Tuesday, October 8, 2013

Peribadi Pejuang

Peribadi Pejuang

Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. 

Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berdepan dan tahan uji insyaallah:

a] Lazimi bacaan ayat - ayat suci al Quran al Karim, sekurang - kurangnya 10 ayat sehari.

b] Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud sekurang - kurangnya 2 rakaat. Paling tidak 3 hari sekali.

c] Senantiasa berjamaah dan menghadiri aktiviti Amal Tarbawi dan Majlis Ilmu yang menghidupkan hati dan menyedarkan kita dari kelalaian.

d] Jauhi maksiat dan mungkar kerana ia mencetus kemurkaan Allah swt. dan perbanyakkan amalan sunat seperti solat, puasa dan sedekah. Ia mengukuhkan benteng diri.

e] Banyakkan mujaalasah [duduk - duduk] bersama alim ulama' yang berjuang [haraki] dan menghayati sejarah perjuangan para pejuang terdahulu.





Ikrar Anak Muda untuk terus memperjuangkan Islam dan menjadi benteng ummah menghadapi cabaran semasa dan mendepani keperluan masa depan. 'kelihat KP Tambun Ust Hafez Sabri'


Ijtimak Tarbawi 3.0 menggamit lebih 5K peserta yang terdiri dari pemuda - pemudi yang mencintai Islam dan komited dengan perjuangannya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails