu tidak lebih sebagai menyanyikan lagu lama.

Rahim katanya, patut menilai diri sendiri dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan agama Islam itu sendiri.

"Kes salah laku moral pemimpin Umno sendiri telah memberikan imej dan persepsi buruk kepada agama Islam itu sendiri walaupun parti yang mereka dokong bukan bernama Islam.

"Saya mendesak beliau agak menarik balik kenyataan tersebut dan sepatutnya menghormati keputusan Majlis Raja-raja pada 2001 yang membenarkan perkataan Islam digunakan kepada mana-mana pertubuhan dan parti politik mahalah digalakkan dengan prinsip ilmu, ihsan dan iman," jelasnya.

Tuesday, January 15, 2013

Presiden Suara Wanita 1Malaysia v/s Rosmah Mansor


Kemunculan Presiden Suara Wanita 1Malaysia ni telah menandingi hit Rosmah Mansor ini kalilah!



Listen listen listen!



Pencacai Umno terbuang. Puak-puak Umno semua dah tak mengaku kawan..hahah

Tuesday, January 8, 2013

KL112



Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara.

Tuesday, January 1, 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails