DEMOSTRASI AKIBAT CUKAI PADA ZAMAN ZOHIR BABERS
Sebelum berlakunya Perang Ain Jalut pada 1260 M, berlakunya beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan cukai sehingga menyebabkan rakyat bangkit dan menentang kerajaan ketika itu.
Zohir Babers yang merupakan “Menteri Besar” Kaherah telah dilantik oleh Raja Mesir ketika itu, Saifuddin Quttuz, untuk mengepalai peperangan Ain Jalut, iaitu Perang di antara tentera Mesir dengan tentera Tatar.
Disebabkan belanjawan perang yang tidak mencukupi, beliau (Zohir Babers) bersama Ahli Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengenakan cukai kepada rakyat, bagi menampung perbelanjaan tersebut. Beliau telah memanggil ulamak-ulamak di seluruh Mesir untuk berbincang dari segi hukum hakamnya.
Setelah ditanya kepada semua ulamak yang hadir, Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam bangkit menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Beliau mengatakan;
“Haram mengenakan cukai kepada rakyat selagimana kemewahan masih terdapat dalam istana tuanku”
Bermaksud, haram mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan pemerintah masih hidup bermewah. Lalu Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dihalau keluar dari bumi Kaherah, menyebabkan rakyat bangkit berdemostrasi menentang kerajaan yang menghalau seorang ulamak yang berani menyatakan hukum haramnya cukai ketika itu.
Lalu cadangan mengenakan cukai dan tindakan menghalau Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dibatalkan. Setelah cukai tidak dikenakan, rakyat bangkit memberi sumbangan dan keperluan perang bagi sama-sama menghadapi tentera Tatar sehingga berjaya dengan slogan
وإسلاماه
*wa Islamaah = demi Islam yang tercinta
Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil,
Exco Dewan Pemuda PAS,
Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment