Melalui perbincangan dan perbahasan isu dalam usrah
bulanan semalam, Dppk Tambun telah sepakat dan dan mempunyai stand terhadap beberapa
isu yg menjadi perdebatan dan buah mulut dikalangan pendokong dan penyokong
PAS. Dppk Tambun sepakat dalam bebarapa isu sesuai dgn konsep wahdatul fikr
wahdatul amal dalam amal islami.
1) Isu
kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya
ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Ramai penyokong PAS
terkeliru dengan kenyataan TGHA sehingga menafsirkan kenyataan yang bercanggah
kononnya TGHA menyeru ahli supaya bersyukur dan bersabar semata-mata tanpa
perlu buat apa-apa. Jika difahami
melalui kenyataan TGHA, beliau menyeru ahli supaya BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN
PAS DAN PR DI NEGERI YANG DITAWAN, DAN BERSABAR DENGAN KEKALAHAN & PENIPUAN
YANG BERLAKU. Dppk Tambun teguh dengan stand untuk bersama dalam seruan TGHA. Analogi
mudah yang boleh diumpamakan adalah kita perlu bersabar jika rumah kita
diceroboh dan dimasuki pencuri. Sabar itu adalah sifat yang diajar dalam Islam.
Berkaitan pencuri yang telah melakukan kesalahan, kita tidak boleh berdiam diri
sahaja. Laporan polis dan tindakan susulan perlu dibuat supaya pencuri dihukum
dan pencegahan untuk masa hadapan. Kembali kepada kenyataan TGHA, beliau tidak
pula meyeru ahli untuk berdiam diri sahaja. Tindakan perlu dilakukan atas
penipuan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu, melalui saluran yang disediakan.
Petisyen dan bantahan mesti diteruskan untuk menumbangkan rejim UmnoBN.
2)
Isu
kenyataan Timb. Ketua DPP Malaysia,Ustaz Nik Abduh "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi
kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."Fikirkan
kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu
kemenangan yang isinya belum ranum,” Segelintir ahli dan puak Umno telah
membuat kesimpulan begitu pantas dengan meletakkan Ustaz nik Abduh tidak selari
dengan pimpinan PR. Dppk Tambun bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh dan menyimpulkan
Malaysia tidaklah seteruk Mesir dizaman Hosni Mubarak. Tatkala zaman Hosni,
Ikhwan Muslimin dinafikan terus untuk bertanding dalam pilihanraya dan
dibelasah total oleh kerajaan Hosni. Di Malaysia, jemaah PAS masih diberikan
ruang untuk bertanding dan mendapat kemenangan dibeberapa negeri dan mewakili
rakyat dalam Parlimen. Isunya, untuk menumbangkan kerajaan melalui kaedah ‘spring’
seperti di Mesir adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang, sesuai
dengan waqi’ semasa. PAS dan PR diberikan ruang untuk membuat petisyen dan menuntut
hak di mahkamah. Jika ikutkan hati anak muda,memang memberontak untuk
menumbangkan UmnoBN. Tapi perlu difahami, PAS adalah PARTI POLITIK DAN GERAKAN
DAKWAH, segala tindak tanduk perlu selari dengan tuntutan dakwah dan kemenangan
PR. Strategi perlu disusun semula untuk menang. Jika berlaku ‘spring’ di
Malaysia seperti di Mesir, dikhuatiri membantutkan usaha dakwah PAS selama ini.
Umno akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk melumpuhkan PR.
3)
Himpunan Blackout Tapah 23
Mei- pada 13 Mei yang lalu, pimpinan PAS telah mengeluarkan peringatan kepada
ahli supaya berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang himpunan pada malam
13 Mei. Seribu kemungkinan boleh berlaku pada malam 13 Mei, seperti yang
berlaku pada tahun 1969. Dalam isu Bersih, mereka mampu membuat provokasi
memburukkan imej himpunan dan parti. Perkara yang sama boleh berlaku pada malam
13 Mei, mungkin lebih teruk! Sejarah 13Mei tidak boleh lari dari isu pembunuhan
kaum. Jika provokasi berlaku pada malam itu, fitnah dan mudarat yang lebih
besar menanti jemaah PAS dan mungkin diharamkan terus. Mengambil pendekatan
langkah berjaga-jaga, menjaga kesinambungan jemaah Islam PAS itu lebih utama.
13 Mei telah berlalu dan segala himpunan selepas itu adalah diseru untuk
bersama. Dppk Tambun menyeru anak-anak muda Kawasan Tambun untuk turun
beramai-ramai ke Himpunan Blackout Tapah 23 Mei ini. Kita gelapkan lagi malam
yang gelap itu dengan memakai baju hitam.
No comments:
Post a Comment