Sunday, May 20, 2012

Gambar Temasya Anak Muda Geng KIte

Peserta mewarna terdiri daripada pelajar 6-9 tahun

Kusyuk mewarna..


Pesilat dari Persatuan Silat Gayung

Bikers berkuasa tinggi dari Amal Bikers

Bergambar bersama band Kg Chemor

Hj Asmuni bersama peserta funride

Peserta yang ambil bahagian dalam Funride

Pidato dan sajak disampaikan oleh Imam Muda Huri

Pelancaran 4x4 Boot Camp oleh Tuan Hj Asmuni

Mempamerkan aksi terpendam

Pembukaan Majlis oleh KP PAS Tambun, Sdr Zairul Azrun


Peserta cilik pertandingan mewarna

KP PAS Tambun bersama KP PAS Perak, Ustaz Zawawi

20/6/2012, pagi tadi telah berlangsung Temasya Anak Muda Geng Kite di Dataran Ikhlasiah, Manjoi. Temasya ini diadakan bersempena sambutan Jubli ke-25 Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun. Dengan usia 25 tahun, Dewan Pemuda telah membuktikan anak muda mampu menggegarkan dan menggoyangkan UmnoBN di Tambun. 

Program telah dimulakan sejak malam semalam dengan Pidato Anak Muda oleh Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang. Program pagi tadi telah bermula seawal jam 630 pagi dengan pelepasan Konvoi berbasikal/funride, motosikal berkuasa tinggi oleh Amal Bikers dan kereta 4 x4. Konvoi ini telah mengelilingi kawasan tambun dengan tema PAS.

Di Dataran Ikhlasiah telah berlangsung pertandingan mewarna untuk anak-anak 6-9 tahun, gubahan buah untuk para ibu, cabutan bertuah dan pertandingan ibu dan anak. Banyak booth telah ambil bahagian untuk memeriahkan lagi temasya ini antaranya Medical Checkup oleh PAPISMA, Khidmat Bekam, Khidmat Rawatan Islam, Khidmat Guaman dan booth jualan. Semuanya perkhidmatan ini diberikan secara percuma.

Team konvoi sampai ke Dataran sekitar jam 10 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Sdr Zairul Azrun. Temasya telah diteruskan dengan Pidato dan sajak oleh Imam Huri, persembahan nyayian dari Band Kg Chemor, persembahan silat dari Persatuan Silat Gayung dan Pidato oleh Ketua Pemuda PAS Perak. Disamping itu, Tuan Hj Asmuni (Calon PAS Dun Manjoi) telah melancar dan merasmikan 4 x4 Boot Camp khusus untuk program kebajikan sekitar Kawasan Tambun. Gimik potong kek bersempena Hari Ibu juga telah dilakukan untuk meraikan kaum ibu yang hadir ke temasya. 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan Temasya Anak Muda Geng Kite samada secara langsung atau tidak langsung. Kehadiran yang dianggarkan sekitar 500 orang membuktikan anak muda sudah siap sedia untuk menghadapi PRU 13 untuk menumbangkan kerajaan thagut UmnoBN di Dun Manjoi, Dun Ulu Kinta dan Parlimen Tambun. Ayuh anak muda..kita bangkit!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails