Wednesday, August 29, 2012

Takziah untuk Ketua Pemuda PAS Tambun


Photo: Allahuakhbar malam raya d hosp bainun, abah smakin uzur.. Ya Allah engkau lebih tahu ttg sukatan rezeki dn umur abah. kami serahkn pejuang ini kpdMu
Saat-saat terakhir bersama ayahanda tercinta


Moga Allah mengurniakan syurga buat beliau..amin

Pada Jam 2.15 ptg 27 ogos di wad 5b d Hosp Permaisuri Bainun , Insan ini telah kembali kepada kekasihnya, semoga roh Abah di golongkan dikalangan mereka yg berjuang di jalan Allah dan dimasuk di dalam saf para pejuang Agama Allah yg maha suci ini.. kepada sahabat dan saudara mara yg hadir dari jauh sanggup memecut dari melaka, segamat , shah alam, kuala lumpur , pulau pinang, .. Ya Allah siapakah jiwa yang kaku ini sehingga mereka tidak di arah dan di minta, hanya iringan doa pun sudah mencukupi..jawapannya ialah inilah ikatan ukhwah yg lebih hebat dari hubungan persaudaraan dan kepada yang tidak putus-putus melayangkan doa dan takziah dan kepada petugas Unit Amal yang memberikan kerjasama pada hari itu, para jentera parti dan seluruh yg hadir menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah Abah hingga ke liang kubur dan sama-sama menyermpurnakan pengebumian sehinggalah kepada selesai talkin dan doa... saya ucapkan ribuan terima kasih hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala-galanya.. terima kasih, terima kasih , terima kasih..

nukilan oleh: Akh Zairul Azrun 

Seluruh kepimpinan Dppk Tambun mengucapkan takziah atas pemergian ayahanda akh Zairul Azrun selaku Ketua Pemuda PAS Tambun. Kami doakan agar belaiu ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa dan berjihad di jalanNya..amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails