Wednesday, April 11, 2012

Amaran tsunami sekali lagi


(Pusat gegaran sebagaimana yang dilakarkan CNN)

KUALA LUMPUR, 11 April: Satu gempa bumi kuat berskala 8.7 Ritcher berlaku berhampiran tempat yang sama, berdekatan dengan Bandar Aceh seperti tragedi 2004 hari ini pada pukul 4:38 petang waktu Malaysia.

Gempa bumi dikesan berlaku pada kedudukan 431 km barat daya Banda Aceh, 962 km di barat Kuala Lumpur pada kedalaman 33km.

Menurut para pembaca Harakahdaily, gegaran kuat dirasai di hampir semua semenanjung barat, termasuklah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka.

CNN menjangka tsunami bakal berlaku seperti 2004 kerana ia melanda kawasan yang sama seperti 2004, di mana plat bumi sudah tidak seimbang.

Bandar Aceh dilaporkan putus bekalan elektrik dan pihak berkuasa sedang membawa rakyat ke kawasan tinggi.

(Antara mangsa tsunami Aceh 2004)

Kejadian ini mengingatkan tsunami yang meragut 200,000 nyawa pada tahun 2004 lalu.

Gegaran pada ketika itu adalah pada skala 9.1 ritcer.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails