Monday, April 22, 2013

Muhyiddin Laporkan Kemenangan Palsu BN



Memalukan!

Tindakan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua BN itu terbukti bohong sedangkan hakikatnya kesemua kerusi parlimen dan DUN ada pertandingan di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Mohamad Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 petang semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.

Berita itu memetik kata-kata Muhyiddin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS, Dr Ramli Kari di situ.

"PAS sah bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat."

Penipuan Muhyiddin itu disahkan oleh laporan dari BERNAMA:

Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini. Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar “Yang Berhormat” pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor)dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan). — Bernama


Sila klik pautan di bawah untuk mengikuti pembohongan Muhyiddin dan TV3.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails