Monday, January 6, 2014

Laporan polis bughah

Exco Dppk Tambun selesai membuat laporan polis berhubung wawancara isu 'bughah' Mufti Perak.
Wawancara tersebut melaporkan bahawa Tan Sri Harussani mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 2/1/2014 di atas tajuk; ‘Kerajaan Usah Berlembut’ yang mana Berita Harian melaporkan bahawa Tan Sri Harussani telah menyatakan : “…Sepatutnya peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”
Laporan laporan daripada akhbar akhbar ini adalah respon berkaitan dengan Perhimpunan Aman yang telah dianjurkan pada malam 31/12/13 oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenaikan harga harga barang yang dikenali sebagai perhimpunan ‘TURUN’.
Kenyataan yang dikatakan oleh Tan Sri Harussani sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 2/1/2014 “…dihalalkan darah golongan bughah” dan kemudiannya dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada 5/1/2014 bahawa Tan Sri Harussani tetap dengan kenyataan beliau sebelum ini adalah SATU HASUTAN MEMBUNUH. Beliau yang berjawatan Mufti negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat boleh menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa; dan ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat Negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada didalam mana mana peruntukan undang undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. TAMBAHAN PULA, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Diharap satu siasatan yang terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails