Saturday, November 30, 2013

Ulasan Isu Ustaz Kazim Elias bersama UMNO


Ulasan Mantan KP PAS Tambun (Sdr Zairul Abidin) berkaitan isu Ust Kazim.

Org mula bertanya kpd saya kenapa benci sgt dgn kazim,bukan benci tp sayang sebab dia merupakan ahli cawangan saya. Kami pernah buat program ziarah beliau bersama dr Khairuddin Malik dan beberapa org ahli cwgn lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu. Pada masa tu kami dah menghidu aktivitinya byk merugikan pas terutama ramai aktivis muslimat dan pkrja Pas utk plhnraya tidak hadir ke program dn mesyuarat pas. Ini semua krn taksub dgn aktiviti beliau. Kami sedikit pun tidak cemburu dgn brjayanya beliau mnarik ramai peminatnya,tetapi pd masa itu kita berhadapan dgn pru ke 11, tetapi beliau tetap dgn pndirian beliau..

Saya masih ingat juga Pas kawasan Tambun pernah memanggil & menasihatkan beliau (semasa Allahyrham Ust Zambri sbg Ydp Pas Tambun) tetapi keadaannya masih sama.

Usaha2 ini ialah dgn tujuan untuk menyelamatkn dn menasihatkn beliau dari hanyut dgn silauan dn kilauan palsu Umno.

Semasa saya sbg Ketua Pemuda Pas Tambun dan kebetulan tarikh lahir kami sama,saya sudah mengirimkan kad ucapan hari lahir dan dlm kad itu juga saya masih menasihati beliau spya jgn memberi kredit kpd umno dgn kelebihan yg Allah anugerahkn kpd beliau seperti mampu mengumpul crowd yg ramai melalui ceramah beliau, sehingga ramai pimpinan umno menumpang popularitinya trmasuklah MB Perak zambri kader.

Dan sekali lagi saya tegaskan,usaha ini bukan kerana dengki dgn kejayaan beliau mmbina barakah yg hebat tetapi sebagai sahabat yg beliau adalah ahli pas cwgan manjoi.

Selamat Jalan Kazim semoga di akhir perjalanan kamu, sempat menoleh kebelakang. Kenang kembali semasa kamu tak di kenali dulu kamu gunakan pentas Pas untuk menjadi popular dan sekarang kamu hina kami, kamu hina tuan guru nik aziz dan pimpinan Pas yg lain demi survival kamu.

Tapi saya tetap berdoa Allah tunjukkan kebenaran yg sebenar-benarnya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails