Friday, February 25, 2011

Pentadbir universiti jangan jadi tali barut Umno


KUALA LUMPUR, 25 Feb: PAS mengharapkan pentadbir
universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen
Barisan Nasional (BN).
Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris
Ahmad meminta pentadbir universiti
tidak menjadi tali barut Umno BN di negara ini.
Di luar kampus, katanya demokrasi berada di padang
yang tidak sama kerana SPR yang
menjadi budak suruhan Umno.
“Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti
jawatankuasa kampung Umno
yang melakukan diskriminasi kepada penyokong
pembangkang ketika memberi subsidi
beruk dan baja,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pembatalan keputusan 11 kerusi Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti Putera
Malaysia daripada Pro Mahasiswa merupakan
sejarah hitam dan tindakan yang melampau.
PAS, katanya ingin mengingatkan kepada pihak
universiti bahawa mahasiswa bukan
manusia yang boleh dicucuk hidung kerana mereka
ialah insan yang terpilih di kalangan
27 juta rakyat di negara ini.
“PAS hendak menasihatkan pihak pentadbir
tumpulah kepada usaha untuk mengangkat
darjat ilmu di menara gading.
“Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan
generasi yang berilmu dan beramal
untuk berbakti kepada agama dan negara,” ujarnya lagi.
Menurutnya, jika universiti tidak fokus kepada tugas
hakiki, maka jadilah seperti polis yang
sepatutnya menjaga keselamatan dan membanteras
jenayah sebaliknya telah menumpu
kepada aktiviti pembangkang.
Kesannya, kata beliau jenayah meningkat dan
keselamatan sosial tidak selesa.
Tambahnya lagi, tindakan berani mahasiswa yang
bertindak membantah ketidakadilan
Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong.
“Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan 
Umno di universiti,” katanya.
Sumber : Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails