Wednesday, June 29, 2011
Campus Live anjuran Nisa Tambun
Berbaik sangka sesama aktivis dakwah
Tuesday, June 28, 2011
Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98%
Keputusannya undian tajuk ini adalah 98.24 peratus atau 1,615 daripada 1,644 bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama Harakah.Monday, June 27, 2011
Demo boikot Utusan
Thursday, June 23, 2011
Himpunan Tolak UM
Wednesday, June 22, 2011
Tolak Negara Berkebajikan Tidak Faham Politik Islam
Jika itulah yang difahami oleh mereka, benarlah mereka tidak mendasari politik Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka mendakwa menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan subsidi, membina pembangunan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama, berapa banyak hak rakyat yang diketepikan, berapa banyak pembaziran dan kezaliman dilakukan kepada rakyat.
Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada tauladannya dalam sejarah pemerintahan para nabi seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Ia juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan yang menolak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan. Sebaliknya negara yang dibina berasaskan taqwa kepada Allah dan memberi keadilan kepada makhluknya yang menjadi penghuni negara. Adakah ada ciri-ciri ini kepada yang mendakwa turut sama melaksanakan Negara Berkebajikan itu?
Bagaimana dengan sumber negara dan amalan hidup kepimpinan negara? Ini sahaja belum bebas daripada dosa pahala yang menjadi perkiraan negara berkebajikan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya sedang menyiapkan sebuah tulisan yang akan dibukukan berkait dengan memahami Negara Berkebajikan ini. moga ianya menjadi satu panduan dan pencerahan kepada golongan yang mengetahui dan tidak mengetahui
Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Nostalgia Bersih 1.0
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
Facebook harga 1.8 juta

Tuesday, June 21, 2011
Dewan Ulama kecam utusan
Kuala Lumpur, 16 Jun 2011 - Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat APCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparan dan kebiadapan Utusan-UMNO ini!Tips untuk berdemonstrasi
Sebelum
- Pastikan apply annual leave sebulan/ lebih dari tarikh demo
- Jaga kesihatan sendiri, amik supplement vitamin klu perlu (utk elakkan sakit semasa demo, klu demam kan jenuh nak turun)
Semasa
- Pakai pakaian yg longgar utk mudahkan pergerakan
- Pakai topi/losyen utk elakkan sunburn
- Pakai mask utk elakkan terhidu gas pemedih mata FRU/ elakkan penyakit berjangkit (org ramai sangat, takut ada yg TB)
- Pakai kasut yg sesuai/snickers utk mudahkan pergerakan
- Bawak beg kecil utk simpan baju BERSIH/barang2 keperluan (jgn pakai baju BERSIH sebelum berada ditempat lokasi, ada kemungkinan akan ditahan polis sebelum berkumpul)
- Bawak garam halus utk dimakan (utk kurangkan side effect gas pemedih mata FRU jika FRU bertindak ganas)
- Simpan gula2 atau makanan ringan dlm beg/poket (utk elakkan hypoglycemic/pengsan sebab tenaga tak ada)
- Elakkan bersendirian semasa demonstrasi/ sentiasa bersama sahabat @ rakan demonstran yg lain (polis selalu akan gunakan kekerasan utk menarik peserta yg bersendirian utk ditahan di lokap)
- Elakkan membawa peralatan yg boleh timbulkan fitnah (pisau/batu/ pistol/besi etc)
Semoga BERSIH 2.0 dapat membuka mata kerajaan utk kembalikan hak rakyat dan berlaku adil dalam PRU akan datang. Segala amal untuk kepentingan ummah akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah..insyaAllah;)
Monday, June 20, 2011
Student sekolah agama yg murtad
Saturday, June 18, 2011
Motivasi Jentera Pilihanraya

Thursday, June 16, 2011
Utusan Malaysia hina Islam

Wednesday, June 15, 2011
SEKITAR PENJELASAN ISU BAZAR TOK GURU
Pelbagai tohmahan dan da'waan dibuat untuk menghentam dan seolah-olah menunjukkan terdapat kebobrokan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
oleh itu, disini ada beberapa penjelasan mengenai isu ini, sebagai pencerahan untuk ahli PAS dan penerangan kepada orang awam
1- Sejarah Bazar Tok Guru
2- Penjelasan dari YB Nik Amar
3- Sekitar isu elektrik 1
4- Isu elektrik 2
5- UMNO cuba mainkan isu bazar Tok Guru

Tuesday, June 14, 2011
PEMUDA MESTI KUASAI MEDIA MAYA
Peranan teknologi siber
Peranan media baru(internet blog facebook dsb) dalam mempengaruhi minda rakyat sangat besar, ini disedari bn selepas berlakunya reformasi pada tahun 1998, revolusi di mesir dan beberapa buah negara lain juga membuktikan media baru sebagai satu alat yang sangat ampuh lagi dahsyat
Ini juga di antara sebab kenapa DPPP melancarkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari 2011 yang lalu, ini bagi mewujudkan dan memperkasakan lagi dominasi ideologi PR dan penjelasan isu dalam media maya
Pun begitu, jika kita sedar, pihak lawan juga sedang bertungkus lumus untuk menguasai media baru ini, dimana umno dlm perhimpunan agung 2010 mereka memutuskan beberapa perkara, antaranya ialah kuasai teknologi siber dan media maya
Hal ini diterjemahkan dalam statistik baru-baru ini yang menunjukkan blog/site proBN lebih banyak dikunjungi berbanding pro PR, menunjukkan bn memang bersungguh-sungguh untuk kuasai media maya

Oleh itu, pemuda khususnya yang celik IT seharusnya mengoptimumkan fungsi media maya seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya bagi menarik sebanyak mungkin sokongan kepada Pakatan Rakyat, juga sebagai medium untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan isu semasa
Dimana peranan kita?
maka, situasi hari ini menuntut kita untuk bersifat waqi'iyyah dan realistik dalam kita menghadapi serangan berbentuk dakwaan, psikologi(psycho war), idealism dan sebagainya, kita tidak patut hanya bergantung pada risalah berbentuk fizikal semata, tetapi haruslah berusaha mengkudakan media maya untuk kebaikan
kalau dahulu satu maklumat memerlukan beberapa hari untuk sampai ke luar kota, tetapi hari ini satu maklumat itu hanya perlukan beberapa saat untuk sampai ke seluruh dunia
lalu mengapa kita sebagai umat Islam tidak mengambil faedah daripadanya?

















