Alhamdulillah selesai mesyuarat Dppk Tambun sebentar tadi. Pelbagai aktiviti dirangka untuk survival dakwah dan politik pemuda islam di Tambun.
Fokus terdekat- Delegasi Dppk Tambun ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Alhamdulillah selesai mesyuarat Dppk Tambun sebentar tadi. Pelbagai aktiviti dirangka untuk survival dakwah dan politik pemuda islam di Tambun.
Fokus terdekat- Delegasi Dppk Tambun ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia.
Perwakilan & pemerhati Dppk Tambun di Muktamar Tahunan DPPN kali ke-31. Alhamdulillah Tambun mendapat tempat ke-2 pemuda terbaik peringkat negeri Perak.
Pemuda Pas Tambun komited untuk menyebar luaskan dakwah dan politik di segenap penjuru kawasan Tambun.
MEMACU DAKWAH, MENGUKUH THAQAFAH
Ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak kali ke 31 dirasmikan oleh Ust Khalil bin Dato Seri TG Hadi Awang (Timb. Ketua Pemuda Pas Malaysia)
Alhamdulillah Alam Ria Pasti Kawasan Tambun berjalan lancari pagi tadi. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Ketua Pemuda, Ust Hafez Sabri.
Tahniah pada yang berjaya dan mereka akan mewakili kawasan ke peringkat negeri minggu hadapan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Alam Ria.
Sedang berlangsung Alam Ria Pasti Kawasan Tambun. Petandingan azan, hafazan & sajak disertai oleh anak-anak Pasti dari seluruh unit Pasti di Kawasan Tambun.
FLASHMOB SOLIDARITI 4GAZA
Alhamdulillah flashmob berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Kekalkan momentum solidariti untuk Gaza sehingga bumi Gaza bebas dari cengkaman zionis.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. INFIRU!!
Alam Ria Pasti Kawasan Tambun
Tarikh:16/8/14 (Sabtu)
Masa: 8 pagi
Tempat: Pusat Tarbiah Pas, Taman Meru
Perasmi: Ketua Pemuda Dppk, Ust Hafez Sabri
Acara: Pertandingan hafazan & azan
Semua dijemput hadir!
Pemuda PAS Tambun hadir ke majlis berbuka puasa SMADT malam semalam.
Dppk Tambun turut memberi sedikit sumbangan kewangan dan buku kepada Ust Luqman pengetua SMADT untuk manfaat pelajar SMADT.
Moga lahir ramai lagi generasi pejuang dari sekolah ini.
Pagi tadi Dppk Tambun telah membawa murid-murid PASTI shopping baju raya di Mydin.
Semoga sumbangan kecil ini melonjakkan semangat mereka untuk terus berjaya.
Ucaptama YDP Pas Kawasan Tambun. Ditekankan aspek kemaskini pengurusan organisasi di semua peringkat.
Perwakilan pemuda Pas Tambun memenuhi saff hadapan muktamar.
Siang tadi Dppk Tambun telah menjalankan Program Kebajikan di Kg.Sri Klebang. Aktiviti :
1) Ziarah fakirmiskin & menyampaikan sumbangan untuk keperluan ramadhan . Kpd ahli & penyokong pas.
2) Ziarah ahli Umno yang sedang strok.
Semoga Allah mengurniakan kembali nikmat sihat kepada beliau.
Info prihatin :Cikgu saad ( Ketua Cawangan Kdas 2) di masukkan wad pukul 2 pagi tadi, Wad 2A tingkat 2 Katil 20 di Hospital Permaisuri Bainun.
Wakil pemuda diketuai Ketua Pemuda, Ust Hafez Sabri telah menziarahi beliau petang tadi. Mohon sahabat doakan agar beliau cepat sembuh. Beliau merupakan pendokong yang sangat komited dalam perjuangan.
Mesyuarat Agung Tahunan Dppk Tambun kali ke-27 berlangsung dengan jayanya di Kdas 2 siang tadi. Tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang bersama membantu gerak kerja islam.
Sukan PASTI Zon Ulu Kinta berjalan lancar pagi tadi. Sambutan yang sangat hebat dari anak-anak PASTI dan ibubapa.
Tahniah kepada semua yang menjayakan.
Info prihatin: Exco Dppk Tambun, Sdr Yusryman kemalangan malam tadi di Chepor Indah. Tiada kecedaraan serius dilaporkan.
Derma kilat akan dilancarkan pada mesyuarat agung esok.
KARNIVAL MAKSIAT DI TAMBUN !!!
Tahukah anda pada 12 Jun ini Lost World Tambun akan mengadakan program hiburan & maksiat ?
Disaat tempoh berkabung atas kemangkatan Sultan Perak dan bakal menjelangnya bulan mulia Ramadhan, ada pihak tertentu langsung tidak prihatin dengan isu ini.
Pemuda Pas Tambun membantah sekerasnya dan akan berusaha supaya program maksiat ini tidak diteruskan.
SILA SHARE UNTUK BERSAMA DPPK TAMBUN MENJALANKAN AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR!!
Sumbangan kerusi roda (elektrik) dari ahli/jamaah Pusat Tarbiyah Kawasan Tmn Meru kepada sdr Rusli iaitu seorang aktivis parti yang lumpuh kekal dari pinggang ke kaki.
Semoga beliau terus istiqomah dalam perjuangan.
Terima kasih kepada semua dermawan yang budiman. Semoga diganjari pahala dari Allah.
Alhamdulillah selesai Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda Pas Tambun sebentar tadi.
Sambutan yang sangat hebat dari anak-anak muda. Objektif pembentukan ukhwah dikalangan pemuda tercapai! Tahniah buat yang menjayakan secara langsung dan tidak langsung.
KEPUTUSAN
Johan : ARL FC
Naib Juara: Pekan Tambun FC
Tempat ke 3: Batu 6 Jr FC
Tempat ke 4: Extra Joss FC
MAJULAH SUKAN UNTUK PERJUANGAN