Saturday, November 30, 2013

Ulasan Isu Ustaz Kazim Elias bersama UMNO


Ulasan Mantan KP PAS Tambun (Sdr Zairul Abidin) berkaitan isu Ust Kazim.

Org mula bertanya kpd saya kenapa benci sgt dgn kazim,bukan benci tp sayang sebab dia merupakan ahli cawangan saya. Kami pernah buat program ziarah beliau bersama dr Khairuddin Malik dan beberapa org ahli cwgn lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu. Pada masa tu kami dah menghidu aktivitinya byk merugikan pas terutama ramai aktivis muslimat dan pkrja Pas utk plhnraya tidak hadir ke program dn mesyuarat pas. Ini semua krn taksub dgn aktiviti beliau. Kami sedikit pun tidak cemburu dgn brjayanya beliau mnarik ramai peminatnya,tetapi pd masa itu kita berhadapan dgn pru ke 11, tetapi beliau tetap dgn pndirian beliau..

Saya masih ingat juga Pas kawasan Tambun pernah memanggil & menasihatkan beliau (semasa Allahyrham Ust Zambri sbg Ydp Pas Tambun) tetapi keadaannya masih sama.

Usaha2 ini ialah dgn tujuan untuk menyelamatkn dn menasihatkn beliau dari hanyut dgn silauan dn kilauan palsu Umno.

Semasa saya sbg Ketua Pemuda Pas Tambun dan kebetulan tarikh lahir kami sama,saya sudah mengirimkan kad ucapan hari lahir dan dlm kad itu juga saya masih menasihati beliau spya jgn memberi kredit kpd umno dgn kelebihan yg Allah anugerahkn kpd beliau seperti mampu mengumpul crowd yg ramai melalui ceramah beliau, sehingga ramai pimpinan umno menumpang popularitinya trmasuklah MB Perak zambri kader.

Dan sekali lagi saya tegaskan,usaha ini bukan kerana dengki dgn kejayaan beliau mmbina barakah yg hebat tetapi sebagai sahabat yg beliau adalah ahli pas cwgan manjoi.

Selamat Jalan Kazim semoga di akhir perjalanan kamu, sempat menoleh kebelakang. Kenang kembali semasa kamu tak di kenali dulu kamu gunakan pentas Pas untuk menjadi popular dan sekarang kamu hina kami, kamu hina tuan guru nik aziz dan pimpinan Pas yg lain demi survival kamu.

Tapi saya tetap berdoa Allah tunjukkan kebenaran yg sebenar-benarnya...

Pendaftaran PASTI Kawasan Tambun


Khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil berumur 4,5 & 6 tahun sekitar Kawasan/Parlimen Tambun. 

Inginkan anak membesar dengan asuhan dan didikan Islam yang sempurna? Impian menjadikan anak soleh dan solehah?

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tambun menawarkan pakej terbaik untuk didikan islam buat anak-anak anda. 

Hubungi segera nombor di talian berikut untuk pendaftaran dan kemasukan sesi 2014.

Sila share dan hebahkan berita baik ini. Beramal kerana Allah.

Saturday, November 9, 2013

Ihtifal PASTI Nurul Islam

Kini sdng brlangsung Majlis Ihtifal PASTI Nurul Islam di Taman Meru. Majlis utk meraikan pelajar PASTI yg cemerlang. Tahniah ibubapa yg telah menghantar anak2 ke PASTI, tindakan bijak yg patut dilakukan oleh smua ibubapa..
Ketua Pemuda DPPK Tambun, us hafez sabri telah hadir utk menyampaikan hadiah kpd murid2 PASTI..

Thursday, November 7, 2013

Kalam Murabbi~











YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan


Bismillahirrahmanirrahim

Saya meneliti berita The Malaysian Insider yang bertajuk "SPR : Jualan Murah Gula, Beras di Sungai Limau Tiada Unsur Rasuah". Saya tidak begitu berminat untuk mengulas panjang kenyataan ini kerana rakyat sudah bijak menilai suasana kempen UMNO dan Barisan Nasional setiap kali menjelang PRK. Pelbagai janji manis ditaburkan, jentera kerajaan digunakan dan orang agama dijemput bagi merasionalkan tindakan UMNO agar dilihat bertepatan dengan Islam.

Saya berasa pelik dan hairan berhubung penjualan gula di Sungai Limau dengan harga murah kerana ini bertentangan dengan prinsip kerajaan yang mahukan rakyat mengamalkan budaya hidup sihat dengan mengurangkan kadar pengambilan gula. Saya masih sedar dan waras untuk mengatakan bahawa hujah ini adalah antara alasan yang sering diulang oleh pihak kerajaan dalam merasionalkan penghapusan subsidi gula lalu mengakibatkan harga jualan gula meningkat naik.

Saya mengharapkan ulasan terhadap sesuatu isu diberikan respon yang mampu mendidik pemikiran rakyat. Saya melahirkan rasa bimbang dengan fenomena segelintir pihak yang gemar memberikan jawapan balas tanpa disandarkan kepada fakta dan sumber yang kukuh.

Islam mendidik umatnya agar sentiasa berkata benar walaupun pahit. Islam menitik beratkan dosa dan pahala agar umatnya sentiasa berdisiplin dalam ucapan dan perbuatan yang dilakukan. Justeru, saya merayu agar kita bersama sama menjadikan segenap aspek kehidupan kita sebagai sumber pahala yang bakal menjadi bekalan di akhirat kelak.

Salam hormat dari saya,

YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
Ahli Dewan Undangan Negeri Gunong Semanggol

Tuntutan COMANGO sentuh sensitiviti umat Islam


Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council, Geneva, Switzerland.

Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.

Kritikan kami:
COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara.
COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.

Nasrudin bin Hassan

Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia

Wednesday, November 6, 2013

Kursus KAKA

Jabatan Amal Tambun brjaya menganjurkan KAKA kursus asas kemahiran@kepimpinan amal.

Kursus kaka dahulu di anjurkan peringkat negeri tetapi pada tahun2013 negeri mengalakn kawasan yg mnganjurakan kaka dgn mnjmput jurulatih yg pakar dalam sesuatu bidang dari negeri.seperti traffic lalu lintas,medic,keselamatan,pentadbiran,kewangan, media it.

Pengisian rohani @Tazkirah  di sampikan oleh af ust latip tydp tambun selepas subuh n Ketua Urusan Ulama Tambun af ust suhaimi wafir.

Kehadiran 9 peserta n 5 jurulatih pakar dari negeri. Pgrm berlansung padat selama 1hari.

Tahniah Jabatan Amal, beramal krn Allah!

Sunday, November 3, 2013

Muktamar DPPN Perak 2013

3/11 Muktamar Dppn Perak telah berlangsung di Hotel Regency Ipoh. Dppk Tambun telah menghantar perwakilan dan pemerhati utk turut serta dalam muktamar kali ini. Jabatan Amal Tambun telah dianugerahkan sbg Unit Amal Terbaik. Tahniah buat semua.
Senarai Exco Dwn Pemuda PAS Perak Sesi 2013-2015:
KP: raja ahmad iskandar
TKP: ust akmal kamaruddin
NKP: ust khairi jamaluddin
Exco DPPN Perak:
- ust Hafez Sabri 186 undi
- mohd aidil aziz 130 undi
-ust azmin basya 126 undi
- ust ismi taib 125 undi
- ust faisal puait 113 undi
- ust akmal sani 110 undi
- fakhrulrazi 110 undi
- ust fairuz hafiz 106 undi
- hakim mohd nor 104 undi
- ust anuar murad 101 undi
Tahniah & takziah diucapkan!




Rumah untuk disewa di Ipoh

RUMAH UTK DISEWA

NO13,JALAN MERU PEPDANA6,
MERU PERDANA
KELUASAN 20X65
SEWA RM550/SEBULAN
BERDEKATAN SURAU,SEKOLAH,KEDAI,MYDIN,KOMPLEKS KERAJAAN.

HUBUNGI EN FIRDAUS 0148236254
PUAN SITI 0139360989

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA YANG BERFIKRAH PAS DAN PENDOKONG SETIA PAKATAN RAKYAT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails