Tuesday, January 17, 2012

Parasit Hasan Ali


Setelah dipecat dari kepimpinan PAS, Dr Hasan Ali semakin lantang cuba menyerang PAS dari pelbagai sudut. Kini beliau kononnya akan membuat roadshow diseluruh negara untuk mendedahkan 'parasit' di dalam PAS. Di khabarkan parasit inilah yang telah bertapak di dalam kepimpinan dan berada dalam jawatan strategik PAS untuk mengubah haluan sebenar PAS.

Kepada Dr Hasan Ali yang benar2 mahu mendaulatkan agama..
1) jika benar wujudnya 'parasit' di dalam PAS, adakah satu keperluan mendedahkan di seluruh negara? Bukankah ia menjadi satu fitnah kepada diri dan jemaah islam? Banyak lagi alternatif yang boleh dilakukan termasuk berjumpa terus dengan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulama? Bukankah mereka disegani dengan ilmu dan thiqah dalam bidang masing2? Jelas Dr Hasan Ali berniat bukan untuk kepentingan islam jika mahu mendedahkan 'parasit' ini diseluruh negara. Ia hanya menguntungkan BN dan fitnah kepada jemaah islam JIKA BENAR WUJUDNYA PARASIT!

2) tetapi jika isu parasit ni hanyalah rekaan Hasan Ali, maka Hasan Ali lah parasit sebenar dalam PAS dan untuk Islam. Kebanyakan isu kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh Hasan Ali sepanjang PR memerintah Selangor banyak yang menguntungkan BN. Yang paling penting banyak kepada isu melayu,melayu,melayu. Sinonim dengan perjuangan BN. Mungkinkah Hasan Ali bakal menjadi Ibrahim Ali ke 2? Nama bapanya sudah nama, mungkinkah perangainya saling tak tumpah?


PAS dah muak dengan isu Hasan Ali..
Hasan Ali semakin galak tagih simpati dalam media perdana BN..
BN makin hebat ulas isu Hasan Ali...
Nantikan kesudahannya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails