Wednesday, January 1, 2014

Himpunan besara-besaran

Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

HIMPUNAN LEBIH BESAR JIKA KERAJAAN GAGAL BERUBAH
(1 Disember 2014)

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada ribuan anak muda yang hadir dengan berpakaian hitam di Dataran Merdeka malam tadi. Saya menganggap kehadiran mereka sebagai tanda rakyat amat menghormati nilai demokrasi di negara ini. Anak-anak muda hadir dengan penuh semangat mengenepikan sentimen perkauman, warna kulit, agama dan budaya semata-mata dengan satu suara, iaitu membantah kerajaan menaikkan harga barangan.

Kehadiran mereka adalah sebagai suatu amarah dan juga amaran, bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kesempitan hidup yang dialami. Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya dan jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan.

Dalam pada pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap himpunan malam tadi, seperti himpunan mahu menggulingkan kerajaan, kini setelah selesai himpunan, kita semua tertanya kerajaan mana yang telah terguling, bom mana yang sudah meletup, dan di mana dia kebimbangan mengenai lebih daripada 1300 laporan polis dibuat terhadap penganjur?

Jelaslah kini bahawa segala tohmahan tersebut adalah sekadar ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri serta igauan buruk bahawa rakyat bangkit menentang kebobrokan dan kepongahan kerajaan. Kerajaan dilihat gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan membiarkan rakyat terus sengsara dengan kenaikan harga barang, sedangkan pemimpin negara hidup mewah dan berboros berbelanja hasil duit rakyat.

Tohmahan dan ancaman yang dilemparkan tidak mampu melemahkan kebangkitan rakyat, malah anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails