Thursday, April 29, 2010

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut.


Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka.

Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini (gambar), juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut.

“Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih jika ada pihak bersedia menghulurkan bantuan guaman yang memerlukan sumber kewangan yang besar ini,” jelasnya.

Dalam kejadian setahun lalu, anaknya, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.

Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius.

Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya)

Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya.

Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga," tegas Normadiah.


Sumber: Harakah

Justice For Aminulrashid!


Polis oh Polis

Kusangka polis berwibawa

Kusangka polis hero masyarakat

Rupanya polis menjadi igauan marhain!

Harapkan pagar, pagar makan padi

Harapkan polis, polis tembak orang tak berdosa!



Polis oh Polis

Disangkanya perompak..tembak!

Disangkanya penyamun..tembak!

Mungkinkah diri ini bakal menjadi salah satu sangkaan?

Aku disangkanya perompak..tembak!

Kau, dia, mereka disangka perompak..tembak!

Maka tembak menembaklah akan mereka



Polis oh Polis

Ringan sungguh kerja menembak

Mungkin tak tahu beratnya amanah polis itu

Bukan setakat menembak!



Polis oh Polis

Dimana budi bicaramu

Dimana soal selidikmu

Dimana keterbukaanmu

1Malaysia

1Bullet for 1Rakyat!



p/s: bukan anti polis keseluruhannya, tapi anti kat polis yang tak gune akal dan agama dalam pengurusannya!

Wednesday, April 28, 2010

Justice For Aminulrashid!

Dppk Tambun di Hulu Selangor

Bagi menyahut seruan jihad yang telah dilaungkan, pada 25 April 2010 yang lalu beberapa exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Tambun telah turun bagi membantu jentera di P94 Hulu Selangor. Walaupun PR kalah dengan 'politik kotor' oleh BN, semangat jentera tidak akan luntur!

Kenangan yang sempat dirakamkan --> lets check it out!!

Album rasmi boleh dilayari di facebook Dppk Tambun

macam nak berpidato lak uncle ni?? bakal calon mungkin?

erm..salah tempat rehat ke?

kuasa undian terletak ditangan anda!

persembahkan..penaja utama!

Mukhayyam Jabatan Amal Tambun

Pada 6 dan 7 Mac 2010 yang lalu, Jabatan Amal Tambun dengan jayanya telah menganjurkan Mukhayyam bertempat di Ulu Kuang. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Salleh (SU Dewan Ulama Perak) dan taujihad sejurus selepas itu disampaikan oleh beliau. Antara pengisian dalam program ini adalah latihan pertolongan cemas, qiamulail, tazkirah, rekreasi (Ping Pong dan Kesenian), Kawat dan Jalan Lasak dan Khidmat Masyarakat.

Bagi merealisasikan bahawasanya Jabatan Amal merupakan jabatan yang memberikan khidmat kepada masyarakat, para peserta telah turun padang untuk melakukan khidmat masyarakat dan gotong royong di surau Kg. Kanthan Baru, Ulu Kuang.

Semoga program ini mendapat manfaat dan diberkati Allah.

Dibawah merupakan antara kenangan yang sempat dirakamkan pada hari kejadian.

Tentera merah bakal menggegar dunia!

basuh yop..jangan tak basuh!

gotong royong di surau Kg. Kanthan Baru

cantik tertarik menarik la surau pasni..


Sunday, April 25, 2010

Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Mini (PASTI)

Pada 17 April 2010 yang lalu, Dewan Pemuda (PASTI) Kawasan Tambun telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring Mini bertempat di Padang Kg. Tg Hussin. Program yang bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Kawasan Tambun, Sdr Zairul Azrun.

Peserta terbaik yang dipilih dalam kejohanan ini akan mewakili Kawasan Tambun dan akan dibawa ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 1 Mei ini di Seri Manjung, Perak.

Dihujung kejohanan ini, telah diumumkan keputusan pemenang:

Bola Sepak--> Pasukan Taman Meru
Bola Jaring--> Pasukan Tg Hussin

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengasah bakat anak-anak pejuang yang bakal mengisi rantai perjuangan pada masa hadapan.

Dibawah merupakan antara saat-saat keceriaan yang sempat dirakamkan semasa kejohanan berlangsung.

Album rasmi kejohanan boleh dilayari di facebook Dppk Tambun.


Nisa' berikan kata-kata semangat pada adik2..caiyok!


Sesi warming up kot..macam acara lari 100 m lak

Senyum lebar yop;)


Aksi ala Ronaldo merembat bola

Rebut dik..jangan tak rebut!

Pemenang Bola Sepak--> Taman Meru

Pemenang Bola Jaring--> Tg Hussin


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails