Monday, April 22, 2013

Pertindihan Calon Berakhir


Berikutan kes pertindihan calon Pakatan Rakyat semasa hari penamaan calon, pimpinan telah mencapai kata sepakat hari ini.




PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. 

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. 

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. 

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS. 

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. 

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. 

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. 

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini. 

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. 

Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan. 

Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka. Di tiga DUN di Terengganu pula berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan. 

Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM. 

Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR. Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS. 

Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional.



Walaupun begitu, masalah yang timbul sekarang apabila nama calon yang telah mendaftarkan diri dengan SPR semasa hari penamaan calon akan tetap dicetak di atas kertas undi. Perkara ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pengundi jika tak dijelaskan sebaiknya.


Candidates whose nominations have been finalised can no longer withdraw from contesting in the 13th general election. 

Election Commission (EC) deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar said that a provision in law to allow for such withdrawals has been abolished. 

"We no longer have that provision under Election Regulations 1981. Anyone who has been nominated, they will appear on the ballot papers and people will be allowed to vote for them," he said during a press conference in Putrajaya today.

- Malaysiakini


Unit penerangan umumnya dan seluruh penggerak Pakatan Rakyat di kawasan tertentu perlu bekerja keras turun padang bagi menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi ketika hari membuang undi nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails