Wednesday, December 25, 2013
Gotong royong PASTI
Sunday, December 22, 2013
Edaran risalah PASTI
Futsal Zon Bandaraya
Wednesday, December 4, 2013
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KENAIKAN TARIF ELETRIK : KERAJAAN BERDENDAM DENGAN RAKYAT?
(3 Disember 2013)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah keputusan kerajaan untuk menaikkan tarif eletrik sebanyak 14.98% atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh bagi Semenanjung Malaysia dan manakala 16.9 peratus atau lima sen bagi Sabah dan Labuan yang berkuatkuasa Januari tahun depan.
DPPM menganggap kenaikan tarif eletrik ini sebagai tidak wajar dan membebankan pengguna. Kerajaan tidak patut menaikkan tarif eletrik hanya kerana mahu mengurangkan subsidi minyak bagi bekalan kuasa sehingga memberi kesan kepada pengguna. Soalnya, apakah kerajaan sudah tidak mampu sehingga mengambil langkah penyelesaian yang membebankan rakyat?
Dalam keadaan harga barangan keperluan seperti minyak petrol dan diesel baru dinaikkan beberapa bulan yang lalu, ditambah pula dengan harga gula, manakala penduduk di Kuala Lumpur menerima bebanan tambahan dengan kenaikan cukai pintu, kini tarif eletrik pula menambah perit penderitaan rakyat.
Sepatutnya kerajaan melihat kemampuan rakyat sebelum membuat keputusan untuk menaikkan sesuatu keperluan. Masih ramai rakyat yang terkial-kial bertarung dengan kos sara hidup yang tinggi, sementara masih lagi ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan. DPPM melihat kenaikan ini pasti memberi impak yang besar terhadap rakyat seluruhnya serta akan memberi kesan terhadap harga barangan dan industri kecil dan sederhana yang sedang berkembang.
Masalah utama kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah masalah IPP. Perjanjian yang berat sebelah menyebabkan TNB menanggung kos yang tidak perlu. Sepatutnya keutamaan kerajaan adalah menyemak semula perjanjian IPP bukannya menaikkan tarif eletrik.
Selepas ini rakyat akan membayar 15 peratus tambahan untuk kos eletrik mereka dan terpaksa membayar harga tambahan untuk kos barangan keperluan yang juga akan meningkat. Pendapatan mereka yang tidak seberapa terpaksa dihabiskan untuk membayar segala utiliti keperluan rumah sehingga ramai terpaksa memilih untuk mencari pendapatan tambahan untuk menampung hidup mereka.
Pendapatan boleh guna akan semakin mengecil dan menguncup sehingga mengurangkan pilihan buat rakyat dalam berbelanja. Golongan peniaga pula tidak akan berdiam diri untuk mengekalkan harga lama dalam industri perniagaan mereka kerana kos pengeluaran selepas ini akan menjadi lebih mahal dari sebelumnya. Menaikkan harga barangan adalah jalan yang terpaksa ditempuh bagi survival perniagaan mereka serta untuk mengembangkan ekonomi mereka.
Golongan peniaga industri kecil dan sederhana juga akan menerima kesan langsung dari kenaikan ini. Mereka terpaksa membayar tarif eletrik lebih dari pengguna biasa berkali ganda dan ia amat membebankan bagi golongan ini. Persaingan dengan peniaga dalam industri yang sama memaksa sebahagian mereka mengambil langkah ‘gulung tikar’ dan terpaksa mencari sumber pendapatan lain bagi menampung keperluan hidup mereka.
Apa yang menyedihkan, rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan akan menderita lebih ekoran kenaikan yang lebih berbanding semenanjung Malaysia. Walaupun hanya 62 peratus tidak termasuk dalam penyelerasan tersebut, tetapi ada 38 peratus atau 158,000 pengguna yang akan terkesan dengan kenaikan ini. Dalam keadaan demikian, gangguan bekalan eletrik di Sabah kerap berlaku manakala terdapat lebih 23% kawasan pedalaman di Sabah masih tidak mendapat kemudahan eletrik.
Apakah alasan lain untuk kenaikan tarif di Sabah dan Sarawak memandangkan Sabah adalah pengeluar petroleum yang utama. Data pada tahun 2011 mencatatkan hasil petroleum Sabah adalah sebanyak RM 16.26 bilion. Mengapa tidak dimanfaatkan hasil bumi tersebut kepada penduduk Sabah keseluruhannya?
SUHAIZAN KAYAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Saturday, November 30, 2013
Ulasan Isu Ustaz Kazim Elias bersama UMNO
Ulasan Mantan KP PAS Tambun (Sdr Zairul Abidin) berkaitan isu Ust Kazim.
Org mula bertanya kpd saya kenapa benci sgt dgn kazim,bukan benci tp sayang sebab dia merupakan ahli cawangan saya. Kami pernah buat program ziarah beliau bersama dr Khairuddin Malik dan beberapa org ahli cwgn lebih kurang 4 atau 5 tahun dulu. Pada masa tu kami dah menghidu aktivitinya byk merugikan pas terutama ramai aktivis muslimat dan pkrja Pas utk plhnraya tidak hadir ke program dn mesyuarat pas. Ini semua krn taksub dgn aktiviti beliau. Kami sedikit pun tidak cemburu dgn brjayanya beliau mnarik ramai peminatnya,tetapi pd masa itu kita berhadapan dgn pru ke 11, tetapi beliau tetap dgn pndirian beliau..
Saya masih ingat juga Pas kawasan Tambun pernah memanggil & menasihatkan beliau (semasa Allahyrham Ust Zambri sbg Ydp Pas Tambun) tetapi keadaannya masih sama.
Usaha2 ini ialah dgn tujuan untuk menyelamatkn dn menasihatkn beliau dari hanyut dgn silauan dn kilauan palsu Umno.
Semasa saya sbg Ketua Pemuda Pas Tambun dan kebetulan tarikh lahir kami sama,saya sudah mengirimkan kad ucapan hari lahir dan dlm kad itu juga saya masih menasihati beliau spya jgn memberi kredit kpd umno dgn kelebihan yg Allah anugerahkn kpd beliau seperti mampu mengumpul crowd yg ramai melalui ceramah beliau, sehingga ramai pimpinan umno menumpang popularitinya trmasuklah MB Perak zambri kader.
Dan sekali lagi saya tegaskan,usaha ini bukan kerana dengki dgn kejayaan beliau mmbina barakah yg hebat tetapi sebagai sahabat yg beliau adalah ahli pas cwgan manjoi.
Selamat Jalan Kazim semoga di akhir perjalanan kamu, sempat menoleh kebelakang. Kenang kembali semasa kamu tak di kenali dulu kamu gunakan pentas Pas untuk menjadi popular dan sekarang kamu hina kami, kamu hina tuan guru nik aziz dan pimpinan Pas yg lain demi survival kamu.
Tapi saya tetap berdoa Allah tunjukkan kebenaran yg sebenar-benarnya...
Pendaftaran PASTI Kawasan Tambun
Saturday, November 9, 2013
Ihtifal PASTI Nurul Islam
Thursday, November 7, 2013
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
Tuntutan COMANGO sentuh sensitiviti umat Islam
Wednesday, November 6, 2013
Kursus KAKA
Jabatan Amal Tambun brjaya menganjurkan KAKA kursus asas kemahiran@kepimpinan amal.
Kursus kaka dahulu di anjurkan peringkat negeri tetapi pada tahun2013 negeri mengalakn kawasan yg mnganjurakan kaka dgn mnjmput jurulatih yg pakar dalam sesuatu bidang dari negeri.seperti traffic lalu lintas,medic,keselamatan,pentadbiran,kewangan, media it.
Pengisian rohani @Tazkirah di sampikan oleh af ust latip tydp tambun selepas subuh n Ketua Urusan Ulama Tambun af ust suhaimi wafir.
Kehadiran 9 peserta n 5 jurulatih pakar dari negeri. Pgrm berlansung padat selama 1hari.
Tahniah Jabatan Amal, beramal krn Allah!
Sunday, November 3, 2013
Muktamar DPPN Perak 2013
TKP: ust akmal kamaruddin
NKP: ust khairi jamaluddin
- mohd aidil aziz 130 undi
-ust azmin basya 126 undi
- ust ismi taib 125 undi
- ust faisal puait 113 undi
- ust akmal sani 110 undi
- fakhrulrazi 110 undi
- ust fairuz hafiz 106 undi
- hakim mohd nor 104 undi
- ust anuar murad 101 undi
Rumah untuk disewa di Ipoh
RUMAH UTK DISEWA
NO13,JALAN MERU PEPDANA6,
MERU PERDANA
KELUASAN 20X65
SEWA RM550/SEBULAN
BERDEKATAN SURAU,SEKOLAH,KEDAI,MYDIN,KOMPLEKS KERAJAAN.
HUBUNGI EN FIRDAUS 0148236254
PUAN SITI 0139360989
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA YANG BERFIKRAH PAS DAN PENDOKONG SETIA PAKATAN RAKYAT.
Sunday, October 27, 2013
Hidayah milik Allah
Saturday, October 26, 2013
GST bakal bunuh rakyat
Sunday, October 20, 2013
Retreat Pemuda Tambun 2014
Alhamdulillah berakhir Retreat Exco Dppk Tambun yg brlangsung selama 2hari. Prog yg padat dgn bengkel kepimpinan & brainstorming kendalian pakar, qiamullail dan tazkirah kepimpinan dr Timb YDP Pas Tambun. Strategic planning dlm masa 2 tahun brjaya dirangka untuk kejayaan politik dan kelansungan dakwah & tarbiah khusus utk anak muda dlm kawasan tambun. Semoga usaha ini akan memartabatkan dakwah islam di muka bumi Tambun
Friday, October 18, 2013
tinta sang murabbi~
Wednesday, October 9, 2013
Pemimpin Akhir Zaman
Tuesday, October 8, 2013
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berdepan dan tahan uji insyaallah:
a] Lazimi bacaan ayat - ayat suci al Quran al Karim, sekurang - kurangnya 10 ayat sehari.
b] Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud sekurang - kurangnya 2 rakaat. Paling tidak 3 hari sekali.
c] Senantiasa berjamaah dan menghadiri aktiviti Amal Tarbawi dan Majlis Ilmu yang menghidupkan hati dan menyedarkan kita dari kelalaian.
d] Jauhi maksiat dan mungkar kerana ia mencetus kemurkaan Allah swt. dan perbanyakkan amalan sunat seperti solat, puasa dan sedekah. Ia mengukuhkan benteng diri.
e] Banyakkan mujaalasah [duduk - duduk] bersama alim ulama' yang berjuang [haraki] dan menghayati sejarah perjuangan para pejuang terdahulu.
Sunday, October 6, 2013
End of Ijtimak Tarbawi
Usai ijtimak tarbawi 3.0. Masing2 dalam perjalanan pulang. Dppk tambun pun sedang bergerak ke kawasan tambun. Pemantapan rohani untuk sentiasa iltizam dalam perjuangan. Tarbiah bukanlah segalanya,tapi semuanya bermula dgn tarbiah.
Pembaziran Wang Rakyat
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | RM320,000 untuk kempen Kementerian Kesihatan di Facebook & Twitter,bayar untuk bangun laman
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Bekalan makanan di stor TLDM didapati melebihi tarikh luput hampir setahun..boleh akibat keracunan
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati kontrak keselamatan 35 sekolah tak memuaskan..jumlah RM2.051bilion
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati PDRM hilang 156 gari, 44 senjatapi, 29 kenderaan, 26 walkie-talkie dll. Membazir RM1.33j.
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati pengurusan eset Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 3 negeri tak memuaskan. Komputer pun hilang!
RM38000 rugi akibat kempen bodoh kepada perokok tidak digunakan
Pembekalan TLDM kerajaan rugi 34.5 juta
Kementerian wanita gagal urus bantuan NGO denhan betul, geran yang tidak dibelanja Dan tidak dipulangkan sehingga disember 2010 sebanyak 2,07juta
Kegunaan pesawat polis bernilai 175 juta yang baru dibeli tidak memadai
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati Kastam beli 7,659 pasang kasut yg tak sesuai. Tak diguna. Rosak dlm stor...buang RM600,000
Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak melalui Daya Builders Sdn Bhd tidak mengamalkan sebutharga/tender. - Laporan Audit Negara 2012
Audit- pengurusan aset maritim kurang memuaskan
Audit- pangkalan udara bertam yang dibina dengan kos RM 43.56 juta rosak
Audit- khazanah ditegur 55 lukisan bernilai RM 3.05juta dibeli sejak 2005 tidak dipamer Dan simpan dengan teratur
Audit- susu 1Malaysia disimpab ditempat berisiko, menurut laporan kes keracunan makanan melibatkan suau 1 Malaysia sebanyak 97 kes pada tahun 2011 Dan 78 kes 2012
Audit- kerajaan rugi 4.89 juta, JKR gagal tuntut bayaran
Audit- Demi kpop kerajaan belanja 1.6 juta walaupun pernah di nafikan sebelum ini semak m/s 376
Audit- bayar kepada 50 blogger untuk promosi hari belia berjumlah RM 100000. Dan elaun untuk tiga blogger dlm 5 hari sahaja rm7500
Audit- Projek MERS 999 menyebabkan pembauaran tisak wajar sebanyak 13.54 juta
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan wat bayaran RM3.19j utk Program School Children /Student Kits...tapiiii..programnya x wujud!
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | 51 ahli lembaga pengarah syarikat ada 155 kes tunggakan cukai RM35.39j...no action!
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan bayar tuntutan RM3.34j untuk seminar/lawatan luarnegara tanpa dokumen sokongan...ini pemenang
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | 3 syarikat penyelenggara dibayar RM1.447b setahun selenggara 64 bangunan Persekutuan. Tudia!
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Projek naiktaraf airport KK Sabah lambat siap. Dilanjut tempuh. Tambah kos RM19.77j tak pasal2
PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan bina sistem phonecall emergency service via 999. Direct nego. RM801.55j. Fwd.
Majlis Muktamar Pas Kawasan Tambun kali ke-27
Friday, October 4, 2013
Perasmian Ijtimak Tarbawi 3.0
6. Himpunan pada ketiga - tiga bahagian utama operasi Dewan Pemuda PAS Malaysia ini adalah bersifat program tahunan. Setiap bahagian operasi itu akan terus disemarakkan melalui aktiviti rutin dan semasa, secara berterusan melalui tindakan DPPM dan juga DPP negeri serta kawasan. Ia diselia dan diurus perlaksanaan gerakkerjanya oleh lajnah dan jabatan yang wujud di bawah DPPM seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] Akademi Tarbiyah, Jabatan Pilihanraya dan Lajnah penerangan. Ia mengadun 3 jalur besar yang disatukan iaitu:
Dakwah,
Siasah.
indah pada penampilan imej,
bijak pada pemikiran aqal.
Ketua DPP Malaysia
Road to Ijtimak Tarbawi
Thursday, October 3, 2013
Prk Dun Sg Limau
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.
Makluman awal SPR berkaitan Prk sg limau
Borg dijual: 10 oktober
Pnmaan: 23 oktober. Rabu
Undi: 4 November. Isnin
Anggaran perblnjaan prk sg limau. RM1.3 juta
Kenyataan media isu ASET STADIUM
Kenyataan Media (2 Oktober 2013)
ASET STADIUM: KERAJAAN NEGERI PERLU BANTU
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sedikit kesal berikutan aset-aset stadium yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin seperti Velodrome Rakyat dan juga Stadium Indera Mulia. Bagi Velodrome Rakyat, pertandingan acara berbasikal jarang sekali diadakan di situ dan secara tidak langsung penyelenggaraannya amat besar dan ianya tidak berbaloi dengan kewujudannya. Manakala Stadium Indera Mulia pula, aktiviti sukan tertutup seperti pertandingan acara Badminton dan Futsal yang menjadi minat rakyat tidak ada pula penganjurannya bagi memaksimakan aset sedia ada tersebut.
Untuk Stadium Perak dan Stadium Sultan Azlan Shah pula yang kami lihat, ada beberapa penganjuran seperti pertandingan Liga Super yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan manakala Persatuan Hoki Malaysia (MHF) turut menganjurkan pertandingan Piala Sultan Azlan Shah saban tahun. Kami merasakan, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Perak memberikan fokus peruntukan dana sukan kepada penganjuran sukan-sukan rakyat dan secara tidak langsung memanfaatkan aset stadium sedia ada tersebut. Bagi kami, ianya boleh dianjurkan secara liga atau pertandingan-pertandingan kelas nasional mahupun peringkat dunia sepertimana Piala Sultan Azlan Shah bagi sukan hoki.
Kami mengharapkan perbentangan Bajet Negeri Perak kelak akan memberikan tumpuan kepada aset stadium dan dalam masa yang sama menumpukan sukan rakyat seperti bolasepak, hoki, badminton, futsal dan juga berbasikal. Kami merasakan sukan-sukan tersebut memerlukan suntukan kerajaan negeri bagi menganjurkan pertandingan kelas nasional dan juga dunia. Ianya dalam masa yang sama akan memastikan kewujudan aset stadium ini tidak terbiar begitu sahaja dan ianya akan menyuntik sektor pelancongan sukan secara tidak langsung bagi merancakkkan ekonomi Negeri Perak khasnya. Kami mengharapkan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir bersedia menyahut pandangan kami demi melihat kecemerlangan Perak di mata dunia!
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
Wednesday, October 2, 2013
Ijtima Tarbawi 3.0
Monday, June 3, 2013
Rintangan bagi pejuang dakwah

Rintangan bagi pejuang dakwah. Buku ini antara rujukan yg digunakan dlm usrah dppk tambun. Sudah melepasi tajuk yg membincangkan bab uzlah dan ujub. Medan prjuangan dakwah dan jihad dlm rangka menegakkan agama Allah dmuka bumi ini tak selamanya brjalan mulus. Byk mehnah dan tribulasi baik yg dari luar mahupun dari dlm. Atas dasar itu,maka dperlukan penjelasan mengenai rintangan yg mrintangi sistem prjuangan ini. Hal ini utk mempersiapkn aktivis dakwah dlm mengatur strategi dan memasang isyarat kewaspadaan dlm mghadapi rintangan dakwah. Pemuda sntiasa brsiap sedia dlm menumbangkan kezaliman umnobn!
Saturday, June 1, 2013
Kp Cawangan Tg Husin Exam Mesir

Dppk Tambun berdoa supaya dipermudahkan exam, ma'an najah fil imtihan buat KP Cawangan Tg Husin Fariq Damanhuri. Kembali ke Perak dgn jiwa kental,bersama tumbangkan rejim UmnoBN
Happy Birthday YDP Agong !

Dppk Tambun dengan ini mendoakan kesejahteraan buat YDP Agong sempena ulangtahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kami rakyat jelata memohon tuanku supaya melihat penderitaan rakyat di bawah pemerintahan UmnoBN. Selama Umno memerintah, Islam dipermainkan dan dihina oleh Umno. Tuanku selaku Ketua Agama Islam adalah yang selayaknya mempertahankan dan membantu agama Allah ini dari terus dihina.
Friday, May 31, 2013
Tsunami India buat Umno

UMNO MENJANGKAKAN TSUNAMI INDIA AKAN DATANG....
Dalam Program Ziarah Mahabbah TGNA oleh Dppk Tambun minggu lepas, berkesempatan menadah ilmu dari tazkirah yg diberikan oleh Ustaz Nik Abduh. Tak ketinggalan Navin (dalam bulatan), non muslim india juga bersama untuk menadah ilmu dari ustaz. Satu fenomena yg menggerunkan Umno bila mana non muslim mendekati PAS. Masyarakat cina sudah bersama perjuangan PAS, kini tiba masa untuk masyarakat India beralih arah. Non Muslim makin memahami Islam bila bersama PAS. Jika Umno menggelarkan masyarakat Tionghua dgn Tsunami Cina, kini Tsunami India bakal menjelma..
Thursday, May 30, 2013
Wednesday, May 29, 2013
Safwan Anang mangsa kerakusan Umno

Mahasiswa Safwan Anang menolak untuk diikat jamin, rela bermalam di lokap. Penangkapan atas motif politik UmnoBN tak mungkin membantutkan semangat juang anak muda ini. Pemuda islam sewajarnya mencontohi semangat dan jiwa yang kental seperti ditunjukkan Safwan Anang. Pejuang-pejuang islam terdahulu juga pernah merasai dipenjara,dipukul hatta dibunuh. Semoga kita tabah dan thabat dalam menempuh mehnah dalam perjuangan. Selagi Umno melawan Allah, selagi itulah ia menjadi fokus kita untuk menumbangkan kerajaan thagut ini.......
Tuesday, May 28, 2013
Penjenayah dikehendaki !!!
Monday, May 27, 2013
Adun Manjoi menggelumpur kepanasan
Ziad tak mungkin dapat duduk senang sekarang, kerusi Adun Manjoi mungkin akan berpindah tangan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Dengan kemenangan hanya majoriti 132, petisyen di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan pilihan raya di 6 Dun Perak antaranya Dun Manjoi mungkin berpihak kepada PR. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan.
Kenangan Ziarah Mahabbah di Kelantan

Team Dppk Tambun bergambar dgn Ustaz nik Abduh

Bersama dengan mantan KP Tambun sdr azhar Daud (tengah), KP Tambun sdr Zairul (kanan), Timb KP Tambun (kiri). Di majlis meraikan petugas Dun Kadok UPU Kg Dewan Beta Kelantan

Bersama Navin dari DHPP Tambun

Santai bersama Ustaz Nik Abduh