Friday, May 17, 2013

Akidah Umat Islam Terancam kerana Umno

KENYATAAN AKHBAR ABIM PERAK

PERTAHANKAN SIJIL PENGISLAMAN
ANAK-ANAK MOHD RIDZUAN ABDULLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (Cawangan Perak), ingin menyatakan sikap menyokong pendirian Majlis Muafakat Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Perak (MAMPAN), yang disertai 30 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), berkenaan isu MEMBANTAH permohonan semakan kehakiman M. Indira Gandhi bekas isteri K. Pathmanaban atau Mohd Ridzuan Abdullah, untuk membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Untuk makluman pada 12 April 2009, K. Pathmanaban yang menetap di Ipoh, Perak telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Mohd. Ridzuan Abdullah. Sebagai bapa, beliau ketika itu telah membawa 3 anaknya memeluk agama Islam iaitu Tevi Darsiny, ketika itu berumur 12 tahun, Karan Dinesh 11 tahun dan Prasana Diksa setahun, yang dibawa memeluk Islam.
Ketika ini perbicaraan kes ini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Beberapa penegasan yang  diperjuangkan oleh ABIM dan MAMPAN  seperti berikut;
1. Semua pihak perlu melihat isu membatalkan sijil pengislaman suatu perkara yang berat dan serius.

2. Menyeru agar pihak berwajib melantik Hakim yang beragama Islam dan memahami perundangan Islam.

3. Menyeru agar umat Islam berterusan dalam bermunajat kepada Allah SWT dengan mengadakan solat hajat dan berdoa agar penyelesaian isu ini dapat dicapai dengan baik dengan tidak berlaku pembatalan sijil pengIslaman yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Perak.

4. Keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.

5. Ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengislamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.

ABIM dan NGO Islam Perak yang bergabung di bawah MAMPAN  menyeru seluruh lapisan rakyat di Negeri Perak dan Malaysia agar dapat memahami isu ini dan menyokong gerakan bantahan ini. Seruan ABIM ini berasaskan pada kebimbangan bahawa isu ini boleh memberi kesan langsung kepada Islam dan keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

Yang Benar,

SUHAIMI BIN LATIP,
YANG DIPERTUA,
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA  (ABIM),
CAWANGAN PERAK.
17hb Mei 2013 bersamaan 8 Rajab 1434 H

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails