Thursday, July 28, 2011

Go go Harimau Malaya!


DPPK TAMBUN MENGUCAPKAN SELAMAT JUANG DAN BERJAYA KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA MALAM INI. TERUS MAJU! TUMBANGKAN SKUAD SINGA..

KEJO YOP KEJO!

Wednesday, July 27, 2011

Rosmah Mansor Raja Boros

* CINCIN BERLIAN RM 24 JUTA


* GELANG TANGAN RM 1.65 JUTA


*PERUNTUKAN RM 111 JUTA UNTUK PERMATA DALAM BAJET 2011


*PERUNTUKAN RM 100 JUTA UNTUK PERMATA DALAM BAJET 2010


*RM 4.5 JUTA ANJUR PERSIDANGAN WANITA PERTAMA DUNIA YANG DIHADIRI 14 WANITA PERTAMA KEBANYAKANNYA DARIPADA NEGARA AFRIKA




Terima kasih kepada pengundi-pengundi tegar BN, kerana membiarkan manusia ini menghabiskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Undi BN bermakna anda meneruskan kemaharajalelaan manusia ini.

Najib sayang Yahudi Laknatullah



Selepas dikecam kerana menggunakan khidmat APCO dalam urusan pentadbiran kerajaan, Najib sekali lagi menggunakan khidmat pakar blogger yahudi untuk mempromosikan diri di peringkat antarabangsa. Mungkin kerana terkesan dunia mula mengecam pentadbirannya, Najib mula bertindak untuk membersihkan najis di badannya melalui kerjasama yahudi laknatullah.


Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, laporan beberapa portal berita beberapa hari lalu dan hari ini menunjukkan Perdana Menteri membayar satu jumlah wang kepada bloger Yahudi itu.


Rakyat Malaysia mahukan penjelasan mengenai isu ini. Sudah tidak ada pakar blogger malaysia kah untuk ditawarkan? Berapa jua dan billion lah pula wang rakyat disalurkan kepada blogger yahudi tersebut. At the end, wang tersebut juga disalurkan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin.


Kami benci Najib!

Gempar!! Pekerja asing didaftarkan secara biometrik!

 

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan program pendaftaran biometrik untuk pekerja asing. Dilaporkan  1.8 juta pekerja asing telah didaftarkan melalui sistem biometrik ini. Juga dimaklumkan bahawa program ini akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Persoalannya mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa untuk mendaftarkan pekerja asing melalui sistem biometrik? Isu ini berbangkit setelah BN melalui banjingannya SPR mengutarakan isu biometrik dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Mungkinkah ada kaitan pendaftaran biometrik pekerja asing dengan pilihanraya yang bakal menggunakan biometrik? Baru-baru ni kecoh dibeberapa tempat terutamanya di Kelantan dan Selangor, ada sindiket pemberian MykAd kepada warga asing yang didalangi oleh parti politik sempit Tidak lain tujuannya adalah untuk manipulasi warga asing dijadikan pengundi hantu BN pada pilihanraya akan datang.

Melalui pendaftaran biometrik warga asing yang dilakukan baru-baru ini,tidak mustahil jika BN akan mendapat data dan maklumat yang lengkap warga asing terbabit untuk dimanipulasi dalam pilihanraya akan datang. Melalui teknologi biometrik, maklumat mengenai individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan. ukuran iris mata atau cap jari akan direkodkan. Semua maklumat ini telah sedia ada, komponen yang penting untuk diguna pakai dalam pilihanraya akan datang.

Jika berlaku sistem biometrik pada pilihanraya akan datang, pelbagai keraguan mampu ditimbulkan. Tidak mustahil jika warga asing ini juga akan melalui sistem biometrik sebelum membuang undi. Walau bagaimanapun, warga asing ini telah disahkan sebagai warganegara melalui pemberian MyKad dan pengesahan biometrik, tidak mungkin mereka akan dikecam sebagai warga asing.

Warga asing sudah ada MyKAd --- > maklumat terperinci warga asing melalui biometrik sudah ada dalam tangan BN --- > pada pilihanraya akan datang tidak mustahil warga asing yang datang berstatuskan 'warga negara' akan terlepas pada sistem biometrik sebelum membuang undi.

Inilah antara keraguan yang yang patut difikirkan oleh semua pencinta keadilan. Jangan biarkan pilihanraya di cabuli!

Kenyataan Presiden PAS dalam isu biometrik



Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar. Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik ini.

PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihanraya.

Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik. Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS
25 Julai 2011

Monday, July 25, 2011

Tamrin Ahli Peringkat Kawasan Tambun

Kusyuk membentangkan kertas kerja

Ustaz Lokman selaku Ketua Lajnah Tarbiah Tambun

Ustaz dahalan membentangkan kertas kerja

Perwakilan dari cawangan

24 Julai yang lepas, Lajnah Tarbiah dan Perkaderan Pas Tambun telah menganjurkan Tamrin Ahli Peringkat Kawasan. Cadangan program telah diutarakan setelah Tamrin Ahli Peringkat Kebangsaan berjaya dilaksanakan pada Disember tahun lepas di Shah Alam. Kertas kerja yang sama telah dibentangkan pada tamrin kali ini. 
Antara kertas kerja yang telah dibentangkan:
1. Memahami hakikat perjuangan
2. Tarbiah sebagai Wasilah Perjuangan
3. Islam sebagai Ad-deen 



Brainstorm di dalam hutan

Persiapan sebelum retreat bermula

Brainstorm hingga ke 2 pagi


Tarbiah mengentalkan jiwa pejuang

22-23 Julai yang lepas, Dppk Tambun telah berjaya menganjurkan Retreat peringkat pemuda kawasan. Lokasi pilihan di kotaraja di tengah2 hutan belantara mampu menguji dan mentarbiah para pimpinan menjadi lebih kental dalam perjuangan. 
Beberapa resolusi dan cadangan program telah berjaya dirangka dalam menumbangkan kerajaan zalim thagut UmnoBN. Semoga Dppk Tambun terus kehadapan dalam isu dakwah dan politik.

Friday, July 22, 2011

Retreat DPPK Tambun

RETREAT DPPK TAMBUN

 TARIKH: 22-23/7/2011
JAM: 6 PETANG
TEMPAT : KOTARAJA, TAMAN MERU 2C

SEMUA KP CAWANGAN DIWAJIBKAN HADIR..

Wednesday, July 20, 2011

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr. Lo' Lo'

Dppk Tambun mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali atas pemergian beliau. Semoga roh ditempatkan bersama golongan yang soleh dan solehah dalam memartabatkan agamaMU ya Allah..

Wednesday, July 13, 2011

Bukti Polis Dan FRU zalim..sebarkan!!



lihatlah tuan2 bukti kekejaman Polis dan FRU terhadap rakyat. Walaupun ada hak untuk berhimpun seperti yang termaktub dalam perlembagaan, hak ini dinafikan UmnoBN melalui pak turut polis dan FRU. Media2 BN menafikan polis dan FRU bertindak ganas semasa Bersih 2.0..nah ini bukti yang menunjukkan BN penipu besar!
Sebarkan video ini..biar rakyat menilai sendiri..

Forum Perdana Ehwal Islam: Fitnah

Monday, July 11, 2011

Kekalkan momentum Bersih!


Dppk Tambun mengucapkan tahniah kepada semua peserta!

Jam teruk angkara PDRM

kenderaan bergerak lagi lambat dari semut

cik..tunjuk IC sat

abe polih dok cari baju bersih..ambo tokse baju bersih,baju koto ada

bersabarlah wahai pemandu2 sekalian

Jalan2 utama menuju ke ibukota Sabtu lepas jam teruk dan paling dahsyat berlaku di bumi Malaysia. Tak pernah seteruk ini PDRM melakukan sekatan semata2 cuba menghalang rakyat dari turun ke himpunan bersih. Tambahan itu juga, PDRM dengan bongkaknya membuat kenyataan bahaewa PDRM telah membuat kerja dengan berkesan kerana hanya dalam 3 ribu yang hadir ke himpunan..Penipu besar!!

Jika sekatan yang amat dahsyat dilakukan telah berjaya menghimpunkan ribuan dan hampir ratusan ribu ke Bersih 2.0, cuba bayangkan jika tiada sekatan dilakukan oleh banjingan2 najib ini..

Gambar2 di atas di snap ketika teman melalui jalan utama dari Cheras ke KL. Jarak dari simpang jalan ke roadblock tersebut hanya 1km, tetapi 1 jam dihabiskan semata2 roadblock yang tak masuk akal..

hancur Umno!

FRU dan PDRM kejam dan pembunuh

Pertembungan antara pasukan kuning dan merah

Gambar di atas merupakan gambar ketika pimpinan Bersih dan PDRM melakukan rundingan supaya dibenarkan  dibuka laluan. Pada mulanya kata sepakat telah dipersetujui supaya membenarkan peserta Bersih melalui jalan tersebut. Tapi hakikatnya PDRM benar2 kaki putar belit dan penipu besar apabila peserta disembur water canon dan gas pemedih mata setelah peserta telah melalui separuh dari jalan tersebut.
Ya Allah..Engakau kembalikan perancangan musuh2 kami ke tengkuk mereka Ya Allah!

Antara info kekejaman FRU dan PDRM semasa Bersih 2.0

1. Suami kepada Ketua Wanita Cabang PKR Setiawangsa meninggal dunia akibat sesak nafas setelah terhidu gas FRU
2. Cikgu Radhi, Timbalan YDP PAS Gombak/ Pengarah Pilihanraya PAS Selangor meninggal dunia sejurus pulang dari Bersih
3. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS cedera setelah dilanggar oleh trak polis
4. Anwar Ibrahim cedera dipukul


Penipu..peniaga rugi besar angkara BERSIH?

untung besar Shell..semua pakat masuk beli barang 

McD penuh sepenuhnya

BN penipu dan pemfitnah terbesar

Rejim BN melalui media banjingannya sebelum Bersih 2.0 dilancarkan, begitu rancak memomokkan kononnya himpunan rakyat akan merugikan peniaga. Ni lah akibatnya bila barcakap menggunakan kepala lutut..bukannya menggunakan akal di kepala.

Siapakah dalang sebenarnya yang merugikan peniaga sebenarnya?
Ratusan ribu yang berkunjung ke kotaraya atau semburan water canon dan gas pemedih mata yang menyebabkan peniaga rugi? Sifir yang mudah dijawab oleh manusia yang ada akal yang waras.

Teman sempat snap gambar2 di atas bagi menunjukkan peniaga akan untung besar bila ratusan ribu yang hadir ke kotaraya. Kedai2 yang beroperasi hari tersebut mendapat untung besar. Gambar2 tersebut di snap ketika banjingan FRU dan PDRM tidak membuat kacau. 

PDRM buta matematik

antara puluhan ribu yg hadir dlm Bersih 2.0

dari sarawak pun marik!

sifir mane yg cakap cuma 3 ribu yg hadir? hampeh..

Kesengalan media banjingan BN dan kenyataan PDRM benar2 memualkan bila kenyataan rasmi mengatakan hanya sekitar 3 ribu yang hadir dalam himpunan bersih. Sekali tengok imbasan gambar dah tau yang hadir melebihi puluhan ribu dan hampir ratusan ribu. mungkin mereka yang buta matematik ini perlu dihantar semula ke tadika untuk belajar 1, 2 ,3 ...

Sunday, July 10, 2011

Tahniah demonstran Bersih 2.0

Dppk Tambun mengucapkan tahniah kepada semua peserta Bersih 2.0 kerana mengorbankan masa,wang dan tenaga bagi menjayakan himpunan rakyat. Semoga setiap detik yang diluangkan dalam perjuangan akan dibalas ganjaran syurga Allah.

Friday, July 8, 2011

Najib menggelataq tunggu hari esok


Dalam masa 24 jam lagi, Malaysia bakal mengulangi sejarah kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan dan hak rakyat. Tanggal 9 Julai 2011 bakal menyaksikan jutaan pencinta Malaysia di Stadium Merdeka bagi menyuarakan tuntutan ke atas pilihanraya yang lebih adil. Semangat juang para demonstran dan pasukan kuning semakin hebat menanti hari esok..manakala hati2 kecil para pasukan merah semakin gentar menanti kemunculan jutaan demonstran kekuningan.
Setelah mendapat perkenan dari Agong, inilah peluang para demonstran menuntut hak secara berhimpun selari dengan perlembagaan Malaysia. Walaupun hak ini dinafikan UmnoBN sehingga kini,ayuh para dai'e dan pejuang,berdoa agar nusrah Allah sentiasa menaungi perjalanan dan perjuangan kita pada esok hari! Jangan gentar dan kecut akan kelibat FRU, Polis dan banjingan2 UmnoBN yang melata di sekitar KL. Teruskan langkah sehingga menuju ke Stadium Merdeka!

Kebodohan, kecutan dan fitnah umnoBN menjelang Bersih 2.0

1. Memomokkan Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga yang memusuhi islam dan wujudkan isu perkauman
2. Kononnya Bersih 2.0 didalangi oleh komunis
3. Keluarkan fatwa haram Bersih 2.0
4. Dilarang pakai baju kuning hatta seluar dalam kuning pun tak boleh la
5. Iklan2 provokasi di TV yang menunjukkan Bersih 2.0 bakal huru hara kan negara
6. Menangkap aktivis2 Pakatan Rakyat pada fasa sebelum menjelang Bersih 2.0
7. Menggunakan Akta Jenayah menahan para demonstran dan aktivis Pakatan Rakyat
8. Melarang 91 pimpinan dari memasuki KL pada esok hari
9. Menutup jalan2 utama ke KL pada esok hari
10. Sehingga kini tiada permit diluluskan hatta Bersih 2.0 sudah mendapat perkenan Agong
11. Menafikan hak berhimpun di stadium merdeka

Sian UmnoBN..terpaksa menggunakan seluruh jentera dan banjingan untuk menghalang kemaraan dan kebangkitan rakyat pada esok hari. Semoga setiap saat dan detik yang digunakan dalam mendapatkan keadilan ini akan dibalas pahala dan ganjaran syurga oleh Allah..

Takbir!!!
Hancur Hancur..Hancur Umno
Keadilan Keadilan..Keadilan untuk Pilihanraya!

Monday, July 4, 2011

Malaysia dah darurat?

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."

Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.

Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.

Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Bantah tahan PSM
Sementara itu, Bersih 2.0 dalam kenyataannya mengecam keras tindakan polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Dharurat.

"Ia sama seperti ditahan di bawah ISA," kata satu kenyataan Bersih 2.0.
Semalam, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan (gambar) membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar kerana melemparkan tuduhan palsu terhadap lima aktivis parti itu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.

Selain Michael, turut ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah  M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 yang membolehkan ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan.

Kata Arutchelvan (gambar), sebelum ini kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong namun telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

“Kemudian semalam polis membuat tangkapan semula di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat kerana kononnya terdapat sebab-sebab untuk mempercayai yang mereka  telah bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan ketenteraman awam.

“Ini adalah tindakan salah guna kuasa di mana polis bersembunyi di belakang undang-undang zalim ala ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga tahu bahawa ISA tidak lagi popular sehingga terpaksa mengunakan undang-undang darurat yang ramai orang tidak mengetahuinya,” katanya dalam laporan polis itu.

Tegas Arutchelvan, Ordinan Darurat digunakan ke atas individu yang melakukan jenayah berat dan bukan berunsur politik.

“Mereka berenam ini adalah tahanan politik pertama dituduh di bawah Ordinan Darurat yang masih digunakan di zaman tidak ada darurat.

“Maka tujuan sebenar Ordinan Darurat digunakan adalah untuk menghindar orang dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0. Semua alasan dan kenyataan lain adalah tipu muslihat dan agenda memperbodohkan rakyat,” katanya.

Minggu lalu kesemua mereka ditahan berhubung Himpunan Bersih 2.0 bersama 25 yang lain

Retreat Pemuda PAS Negeri

Ustaz Akmal berikan taklimat

sebahagian perwakilan kawasan

Sabtu dan Ahad lepas telah berlangsung Retreat Pemuda PAS Negeri Perak (Lajnah Penerangan dan Lajnah IT) di Bukit Merah. Ketua-ketua lajnah penerangan dan IT di setiap kawasan telah berkumpul untuk brainstorm untuk memperkasakan lajnah masing2. Pembentangan kertas kerja oleh wartawan Harakah daily juga diselitkan dalam program ini sebagai pendedahan lebih memdalam dalam sudut kewartawanan dan kepentingan IT dalam menghadapi pilihanraya.

Lori ayam terbalik dalam terowong

jalan cam semut je semua kereta

sabo tu separuh dari iman

sabo terus sabo dalam perjalanan ke Retreat Pemuda PAS Negeri

sabtu lepas sebuah lori ayam dikhabarkan terbalik di dalam terowong di Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira 10 km dari tol Jelapang.Traffic jam bermula dari tol jelapang hingga 2-3 kilometer selepas terowong. Lalulintas kembali normal sekitar pukul 7 petang setelah lori yang terlibat dialihkan. Kesesakan bertambah parah dengan tambahan bilangan kereta rosak di tengah jalan dan lori2 yang parking di tepi lebuhraya.
Sekian berita dilaporkan.

SPR banjingan BN



teman copy  bende alah ni dari facebook. 
SPR memang pak turut BN,
banjingan kerajaan zalim dan thagut. 
SPR dabik dada dah jalankan kerja dgn
efisyen dan jujur, tapi ni ape cerita??
BERSIH tuntut keadilan!!!

Sukan Pemuda Kawasan Tambun

Sdr Salman melakukan set mula, sebagai gimik perasmian sukan tersebut

Ucapan perasmian
Sdr Zairul menyampaikan ucapan alua-aluan pada majlis tersebut, beliau menginggatkan agar lebih kerap sukan dan aktiviti kepemudaan perlu diadakan kerana jiwa pemuda perlu di isi dengan aktiviti yang sihat dan disisipi dengan unsur taqwa kepada Allah, pada ini sebanyak 3 jenis aktiviti diadakan iaitu catur, karom dan ping pong


sumber: PAS Tambun

Friday, July 1, 2011

Bengkel Solat Remaja


Pakat adik,kakak,abang,sedare2 datang program ni.
Sama2 kita menghayati dan memperbaiki solat.
Sesungguhnya solat itu tiang agama..
Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..

Ceramah Kebangkitan Rakyat

Datuk T shirt


Kepeningan yang berlaku dalam sistem pentadbiran dan keadilan dalam 1Malaysia


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails