Tuesday, April 20, 2010

PROGRAM MALAM REMAJA BERBAHASA

Pada 10/4/2010 yang lalu,Dewan Pemuda Pas Kawasan Tambun dengan jayanya merealisasikan perancangan yang telah diatur sekian lama. Bertempat di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3, Dppk Tambun telah menganjurkan satu program khas buat golongan muda. Program yang dinamakan Malam Pemuda Berbahasa ini adalah cetusan idea dari Pemuda Pas Kawasan Tambun iaitu sdr. Jalalus.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah acara berpantun, Berpuisi, Live band, Karaoke nasyid dan beberapa acara lain. Kehadiran hampir 60 orang muda dan segelintar orang lama telah memeriahkan program tersebut. Program ini berlangsung dari jam 9.15 berakhir jam 11.15 malam. Program ini membuktikan bahawasanya jemaah islam Pas masih mendapat sokongan dari golongan muda khususnya dari kawasan Tambun. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menarik lebih ramai golongan muda meyokong perjuangan islam.InsyaAllah.


Dibawah ini hanyalah beberapa gambar kenangan yang disisipkan semasa program dilaksanakan.


Album rasmi program boleh dilayari di facebook dppk tambun

Persiapan pentas sebelum acara bermula.

Penyampaian bola oleh Ketua pemuda kawasan (Zairul Azrun)

Persembahan dari Kumpulan White Green.

Ketua Pemuda bersama Ketua penerangan sedang menjamu selera

Barisan pimpinan Pemuda




SU Pemuda turut hadir

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails