Wednesday, June 22, 2011

Tolak Negara Berkebajikan Tidak Faham Politik Islam




Apabila Pas menjadikan tema muktamar pada tahun ini Membangun Negara Berkebajikan, ramai mereka yang berada di luar Pas begitu gelisah sehingga ada yang mendakwa Pas menciplak idea Barisan Nasional yang telah lama mereka laksanakan. Namun dipihak yang sama juga mengatakan Pas telah lari daripada agenda asalnya yang meletakkan Islam sebagai dasar.

Jika itulah yang difahami oleh mereka, benarlah mereka tidak mendasari politik Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka mendakwa menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan subsidi, membina pembangunan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama, berapa banyak hak rakyat yang diketepikan, berapa banyak pembaziran dan kezaliman dilakukan kepada rakyat.

Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada tauladannya dalam sejarah pemerintahan para nabi seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Ia juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan yang menolak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan. Sebaliknya negara yang dibina berasaskan taqwa kepada Allah dan memberi keadilan kepada makhluknya yang menjadi penghuni negara. Adakah ada ciri-ciri ini kepada yang mendakwa turut sama melaksanakan Negara Berkebajikan itu?

Bagaimana dengan sumber negara dan amalan hidup kepimpinan negara? Ini sahaja belum bebas daripada dosa pahala yang menjadi perkiraan negara berkebajikan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya sedang menyiapkan sebuah tulisan yang akan dibukukan berkait dengan memahami Negara Berkebajikan ini. moga ianya menjadi satu panduan dan pencerahan kepada golongan yang mengetahui dan tidak mengetahui



Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails