Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta
prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap
193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan
Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)
yang terdiri daripada 54 pertubuhan telah menyediakan satu laporan mengenai
pelbagai isu-isu hak asasi manusia yang berlaku di Malaysia dan telah
menyerahkannya kepada PBB bagi tujuan penelitian. Sesi kajian dan penelitian
ini akan berlangsung hari ini (24 Oktober 2013) di Human Rights Council,
Geneva, Switzerland.
Terdapat beberapa tuntutan dan desakan daripada COMANGO yang
menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut.
Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;
Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant
on Civil & Political Rights (ICCPR) Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi
the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih
agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant
on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi
perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang
melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang
terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation
and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual,
transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan
orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf
perkahwinan sesama jenis.
Kritikan kami:
COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama
Negara.
COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama
Islam di bawah pantauan PBB.
COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat
Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti
LGBT.
Justeru itu kami DPPM tegaskan supaya Kerajaan jangan tunduk
kepada desakan sedemikian. Pada sessi sidang yang lepas, YB Ust. Nik Mohamad
Abduh telah memberi penegasan serupa dalam ucapan beliau di Parlimen Malaysia
agar Kerajaan Malaysia tidak tunduk kepada desakan pihak COMANGO ini.
Nasrudin bin Hassan
Kenyataan di Bangunan Parlimen Malaysia
No comments:
Post a Comment