Thursday, May 23, 2013

Menteri Gangster Terulung di Abad ini


Menteri KDN Zahid Hamidi memulakan tugas baru dengan gaya samseng & gangster. Disebabkan rasanya Malaysia ini adalah kepunyaan bapaknye, Zahid Hamidi semakin tunjuk belang dan biadap dari hari ke sehari. Tindakan dan ugutan yang kurang ajar dari seorang menteri KDN dalam sejarah Malaysia..
1) Akan melucutkan kewarganegaraan bagi rakyat Malaysia di luar negara yang menyertai himpunan

2) Mengarahkan rakyat Malaysia keluar dari negara ini sekiranya tak berpuas hati dengan undang-undang Malaysia.

3) Menahan aktivis mahasiswa Adam Adli, aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain untuk menyekat gelombang kebangkitan rakyat dan tersebarnya penipuan PRU13.

4) Akhbar utama Harakah dan Suara Keadilan telah dirampas secara berleluasa di beberapa buah negeri kononnya menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 
5) Mengugut rakyat...Jika ada yang masih berdegil, mereka harus 'membayar dengan harga yang mahal' (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis. Dijangkakan FRU akan dikerahkan untuk membelasah peserta himpunan blackout Sabtu ini.
Rakyat Malaysia sentiasa melihat aksi menteri KDN, semakin belangnya naik,semakin membara kuasa rakyat bangun menentang rejim sembahan kamu wahai Zahid Hamidi..


1 comment:

  1. menteri lupa diri. tunggulah keputusan Allah swt.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails