Wednesday, May 22, 2013

Stand Dppk Tambun 3 Isu Utama

Melalui perbincangan dan perbahasan isu dalam usrah bulanan semalam, Dppk Tambun telah sepakat dan dan mempunyai stand terhadap beberapa isu yg menjadi perdebatan dan buah mulut dikalangan pendokong dan penyokong PAS. Dppk Tambun sepakat dalam bebarapa isu sesuai dgn konsep wahdatul fikr wahdatul amal dalam amal islami.

1)      Isu kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.  Ramai penyokong PAS terkeliru dengan kenyataan TGHA sehingga menafsirkan kenyataan yang bercanggah kononnya TGHA menyeru ahli supaya bersyukur dan bersabar semata-mata tanpa perlu buat apa-apa.  Jika difahami melalui kenyataan TGHA, beliau menyeru ahli supaya BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN PAS DAN PR DI NEGERI YANG DITAWAN, DAN BERSABAR DENGAN KEKALAHAN & PENIPUAN YANG BERLAKU. Dppk Tambun teguh dengan stand untuk bersama dalam seruan TGHA. Analogi mudah yang boleh diumpamakan adalah kita perlu bersabar jika rumah kita diceroboh dan dimasuki pencuri. Sabar itu adalah sifat yang diajar dalam Islam. Berkaitan pencuri yang telah melakukan kesalahan, kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Laporan polis dan tindakan susulan perlu dibuat supaya pencuri dihukum dan pencegahan untuk masa hadapan. Kembali kepada kenyataan TGHA, beliau tidak pula meyeru ahli untuk berdiam diri sahaja. Tindakan perlu dilakukan atas penipuan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu, melalui saluran yang disediakan. Petisyen dan bantahan mesti diteruskan untuk menumbangkan rejim UmnoBN.

2)      Isu kenyataan Timb. Ketua DPP Malaysia,Ustaz Nik Abduh "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” Segelintir ahli dan puak Umno telah membuat kesimpulan begitu pantas dengan meletakkan Ustaz nik Abduh tidak selari dengan pimpinan PR. Dppk Tambun bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh dan menyimpulkan Malaysia tidaklah seteruk Mesir dizaman Hosni Mubarak. Tatkala zaman Hosni, Ikhwan Muslimin dinafikan terus untuk bertanding dalam pilihanraya dan dibelasah total oleh kerajaan Hosni. Di Malaysia, jemaah PAS masih diberikan ruang untuk bertanding dan mendapat kemenangan dibeberapa negeri dan mewakili rakyat dalam Parlimen. Isunya, untuk menumbangkan kerajaan melalui kaedah ‘spring’ seperti di Mesir adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang, sesuai dengan waqi’ semasa. PAS dan PR diberikan ruang untuk membuat petisyen dan menuntut hak di mahkamah. Jika ikutkan hati anak muda,memang memberontak untuk menumbangkan UmnoBN. Tapi perlu difahami, PAS adalah PARTI POLITIK DAN GERAKAN DAKWAH, segala tindak tanduk perlu selari dengan tuntutan dakwah dan kemenangan PR. Strategi perlu disusun semula untuk menang. Jika berlaku ‘spring’ di Malaysia seperti di Mesir, dikhuatiri membantutkan usaha dakwah PAS selama ini. Umno akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk melumpuhkan PR.

3)      Himpunan Blackout Tapah 23 Mei- pada 13 Mei yang lalu, pimpinan PAS telah mengeluarkan peringatan kepada ahli supaya berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang himpunan pada malam 13 Mei. Seribu kemungkinan boleh berlaku pada malam 13 Mei, seperti yang berlaku pada tahun 1969. Dalam isu Bersih, mereka mampu membuat provokasi memburukkan imej himpunan dan parti. Perkara yang sama boleh berlaku pada malam 13 Mei, mungkin lebih teruk! Sejarah 13Mei tidak boleh lari dari isu pembunuhan kaum. Jika provokasi berlaku pada malam itu, fitnah dan mudarat yang lebih besar menanti jemaah PAS dan mungkin diharamkan terus. Mengambil pendekatan langkah berjaga-jaga, menjaga kesinambungan jemaah Islam PAS itu lebih utama. 13 Mei telah berlalu dan segala himpunan selepas itu adalah diseru untuk bersama. Dppk Tambun menyeru anak-anak muda Kawasan Tambun untuk turun beramai-ramai ke Himpunan Blackout Tapah 23 Mei ini. Kita gelapkan lagi malam yang gelap itu dengan memakai baju hitam.

Sunday, May 19, 2013

Ustaz Kazim Elias mati sebelum berjuang

Menteri KDN baru Zahid Hamidi kini telah mula menunjukkan belang dan taring apabila telah menggunakan kuasa KDN secara meluas untuk menahan aktivis politik yang boleh menggugat kerajaan UmnoBN. Semalam  Adam Adli telah ditahan dibawah Akta Hasutan. 

Semalam juga 2 senario telah berlaku dalam kerajaan UmnoBN. Adam Adli mahasiswa 20an lagi matang dan kental terus meneruskan perjuangan walaupun ditahan polis. seorang lagi pak ostat Umno Kazim Elias telah meluahkan hasrat untuk berhenti ceramah apabila telah diugut bunuh. Pak ostat Umno Kazim Elias yang kecut no egg, baru gertak sikit dah tak nak berjuang..duit punya pasai maaa. Inilah beza apabila berjuang semata-mata untuk kepentingan duniawi..
 POrahhhHH!

Zahid Hamidi mengganas di Putrajaya!

Menteri Umno sedang mengganas!
Menteri KDN baru Zahid Hamidi mula tunjuk belang. First statement suruh rakyat Malaysia keluar dari Malaysia jika tak puas hati dgn perundangan negara, ingat Malaysia ni bapak die punye kot. Kini pemimpin mahasiswa Adam Adli telah ditahan dibawah Akta Hasutan. Mungkin ramai lagi akan ditahan untuk bantutkan kebangkitan rakyat. ISA mungkin akan dihidupkan kembali. Bersedia semua, jika arahan telah dikeluarkan dari pimpinan untuk turun ke jalan raya, kita turun! Jika diarahkan untuk protes besar-besaran,kita protes! Jangan biarkan mereka berkuasa dan mengganas menggunakan mandat penipuan PRU13. Masa depan generasi kita terletak pada usaha perjuangan kita masa kini..

Friday, May 17, 2013

GST sudah dilaksanakan

Admin yakin dan percaya orang2 Umno yg akan mula2 sujud syukur dan puasa nazar sebab GST dilaksanakan + semua barang naik. Apa yang pasti insan yg paling tersenyum lebar adalah PM Malaysia Rosmah Mansor sebab beliau bakal memiliki cincin yg lebih ranggi lepas ni..

Akidah Umat Islam Terancam kerana Umno

KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK

PERTAHANKAN SIJIL PENGISLAMAN
ANAK-ANAK MOHD RIDZUAN ABDULLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (Cawangan Perak), ingin menyatakan sikap menyokong pendirian Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Perak (MAMPAN), yang disertai 30 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), berkenaan isu MEMBANTAH permohonan semakan kehakiman M. Indira Gandhi bekas isteri K. Pathmanaban atau Mohd Ridzuan Abdullah, untuk membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Untuk makluman pada 12 April 2009, K. Pathmanaban yang menetap di Ipoh, Perak telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau ketika itu telah membawa 3 anaknya memeluk agama Islam iaitu Tevi Darsiny, ketika itu berumur 12 tahun, Karan Dinesh 11 tahun dan Prasana Diksa setahun, yang dibawa memeluk Islam.
Ketika ini perbicaraan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Beberapa penegasan yang  diperjuangkan oleh ABIM dan MAMPAN  seperti berikut;
1. Semua pihak perlu melihat isu membatalkan sijil pengislaman suatu perkara yang berat dan serius.

2. Menyeru agar pihak berwajib melantik Hakim yang beragama Islam dan memahami perundangan Islam.

3. Menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dengan tidak berlaku pembatalan sijil pengIslaman yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Perak.

4. Keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

5. Ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

ABIM dan NGO Islam Perak yang bergabung di bawah MAMPAN  menyeru seluruh lapisan rakyat di Negeri Perak dan Malaysia agar dapat memahami isu ini dan menyokong gerakan bantahan ini. Seruan ABIM ini berasaskan pada kebimbangan bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada Islam dan keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Yang Benar,

SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA  (ABIM),
CAWANGAN PERAK.
17hb Mei 2013 bersamaan 8 Rajab 1434 H

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA. DIDIKLAH ANAK MURID MENJADI INSAN BERGUNA DAN TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH. DIDIKAN YANG SEMPURNA MAMPU MENEMPIS TIPU DAYA UMNO KELAK..

PAS dalam keadaan kritikal

Mehnah dalam perjuangan sentiasa menemani para jundi. Berdoalah dan tingkatkan kefahaman dalam jemaah islam semoga kita tidak menjadi kemuncup dalam perjuangan.....

Kita (PAS) Hari Ini Bukan Saja Berdepan Dengan UMNO-BN, Bahkan Berdepan Juga Dengan:

1- Ahli yang kurang sabarnya.
2- Ahli yang suka buat kepala sendiri.
3- Ahli yang tak dengar arahan dan hilang wala'nya pada keputusan Jamaah.
4- Ahli yang nak menang cepat, tapi kerja malas.
5- Ahli yang kurang pemahamannya tentang aqidah perjuangan.
6- Ahli yang hilang "tajarrudnya".
7- Ahli yang tidak thiqah pada pimpinan.
8- Ahli yang suka mengejek golongan Ulamak.
9- Ahli yang pebagai lagi latar belakang mereka.

=> Setiap zaman ada Abu Bakarnya, setiap zaman ada Sayyidina Umarnya, setiap zaman ada Sayyidina Ustman & Sayyidina Alinya, setiap zaman ada Khalid al-Walidnya, setiap zaman ada Fira'unnya, setiap zaman ada Abu Jahalnya, setiap zaman ada Abdullah Bin Saba'nya dan sebagainya.

Cuma persoalannya, siapakah yang menggantikan ciri-ciri mereka yang telah disebutkan itu. Tanya pada diri, layakkah kita menggantikan peranan sebagai sebagai posisi 4 orang sahabat agung itu. Ataupun berpihak kepada musuh-musuh?

Ayuh kita perkemaskan semula saff perjuangan ini agar dapat dipacu dengan jayanya untuk kembalikan Islam ke tempat asalnya. Politik-politik juga, Islam mesti di depan. Selamat berjuang..

credit to 
Syed Faizal Syed Hasanialyahya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails