Monday, February 20, 2012

Himpunan Aman Bantah Israel 22 Feb


Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.

Jingga 13 telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.


Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel.


Bagi membantah kerjasama UmnoBN dengan Israel, PAS menyeru rakyat untuk bersama-sama turun dalam himpunan aman pada 22 Feb ini bagi menyuarakan bantahan.


Kerajaan Umno BN selama ini menafikan segala bentuk hubungan dengan Israel. Kini segalanya telah pecah tembelang bahawa Israel merupakan 'sahabat baik' Umno BN. Wang rakyat sewenangnya disalurkan kepada Israel, dimana wang itu sudah pasti digunakan untuk modal bagi membunuh rakyat Palestin dengan kelengkapan ketenteraan mereka.





Himpunan akan diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails