
Wednesday, February 29, 2012
Kurt Westergaard hina islam, mati terbakar

Tuesday, February 28, 2012
STAR hina Islam

(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)
"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.
Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan.
Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf.
Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.
Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa.
Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.
Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.
Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.
Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.
Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.
Sunday, February 26, 2012
Dr Badrul Amin di fitnah
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nV9dHKBY
Wednesday, February 22, 2012
Monday, February 20, 2012
Himpunan Aman Bantah Israel 22 Feb
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.
Jingga 13 telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.
Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel.
Bagi membantah kerjasama UmnoBN dengan Israel, PAS menyeru rakyat untuk bersama-sama turun dalam himpunan aman pada 22 Feb ini bagi menyuarakan bantahan.
Kerajaan Umno BN selama ini menafikan segala bentuk hubungan dengan Israel. Kini segalanya telah pecah tembelang bahawa Israel merupakan 'sahabat baik' Umno BN. Wang rakyat sewenangnya disalurkan kepada Israel, dimana wang itu sudah pasti digunakan untuk modal bagi membunuh rakyat Palestin dengan kelengkapan ketenteraan mereka.
Himpunan akan diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.
Manjoi tenggelam

Gugusan Manjoi : 20 Feb : Kehadiran Team Perakite seawal 5 pagi telah memberi tamparan kepada UMNO Tambun, dengan kelengkapan 3 kenderaan pacuan 4 roda dan 3 buah bot, telah mmapu mengurangkan bebanan para mangsa banjir besar di gugusan manjoi.
Kami menyiapkan pasukan penyelamat dengan diketuai Sdr Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, pada peringkat awal pada jam 5pagi kami hanya dapat mengumpul 5 orang petugas, tetapi bilangannya meningkat kepada hampir 30 orang.
Dengan pengalaman Unit Amal dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir diseluruh negara dan kelengkapan yang ada, misi bantuan berjaya dilakukan. Kami mengkelaskan kepada 2 zon bencana Jalan Dato dan Jalan Tok Ketua, misi yang dijalankan ialah memberi maklumat kepada mangsa yang tidak mahu berpindah, menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian.
Sehingga ke pukul 2 petang hampir 500 bungkusan telah diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut, walaupun mereka yang berpindah ke pusat perpindahan kami dimaklumkan sehingga pukul 1.30tgh masih tidak disalurkan makanan kepada mereka.
Mangsa-mangsa banjir lebih berkeyakinan kepada Team Perakite kerana bantuan-bantuan yang mereka terima tepat pada masa yang diperlukan..
sumber: PAS Tambun
BBQ Tun Terang pecah tembok Umno
MCA ganti Umno

Beza DAP dan MCA..
Beza antara orang bukan islam berkawan dengan PAS dan orang bukan islam berkawan dengan Umno..
Friday, February 10, 2012
Bashar Al-Assad dikecam
Presiden Syria Bashar Al-Assad dikecam seluruh dunia atas kekejaman nya menentang penunjuk perasaan yang tidak sehaluan dengan pemerintahannya. Jejak langkah Bashar ini tidak tumpah seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan negara-negara arab yang sedang bangkit akan rakyatnya. Pemerintahan kuku besi akan ditumbangkan sendiri oleh rakyat. Shame on u Bashar!
DAMSYIK: Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh anggota keselamatan Syria melakukan jenayah kemanusiaan termasuk membunuh dan menyeksa kanak-kanak yang terbabit dalam protes antikerajaan manakala Damsyik mengecam sekatan Liga Arab ke atasnya. Tuduhan itu dibuat meskipun Menteri Luar Syria, Walid Muallem menunjukkan kepada wartawan di sini satu video mengerikan, disifatkan beliau sebagai satu ‘kubur yang menempatkan ramai anggota pasukan keselamatan syahid’. Di Geneva, PBB menuduh kerajaan Syria menggunakan kekerasan ke atas penentang. Penyiasat Suruhanjaya Siasatan Bebas mengenai Syria menganggap pegawai kerajaan bertanggungjawab atas kes bunuh, rogol dan penyeksaan terhadap penunjuk perasaan sejak Mac lalu.
Mereka menyalahkan arahan pegawai kanan Presiden Bashar al-Assad. Panel berkenaan menemubual 223 mangsa dan saksi termasuk pembelot daripada pasukan keselamatan.
Mereka berkata, kerajaan pimpinan Bashar memerintahkan penunjuk perasaan ditembak mati selain mendera kanak-kanak hingga mati.
“Suruhanjaya percaya bahawa arahan untuk menembak dan mendera penduduk awam adalah dasar dan arahan peringkat tertinggi pasukan bersenjata dan pemerintah,” kata panel terbabit dalam laporannya.
Pengerusinya, Paulo Pinheiro memberitahu pemberita: “Askar dan anggota keselamatan Syria melakukan jenayah kemanusiaan apabila menggunakan kekerasan terhadap ramai penduduk awam yang membantah secara aman.”
Sementara itu, Damsyik mengkritik Liga Arab kerana tidak mengambil kira tindakan pengganas di wilayah Syria apabila membuat keputusan mengenakan sekatan.
“Sekatan Arab adalah satu perisytiharan perang ekonomi terhadap Syria,” kata Muallem ketika menunjukkan video berkenaan.
“Saya minta maaf atas imej buruk ini tetapi pada masa yang sama menawarkannya kepada anggota jawatankuasa menteri Liga Arab yang masih enggan menerma kehadiran pengganas ini.
“Negara Arab tidak mahu mengakui kehadiran kumpulan pengganas bersenjata yang melakukan jenayah ini di Syria termasuk menculik dan menyerang tempat awam,” katanya.
Muallem meminta untuk berdialog bagi membawa keamanan serta bersedia untuk menerima Russia, sekutu tradisinya, sebagai orang tengah. – AFP
Thursday, February 9, 2012
Maulidur-Rasul : Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.
Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.
Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.
Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.
Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.
Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.
Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Friday, February 3, 2012
Parlimen Bubar
Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pemerintah yang ada sekarang, rakyat wajib bangkit bersatu & bersama-sama menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja dari tarikh Parlimen dibubarkan.