Saturday, April 20, 2013

Sekitar Kemaskini Hari Penamaan Calon

Hari ini, 20 April 2013, telah berlangsung proses penamaan calon di kerusi-kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara. Warna-warni sambutan oleh penyokong dapat dirasai.

Berikutan pertindihan calon Pakatan Rakyat, satu kenyataan media telah dikeluarkan.

Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini untuk membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR di kerusi-kerusi berikut:

  1. Parlimen Labuan
  2. DUN Sungai Aceh
  3. DUN Kota Damansara
  4. DUN Bukit Besi
  5. DUN Kota Putera
  6. DUN Seberang Takir
  7. DUN Panti

Sehubungan dengan itu, semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini.

Ahmad Sabki Yusof
Penolong Setiausaha Agung PAS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails