Monday, October 10, 2011

Ulasan Presiden PAS - Belanjawan 2011


Ulasan Presiden PAS Terhadap Ucapan Belanjawan 2011 Menteri Kewangan di Dewan Rakyat
  1. Tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara di mana secara konsepnya ianya masih sama, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

  2. Ini adalah belanjawan  pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off. Ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.

  3. Kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas Negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat. Contohnya harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya. Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.

  4. Untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat. Malah rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.

  5. Pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat. Sebagai contoh subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran. Bermakna lebih RM12 billion masih di nikmati oleh syarikat luar. Ini merupakan pengaliran keluar sumber.

  6. InsyaAllah saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti.

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails