Sunday, January 26, 2014

Sumbangan Tahun Baru Cina 2014

Majlis sumbangan Tahun Baru Cina kpd kaum tiong hua di Pekan Chemor. Sumbangan disampaikan oleh Ydp Pas Tambun, Dr Khairuddin Malik. Diiringi KP Pas Tambun, Ust Hafez Sabr

Saturday, January 25, 2014

Ustaz Harun Taib dlm kenangan

TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama  PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada  YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato  Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990  yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir  dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.

( Penulis ialah AJK Dakwah  PAS Pusat)

Friday, January 24, 2014

Ceramah maulidur rasul

Bedah buku

PROG ILMIAH MALAM INI

BEDAH BUKU Memahami isu Syiria dn konflik negara Arab

oleh Dr Khairudin, YDP Pas Tambun.

pd Jumaat (malam ini)
24 Jan, 9.00 mlm
Di Pusat Tarbiyah Pas Tambun, tmn Meru

Jemput hadir beramai-ramai

Selamat tahun baru cina 2014

Sunday, January 19, 2014

Perjumpaan Pasti zon kelebang

Sedang berlangsung perjumpaan antara ibubapa & guru PASTI zon kelebang. Majlis ramah mesra dan dialog ini brtujuan utk mengeratkan hubungan 2 hala & fokus halatuju murid2 PASTI.

Majlis dimulakan dgn ucapan Penasihat PASTI Tambun a.k.a Ketua Pemuda Dppk Tambun, Ust Hafez Sabri

Saturday, January 18, 2014

Retreat Pas Tambun 2014

Alhamdulillah, selesai Retreat Pas Kawasan Tambun siang tadi yg turut disertai ajk harian Dppk Tambun. Retreat 2hari 1malam di Virgo Batik Resort berjaya capai matlamat.

InsyaAllah gerak kerja dakwah & politik di kawasan Tambun selepas ini makin tersusun dan mantap. Doakan!

Friday, January 17, 2014

Kangkung

KHASIAT KANGKUNG UTK RAMBUT

Kandungan vitamin E dalam kangkung membuat rambut tetap sihat,kilat dan awet muda. Untuk itu bagi yang menginginkan rambut tetap hitam, anda boleh menggunakan kangkung.

Caranya : Ambil 10 batang kangkung, potong menjadi beberapa bahagian. Remas-remas dengan sedikit air bersih hingga hancur dan berlendir. Kemudian oleskan pada rambut dan bungkus dengan shower cap, biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih, lakukan dua kali dalam seminggu.

*rahsia Ds Rosmah mempunyai rambut yg cantik*

Pasti Tambun tempat ke-2

Alhamdulillah, PASTI Kwsn Tambun mendapat tempat ke-2 dari segi pertambahan pendaftaran peringkat negeri Perak.

Antara aktiviti yg dilakukan Dppk Tambun utk melancarkan gerak kerja PASTI:
1. Edaran risalah pendaftaran PASTI besar-besaran
2. Gotong royong menceriakan PASTI
3. Promosi PASTI melalui media baru
4. Mengukuhkan organisasi unit PASTI melalui penglibatan pemuda cawangan.

Tahniah buat semua pemuda yg membantu scara langsung & tidak langsung memantapkan PASTI. PASTI semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

Tuesday, January 14, 2014

Usrah khas

Usrah bersama Ust Syed Abd Kadir Aljofree.

Usai usrah & taujihat yg disampaikan oleh naqib Ust Syed Abd Kadir kpd pemuda Pas Tambun.

'Pentingnya stiap ahli harakah islamiah mempunyai ilmu tasawuf, utk memandu hati kita supaya tidak terpesong dgn bisikan syaitan' - Ust Syed Abd Kadir

Monday, January 6, 2014

Laporan polis bughah

Exco Dppk Tambun selesai membuat laporan polis berhubung wawancara isu 'bughah' Mufti Perak.
Wawancara tersebut melaporkan bahawa Tan Sri Harussani mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 2/1/2014 di atas tajuk; ‘Kerajaan Usah Berlembut’ yang mana Berita Harian melaporkan bahawa Tan Sri Harussani telah menyatakan : “…Sepatutnya peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”
Laporan laporan daripada akhbar akhbar ini adalah respon berkaitan dengan Perhimpunan Aman yang telah dianjurkan pada malam 31/12/13 oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenaikan harga harga barang yang dikenali sebagai perhimpunan ‘TURUN’.
Kenyataan yang dikatakan oleh Tan Sri Harussani sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 2/1/2014 “…dihalalkan darah golongan bughah” dan kemudiannya dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada 5/1/2014 bahawa Tan Sri Harussani tetap dengan kenyataan beliau sebelum ini adalah SATU HASUTAN MEMBUNUH. Beliau yang berjawatan Mufti negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat boleh menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa; dan ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat Negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada didalam mana mana peruntukan undang undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. TAMBAHAN PULA, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Diharap satu siasatan yang terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam.

Thursday, January 2, 2014

PASTI terbaik

Pendaftaran PASTI Kwsn Tambun diadakan serentak pagi ini. Secara keseluruhan kesemua 13 unit PASTI mencatatkan peningkatan yg besar dan positif dari jumlah murid berbanding tahun sebelumnya.

Tahniah buat semua pemuda yg membantu kempen promosi PASTI anjuran Dppk Tambun & PASTI Kwsn Tambun. Tahniah juga buat ibubapa yg menghantar anak ke PASTI, pilihan yg bijak!

Wednesday, January 1, 2014

Ziarah pemuda kemalangan

Sebentar tadi Exco Dppk Tambun yg diketuai oleh Ust Hafez Sabri telah menziarahi & memberikan sumbangan kepada sahabat pemuda kg.sri kelebang Mohd Hafizul di hospital ipoh.
Beliau telah terlibat dlm kemalangan semalam dan disahkan tulang pahanya patah. Kos rawatan RM 800.
Sahabat2 yg ingin memberikan sumbangan utk membantu rawatan beliau, sila hubungi exco sdr Shafiq Ariffin utk tindakan selanjutnya.

Demonstrasi cukai

DEMOSTRASI AKIBAT CUKAI PADA ZAMAN ZOHIR BABERS

Sebelum berlakunya Perang Ain Jalut pada 1260 M, berlakunya beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan cukai sehingga menyebabkan rakyat bangkit dan menentang kerajaan ketika itu.

Zohir Babers yang merupakan “Menteri Besar” Kaherah telah dilantik oleh Raja Mesir ketika itu, Saifuddin Quttuz, untuk mengepalai peperangan Ain Jalut, iaitu Perang di antara tentera Mesir dengan tentera Tatar.

Disebabkan belanjawan perang yang tidak mencukupi, beliau (Zohir Babers) bersama Ahli Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengenakan cukai kepada rakyat, bagi menampung perbelanjaan tersebut. Beliau telah memanggil ulamak-ulamak di seluruh Mesir untuk berbincang dari segi hukum hakamnya.

Setelah ditanya kepada semua ulamak yang hadir, Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam bangkit menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Beliau mengatakan;

“Haram mengenakan cukai kepada rakyat selagimana kemewahan masih terdapat dalam istana tuanku”

Bermaksud, haram mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan pemerintah masih hidup bermewah. Lalu Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dihalau keluar dari bumi Kaherah, menyebabkan rakyat bangkit berdemostrasi menentang kerajaan yang menghalau seorang ulamak yang berani menyatakan hukum haramnya cukai ketika itu.

Lalu cadangan mengenakan cukai dan tindakan menghalau Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dibatalkan. Setelah cukai tidak dikenakan, rakyat bangkit memberi sumbangan dan keperluan perang bagi sama-sama menghadapi tentera Tatar sehingga berjaya dengan slogan

وإسلاماه

*wa Islamaah = demi Islam yang tercinta

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil,
Exco Dewan Pemuda PAS,
Negeri Perak.

Himpunan besara-besaran

Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

HIMPUNAN LEBIH BESAR JIKA KERAJAAN GAGAL BERUBAH
(1 Disember 2014)

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada ribuan anak muda yang hadir dengan berpakaian hitam di Dataran Merdeka malam tadi. Saya menganggap kehadiran mereka sebagai tanda rakyat amat menghormati nilai demokrasi di negara ini. Anak-anak muda hadir dengan penuh semangat mengenepikan sentimen perkauman, warna kulit, agama dan budaya semata-mata dengan satu suara, iaitu membantah kerajaan menaikkan harga barangan.

Kehadiran mereka adalah sebagai suatu amarah dan juga amaran, bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kesempitan hidup yang dialami. Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya dan jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan.

Dalam pada pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap himpunan malam tadi, seperti himpunan mahu menggulingkan kerajaan, kini setelah selesai himpunan, kita semua tertanya kerajaan mana yang telah terguling, bom mana yang sudah meletup, dan di mana dia kebimbangan mengenai lebih daripada 1300 laporan polis dibuat terhadap penganjur?

Jelaslah kini bahawa segala tohmahan tersebut adalah sekadar ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri serta igauan buruk bahawa rakyat bangkit menentang kebobrokan dan kepongahan kerajaan. Kerajaan dilihat gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan membiarkan rakyat terus sengsara dengan kenaikan harga barang, sedangkan pemimpin negara hidup mewah dan berboros berbelanja hasil duit rakyat.

Tohmahan dan ancaman yang dilemparkan tidak mampu melemahkan kebangkitan rakyat, malah anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

New Year 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails