Tuesday, June 28, 2011

Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98%

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Keputusan undian “SEJUTA SOKONG BERSIH 2.0"  meningkat  secara mendadak 300 peratus kepada 1,644 undian berbanding dengan tajuk sebelum ini "UTUSAN HINA ISLAM" yang mendapat 515 undian sahaja.
Keputusannya undian tajuk ini adalah 98.24 peratus atau 1,615 daripada 1,644 bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama Harakah.
Walaubagaimana pun terdapat 25 undian (1.52%) yang tidak bersetuju dan 4 undian (0.24%) yang berkecuali.
Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php
Sebelum ini tajuk-tajuk yang mendapat undian yang tinggi adalah PUTAR BELIT NAJIB dengan 1091 undian dan  BUBAR UMNO MASUK PAS dengan 942 undian. Lain-lain tajuk biasanya mendapat antara 300 hingga 600 undian sahaja.
Mulai hari ini, undian  dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah Wajarkah perkataan" BERSIH & BERKEBAJIKAN "  digunakan sebagai tajuk berita utama.  Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari, yakni hari ini dan esok.
Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.http://myharakah.net/polls.php

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails