Friday, May 31, 2013

Tsunami India buat Umno

UMNO MENJANGKAKAN TSUNAMI INDIA AKAN DATANG..!..
Dalam Program Ziarah Mahabbah TGNA oleh Dppk Tambun minggu lepas, berkesempatan menadah ilmu dari tazkirah yg diberikan oleh Ustaz Nik Abduh. Tak ketinggalan Navin (dalam bulatan), non muslim india juga bersama untuk menadah ilmu dari ustaz. Satu fenomena yg menggerunkan Umno bila mana non muslim mendekati PAS. Masyarakat cina sudah bersama perjuangan PAS, kini tiba masa untuk masyarakat India beralih arah. Non Muslim makin memahami Islam bila bersama PAS. Jika Umno menggelarkan masyarakat Tionghua dgn Tsunami Cina, kini Tsunami India bakal menjelma..

UMNO MENJANGKAKAN TSUNAMI INDIA AKAN DATANG....

Dalam Program Ziarah Mahabbah TGNA oleh Dppk Tambun minggu lepas, berkesempatan menadah ilmu dari tazkirah yg diberikan oleh Ustaz Nik Abduh. Tak ketinggalan Navin (dalam bulatan), non muslim india juga bersama untuk menadah ilmu dari ustaz. Satu fenomena yg menggerunkan Umno bila mana non muslim mendekati PAS. Masyarakat cina sudah bersama perjuangan PAS, kini tiba masa untuk masyarakat India beralih arah. Non Muslim makin memahami Islam bila bersama PAS. Jika Umno menggelarkan masyarakat Tionghua dgn Tsunami Cina, kini Tsunami India bakal menjelma..

Wednesday, May 29, 2013

Safwan Anang mangsa kerakusan Umno



Mahasiswa Safwan Anang menolak untuk diikat jamin, rela bermalam di lokap. Penangkapan atas motif politik UmnoBN tak mungkin membantutkan semangat juang anak muda ini. Pemuda islam sewajarnya mencontohi semangat dan jiwa yang kental seperti ditunjukkan Safwan Anang. Pejuang-pejuang islam terdahulu juga pernah merasai dipenjara,dipukul hatta dibunuh. Semoga kita tabah dan thabat dalam menempuh mehnah dalam perjuangan. Selagi Umno melawan Allah, selagi itulah ia menjadi fokus kita untuk menumbangkan kerajaan thagut ini.......

Tuesday, May 28, 2013

Penjenayah dikehendaki !!!


Perlawanan antara Pahang FC v/s JDT terpaksa ditangguhkan mlm ni. Polis sudah kehilangan skill untuk menjaga keselamatan awam, polis patut dipersalahkan. Sekarang ni polis lagi sibuk jadi SB masuk dalam ceramah2 parti pembangkang dan tahan aktivis politik yang lawan UmnoBN. Shame on u PDRM! Kucing yang berak di stadium tadi lebih bermoral..

Setelah tamrin, tian chua, safwan ditahan malam tadi, kini pihak berkuasa sedang menjejaki satu lagi suspek yang sangat dikehendaki berbulu hitam putih. Sesiapa yang mengenali suspek,sila hubungi polis berdekatan. Suspek sangat merbahaya sehingga perlawanan bola ditangguhkan!

Monday, May 27, 2013

Adun Manjoi menggelumpur kepanasan


Kenangan Pra PRU13 Calon N23 Manjoi PAS Tuan Hj Asmuni Awi, calon BN Ziad dan ex Adun Dato Nazri.

Ziad tak mungkin dapat duduk senang sekarang, kerusi Adun Manjoi mungkin akan berpindah tangan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Dengan kemenangan hanya majoriti 132, petisyen di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan pilihan raya di 6 Dun Perak antaranya Dun Manjoi mungkin berpihak kepada PR. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan.



Kenangan Ziarah Mahabbah di Kelantan


Team Dppk Tambun bergambar dgn Ustaz nik Abduh


Bersama dengan mantan KP Tambun sdr azhar Daud (tengah), KP Tambun sdr Zairul (kanan), Timb KP Tambun (kiri). Di majlis meraikan petugas Dun Kadok UPU Kg Dewan Beta Kelantan


Bersama Navin dari DHPP Tambun


Santai bersama Ustaz Nik Abduh



Saturday, May 25, 2013

Parlimen akan dibubarkan


ANAK MUDA MAHUKAN PERUBAHAN!
PASCA PRU13 MEMBUKTIKAN BANYAK PENIPUAN SPR DAN UMNOBN DIDEDAHKAN SEMASA PRU. 
DAKWAT TAK KEKAL+BLACKOUT+UNDIAN BERGANDA+WARGA ASING MENGUNDI+PETI UNDI HILANG+TAMBAHAN PETI UNDI ETC.
ANAK MUDA MENUNTUT SPR BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEBODOHAN PENGERUSI SPR INI.
PRU PERLU DIADAKAN SEMULA !!!!!!!!!


Friday, May 24, 2013

Ziarah Mahabbah Ulama

Di rumah tok guru bersama ust nik abduh

24/5/2013, Sebahagian pemuda PAS kwsn Tambun dan Jabatan Amal Tambun dalam program Ziarah Mahabbah TGNA. Program masih berlangsung dan akan berterusan sehingga esok insyaAllah. Semoga pemuda2 tambun membawa balik roh dan semangat perjuangan Islam dari ulama kesayangan kita..

Himpunan Blackout Mega



Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

Harakahdaily
Jumaat, 24 Mei 2013 11:08

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

“Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

Ustaz Hakim dirompak oleh Rakyat Umno

Thursday, May 23, 2013

Menteri Gangster Terulung di Abad ini


Menteri KDN Zahid Hamidi memulakan tugas baru dengan gaya samseng & gangster. Disebabkan rasanya Malaysia ini adalah kepunyaan bapaknye, Zahid Hamidi semakin tunjuk belang dan biadap dari hari ke sehari. Tindakan dan ugutan yang kurang ajar dari seorang menteri KDN dalam sejarah Malaysia..
1) Akan melucutkan kewarganegaraan bagi rakyat Malaysia di luar negara yang menyertai himpunan

2) Mengarahkan rakyat Malaysia keluar dari negara ini sekiranya tak berpuas hati dengan undang-undang Malaysia.

3) Menahan aktivis mahasiswa Adam Adli, aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain untuk menyekat gelombang kebangkitan rakyat dan tersebarnya penipuan PRU13.

4) Akhbar utama Harakah dan Suara Keadilan telah dirampas secara berleluasa di beberapa buah negeri kononnya menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 
5) Mengugut rakyat...Jika ada yang masih berdegil, mereka harus 'membayar dengan harga yang mahal' (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis. Dijangkakan FRU akan dikerahkan untuk membelasah peserta himpunan blackout Sabtu ini.
Rakyat Malaysia sentiasa melihat aksi menteri KDN, semakin belangnya naik,semakin membara kuasa rakyat bangun menentang rejim sembahan kamu wahai Zahid Hamidi..


Wednesday, May 22, 2013

Stand Dppk Tambun 3 Isu Utama

Melalui perbincangan dan perbahasan isu dalam usrah bulanan semalam, Dppk Tambun telah sepakat dan dan mempunyai stand terhadap beberapa isu yg menjadi perdebatan dan buah mulut dikalangan pendokong dan penyokong PAS. Dppk Tambun sepakat dalam bebarapa isu sesuai dgn konsep wahdatul fikr wahdatul amal dalam amal islami.

1)      Isu kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.  Ramai penyokong PAS terkeliru dengan kenyataan TGHA sehingga menafsirkan kenyataan yang bercanggah kononnya TGHA menyeru ahli supaya bersyukur dan bersabar semata-mata tanpa perlu buat apa-apa.  Jika difahami melalui kenyataan TGHA, beliau menyeru ahli supaya BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN PAS DAN PR DI NEGERI YANG DITAWAN, DAN BERSABAR DENGAN KEKALAHAN & PENIPUAN YANG BERLAKU. Dppk Tambun teguh dengan stand untuk bersama dalam seruan TGHA. Analogi mudah yang boleh diumpamakan adalah kita perlu bersabar jika rumah kita diceroboh dan dimasuki pencuri. Sabar itu adalah sifat yang diajar dalam Islam. Berkaitan pencuri yang telah melakukan kesalahan, kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Laporan polis dan tindakan susulan perlu dibuat supaya pencuri dihukum dan pencegahan untuk masa hadapan. Kembali kepada kenyataan TGHA, beliau tidak pula meyeru ahli untuk berdiam diri sahaja. Tindakan perlu dilakukan atas penipuan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu, melalui saluran yang disediakan. Petisyen dan bantahan mesti diteruskan untuk menumbangkan rejim UmnoBN.

2)      Isu kenyataan Timb. Ketua DPP Malaysia,Ustaz Nik Abduh "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” Segelintir ahli dan puak Umno telah membuat kesimpulan begitu pantas dengan meletakkan Ustaz nik Abduh tidak selari dengan pimpinan PR. Dppk Tambun bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh dan menyimpulkan Malaysia tidaklah seteruk Mesir dizaman Hosni Mubarak. Tatkala zaman Hosni, Ikhwan Muslimin dinafikan terus untuk bertanding dalam pilihanraya dan dibelasah total oleh kerajaan Hosni. Di Malaysia, jemaah PAS masih diberikan ruang untuk bertanding dan mendapat kemenangan dibeberapa negeri dan mewakili rakyat dalam Parlimen. Isunya, untuk menumbangkan kerajaan melalui kaedah ‘spring’ seperti di Mesir adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang, sesuai dengan waqi’ semasa. PAS dan PR diberikan ruang untuk membuat petisyen dan menuntut hak di mahkamah. Jika ikutkan hati anak muda,memang memberontak untuk menumbangkan UmnoBN. Tapi perlu difahami, PAS adalah PARTI POLITIK DAN GERAKAN DAKWAH, segala tindak tanduk perlu selari dengan tuntutan dakwah dan kemenangan PR. Strategi perlu disusun semula untuk menang. Jika berlaku ‘spring’ di Malaysia seperti di Mesir, dikhuatiri membantutkan usaha dakwah PAS selama ini. Umno akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk melumpuhkan PR.

3)      Himpunan Blackout Tapah 23 Mei- pada 13 Mei yang lalu, pimpinan PAS telah mengeluarkan peringatan kepada ahli supaya berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang himpunan pada malam 13 Mei. Seribu kemungkinan boleh berlaku pada malam 13 Mei, seperti yang berlaku pada tahun 1969. Dalam isu Bersih, mereka mampu membuat provokasi memburukkan imej himpunan dan parti. Perkara yang sama boleh berlaku pada malam 13 Mei, mungkin lebih teruk! Sejarah 13Mei tidak boleh lari dari isu pembunuhan kaum. Jika provokasi berlaku pada malam itu, fitnah dan mudarat yang lebih besar menanti jemaah PAS dan mungkin diharamkan terus. Mengambil pendekatan langkah berjaga-jaga, menjaga kesinambungan jemaah Islam PAS itu lebih utama. 13 Mei telah berlalu dan segala himpunan selepas itu adalah diseru untuk bersama. Dppk Tambun menyeru anak-anak muda Kawasan Tambun untuk turun beramai-ramai ke Himpunan Blackout Tapah 23 Mei ini. Kita gelapkan lagi malam yang gelap itu dengan memakai baju hitam.



Sunday, May 19, 2013

Ustaz Kazim Elias mati sebelum berjuang


Menteri KDN baru Zahid Hamidi kini telah mula menunjukkan belang dan taring apabila telah menggunakan kuasa KDN secara meluas untuk menahan aktivis politik yang boleh menggugat kerajaan UmnoBN. Semalam  Adam Adli telah ditahan dibawah Akta Hasutan. 

Semalam juga 2 senario telah berlaku dalam kerajaan UmnoBN. Adam Adli mahasiswa 20an lagi matang dan kental terus meneruskan perjuangan walaupun ditahan polis. seorang lagi pak ostat Umno Kazim Elias telah meluahkan hasrat untuk berhenti ceramah apabila telah diugut bunuh. Pak ostat Umno Kazim Elias yang kecut no egg, baru gertak sikit dah tak nak berjuang..duit punya pasai maaa. Inilah beza apabila berjuang semata-mata untuk kepentingan duniawi..
 POrahhhHH!

Zahid Hamidi mengganas di Putrajaya!


Menteri Umno sedang mengganas!
Menteri KDN baru Zahid Hamidi mula tunjuk belang. First statement suruh rakyat Malaysia keluar dari Malaysia jika tak puas hati dgn perundangan negara, ingat Malaysia ni bapak die punye kot. Kini pemimpin mahasiswa Adam Adli telah ditahan dibawah Akta Hasutan. Mungkin ramai lagi akan ditahan untuk bantutkan kebangkitan rakyat. ISA mungkin akan dihidupkan kembali. Bersedia semua, jika arahan telah dikeluarkan dari pimpinan untuk turun ke jalan raya, kita turun! Jika diarahkan untuk protes besar-besaran,kita protes! Jangan biarkan mereka berkuasa dan mengganas menggunakan mandat penipuan PRU13. Masa depan generasi kita terletak pada usaha perjuangan kita masa kini..


Friday, May 17, 2013

GST sudah dilaksanakan


Admin yakin dan percaya orang2 Umno yg akan mula2 sujud syukur dan puasa nazar sebab GST dilaksanakan + semua barang naik. Apa yang pasti insan yg paling tersenyum lebar adalah PM Malaysia Rosmah Mansor sebab beliau bakal memiliki cincin yg lebih ranggi lepas ni..

Akidah Umat Islam Terancam kerana Umno

KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK

PERTAHANKAN SIJIL PENGISLAMAN
ANAK-ANAK MOHD RIDZUAN ABDULLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (Cawangan Perak), ingin menyatakan sikap menyokong pendirian Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Perak (MAMPAN), yang disertai 30 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), berkenaan isu MEMBANTAH permohonan semakan kehakiman M. Indira Gandhi bekas isteri K. Pathmanaban atau Mohd Ridzuan Abdullah, untuk membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Untuk makluman pada 12 April 2009, K. Pathmanaban yang menetap di Ipoh, Perak telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau ketika itu telah membawa 3 anaknya memeluk agama Islam iaitu Tevi Darsiny, ketika itu berumur 12 tahun, Karan Dinesh 11 tahun dan Prasana Diksa setahun, yang dibawa memeluk Islam.
Ketika ini perbicaraan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Beberapa penegasan yang  diperjuangkan oleh ABIM dan MAMPAN  seperti berikut;
1. Semua pihak perlu melihat isu membatalkan sijil pengislaman suatu perkara yang berat dan serius.

2. Menyeru agar pihak berwajib melantik Hakim yang beragama Islam dan memahami perundangan Islam.


3. Menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dengan tidak berlaku pembatalan sijil pengIslaman yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Perak.

4. Keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.


5. Ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

ABIM dan NGO Islam Perak yang bergabung di bawah MAMPAN  menyeru seluruh lapisan rakyat di Negeri Perak dan Malaysia agar dapat memahami isu ini dan menyokong gerakan bantahan ini. Seruan ABIM ini berasaskan pada kebimbangan bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada Islam dan keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.


Yang Benar,

SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA  (ABIM),
CAWANGAN PERAK.
17hb Mei 2013 bersamaan 8 Rajab 1434 H


KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK
PERTAHANKAN SIJIL PENGISLAMAN
ANAK-ANAK MOHD RIDZUAN ABDULLAH
Angkatan Belia Islam Malaysia (Cawangan Perak), ingin menyatakan sikap menyokong pendirian Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Perak (MAMPAN), yang disertai 30 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), berkenaan isu MEMBANTAH permohonan semakan kehakiman M. Indira Gandhi bekas isteri K. Pathmanaban atau Mohd Ridzuan Abdullah, untuk membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Untuk makluman pada 12 April 2009, K. Pathmanaban yang menetap di Ipoh, Perak telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau ketika itu telah membawa 3 anaknya memeluk agama Islam iaitu Tevi Darsiny, ketika itu berumur 12 tahun, Karan Dinesh 11 tahun dan Prasana Diksa setahun, yang dibawa memeluk Islam.
Ketika ini perbicaraan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Beberapa penegasan yang diperjuangkan oleh ABIM dan MAMPAN seperti berikut;
1. Semua pihak perlu melihat isu membatalkan sijil pengislaman suatu perkara yang berat dan serius.
2. Menyeru agar pihak berwajib melantik Hakim yang beragama Islam dan memahami perundangan Islam.

3. Menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dengan tidak berlaku pembatalan sijil pengIslaman yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Perak.
4. Keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

5. Ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.
ABIM dan NGO Islam Perak yang bergabung di bawah MAMPAN menyeru seluruh lapisan rakyat di Negeri Perak dan Malaysia agar dapat memahami isu ini dan menyokong gerakan bantahan ini. Seruan ABIM ini berasaskan pada kebimbangan bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada Islam dan keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Yang Benar,
SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM),
CAWANGAN PERAK.
17hb Mei 2013 bersamaan 8 Rajab 1434 H

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA. DIDIKLAH ANAK MURID MENJADI INSAN BERGUNA DAN TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH. DIDIKAN YANG SEMPURNA MAMPU MENEMPIS TIPU DAYA UMNO KELAK..

PAS dalam keadaan kritikal


Mehnah dalam perjuangan sentiasa menemani para jundi. Berdoalah dan tingkatkan kefahaman dalam jemaah islam semoga kita tidak menjadi kemuncup dalam perjuangan.....

Kita (PAS) Hari Ini Bukan Saja Berdepan Dengan UMNO-BN, Bahkan Berdepan Juga Dengan:

1- Ahli yang kurang sabarnya.
2- Ahli yang suka buat kepala sendiri.
3- Ahli yang tak dengar arahan dan hilang wala'nya pada keputusan Jamaah.
4- Ahli yang nak menang cepat, tapi kerja malas.
5- Ahli yang kurang pemahamannya tentang aqidah perjuangan.
6- Ahli yang hilang "tajarrudnya".
7- Ahli yang tidak thiqah pada pimpinan.
8- Ahli yang suka mengejek golongan Ulamak.
9- Ahli yang pebagai lagi latar belakang mereka.

=> Setiap zaman ada Abu Bakarnya, setiap zaman ada Sayyidina Umarnya, setiap zaman ada Sayyidina Ustman & Sayyidina Alinya, setiap zaman ada Khalid al-Walidnya, setiap zaman ada Fira'unnya, setiap zaman ada Abu Jahalnya, setiap zaman ada Abdullah Bin Saba'nya dan sebagainya.

Cuma persoalannya, siapakah yang menggantikan ciri-ciri mereka yang telah disebutkan itu. Tanya pada diri, layakkah kita menggantikan peranan sebagai sebagai posisi 4 orang sahabat agung itu. Ataupun berpihak kepada musuh-musuh?

Ayuh kita perkemaskan semula saff perjuangan ini agar dapat dipacu dengan jayanya untuk kembalikan Islam ke tempat asalnya. Politik-politik juga, Islam mesti di depan. Selamat berjuang..

credit to 
Syed Faizal Syed Hasanialyahya

Ustaz Kazim Elias hina hukum Allah

Bila duniawi yang dikejar, agama Allah pun sanggup dipersendakan. Berkawan dengan Umno inilah jadinye...

Thursday, May 9, 2013

Umno wujudkan kembali 13 Mei


Akhir2 ini Umno mula ligat main isu perkauman dan cuba melaga-lagakan bangsa Melayu dan Cina. Bukan setakat kitab utama Umno, Utusan Sex je yang mainkan isu ni, macai2 blogger Umno jugak diseluruh Malaysia cuba meniupkan isu perkauman. 

Mereka cuba menghidupkan kembali sejarah 13 Mei 1969, apabila bangsa Melayu dan Cina berbunuh, Umno akan muncul cuba menjadi hero. Umno kononnya membawa Islam dah jadi fitnah kepada bangsa dan agama lain. Kami umat Islam tidak sesekali akan redha dgn perancangan jahat ala Zionis ni..

Monday, May 6, 2013

La Tahzan Jentera MTD Manjoi


Buat jentera Dun Manjoi, bersabar teman2. Bak kata TGHA kita tidak kalah,cuma belum menang.Jgn putus asa shbt2 untuk menyantuni anak2 muda utk menyokong PR. realitinya kesemua saluran anak2 muda di Dun Manjoi menyebelahi PR kecuali beberapa tmpt di gugusan manjoi. Nantikan 5 tahun akan dtg,ketika saluran 1 dan 2 bakal pupus,digantikan dgn generasi baru,Dun Manjoi akan beralih kpd PR. Allah ingin menguji kesabaran kita dlm ujian ini. Semoga shbt2 tabah dan thabat dlm perjuangan..

Faktanya, more than half of population di Malaysia menyokong PR. Kita berjaya mengurangkan penguasaan kerusi Parlimen BN pada PRU kali ni. dari 140 kepada 133 kerusi. Satu prestasi kejayaan buat Pakatan Rakyat.

Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan. Bila kita ikut Nabi Muhammad SAW, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah SAW--Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Teruskan berdoa sahabat2,jangan putus asa. Mantapkan gerak kerja sehingga menjelang PRU 14. Hancur Umno!

Saturday, May 4, 2013

Akuan Bersumpah BN


Terbaru admin mendapat satu pm dari sorang pengundi. Beliau telah dipaksa menandatangani surat bersumpah untuk memangkah BN pada PRU 13 ini, Surat ini diedarkan kpd semua peserta yang menerima bantuan buat pengundi luar. Kerja jahat umno yg begitu terdesak. Sebarkan..ini fakta bukan auta!!

Thursday, May 2, 2013

Flash Mob Anak Muda di Manjoi













FLASH MOB GEGARKAN MANJOI


Ramah Mesra calon N23 di Meru 2B





















Majoriti pengundi yang ditemui,semuanya menyokong dan berjanji mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 13 ini. DUN Manjoi kalah tipis pada PRU 12 yang lalu sekitar 300 undi sahaja. Ini kalilah, Pakatan Rakyat akan ambil alih DUN Manjoi dengan majoriti 3000 !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails