
Monday, October 31, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Daulat Tuanku kepada Allahuakbar!

Allahuakbar! Inilah contoh pemimpin yang patut disanjung. Tarbiah Tok Guru melahirkan pemimpin yang cintakan islam..
Patut dicontohi oleh semua negeri..
Sunday, October 23, 2011
TGNA sokong Dr Aziz Bari

TGNA menyeru semua pihak termasuk universiti supaya tidak menyekat ahli akademik meyuarakan pandangan mereka. Ahli akademik perlu diberikan peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.
UIAM patut malu kerana menyekat kebebasan bersuara dan membantutkan budaya fikir di dalam negara ini. Sebagai universiti terbaik yang banyak melahirkan graduan terbaik dan mempunyai kepakaran pensyarah yang tinggi, isu ini sepatutnya tidak timbul. UIAM sepatutnya menggalakkan pakar-pakar sedia ada melebarkan pemikiran mereka kepada masyarakat. Jika disekat, rakyat akan ketandusan ilmu dari pakar-pakar yang berkaitan. Yang tinggal hanyalah tin kosong yang banyak mengulas isu...
Saturday, October 22, 2011
Zulkifli jahil agama
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.
Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhatiaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.
“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.
“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.
“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.
Hudud ada sula?

Inilah jadinya bila terlalu menagung-agungkan artis. Hal ehwal agama dirujuk pada artis. Nauzubillah!
Banyak kenyataan yang terpesong jauh dari ilmu dan ajaran islam menunjukkan kejahilan yang jelas.
Semoga kita bersama-sama ambil teladan dan berdoa artis-artis ini diberikan hidayah oleh Allah atas kenyataan mereka yang boleh merosakkan akidah..amin.
Bila orang yang bukan dalam bidangnya bercakap mengenai hal ehwal agama,maka orang itu akan sesat dan menyesatkan orang lain.
Dalam hudud ada sula ke ?? Terpengaruh lebih Filem Mentera Semerah Padi la tu..
Malulah UIAM!

Jika ahli akademik tidak dibenarkan bersuara, maka sia-sialah segala ilmu dan pengalaman yang ada jika tidak dapat disebar luaskan. Makin ramailah selepas ini ahli akademik yang mungkin akan teragak-agak mengeluarkan kenyataan dan mengulas isu lantaran risau dikenakan tindakan. Mungkin inilah harapan Umno BN, melahirkan rakyat yang bisu, ikut resmi yes bos. Tak lama lagi mungkin terbantut budaya ilmu di Malaysia ini. Apalah guna ilmu setinggi gunung jika ilmu yang ada disekat?
Malulah UIAM!
Bowling Piala YDP PAS Tambun
KEJOHANAN TERBUKA BOWLING BERKUMPULAN
PIALA YDP PAS TAMBUN
TARIKH: 25/10/11
MASA: 9 MALAM
TEMPAT: JAYA JUSCO
YURAN: RM 15 SEORANG
SETIAP KUMPULAN 5 ORANG
TARIKH TUTUP: 24/10/11
HUBUNGI: DACS TAMBUN 017-5967993
Monday, October 10, 2011
Ulasan Presiden PAS - Belanjawan 2011
Ulasan Presiden PAS Terhadap Ucapan Belanjawan 2011 Menteri Kewangan di Dewan Rakyat
- Tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara di mana secara konsepnya ianya masih sama, hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.
- Ini adalah belanjawan pilihanraya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off. Ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat untuk jangka panjang yang terus terbeban.
- Kerajaan masih gagal untuk meletakkan penyelesaian kepada masalah asas Negara dan rakyat iaitu strategi pembangunan dan kos sara hidup rakyat. Contohnya harga minyak, sebagai elemen kos yang paling sensitif dan paling memberi kesan kepada hampir semua struktur kos, masih kekal tinggi dan menjadi beban utama kepada rakyat dan kerajaan masih gagal menanganginya. Ini menyebabkan jurang kaya miskin semakin melebar. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti masalah tol dan sebagainya.
- Untuk jangka panjang, kerajaan gagal untuk mendidik rakyat supaya berhemat. Malah rakyat terus digula-gulakan dengan segala pemberian jangka pendek yang sebenarkan tidak mampu menjadi penyelesaikan jangka panjang.
- Pengstukturan semula subsidi perlu dibuat supaya iaitu lebih membela rakyat. Sebagai contoh subsidi minyak yang berjumlah RM17 billion, hanya RM5 billion dinikmati oleh Petronas, mengikut penguasaan pasaran. Bermakna lebih RM12 billion masih di nikmati oleh syarikat luar. Ini merupakan pengaliran keluar sumber.
- InsyaAllah saya akan memperincikan pandangan saya tentang belanjawan kali ini dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat nanti.
Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
PERTANDINGAN BOLA SEPAK AMAL PIALA DR KHAIRUDDIN DATO ABDUL MALIK
TARIKH
13 NOV 2011 (AHAD)
MASA
8 PAGI
TEMPAT
PADANG KG TENGKU HUSSEIN
YURAN PENYERTAAN
RM170.00 SATU PASUKAN
Satu pasukan akan dikecualikan yuran setelah di undi
HADIAH
PERTAMA RM1000
KEDUA RM700.00
KETIGA & KEEMPAT RM350
BORANG PERCUMA BOLEH DIAMBIL DI
WARONG SHAM SOYA (MANJOI)
KEDAI AL-QASWA TAMAN HIBURAN (ULU KINTA)
TARIKH TUTUP DAN UNDIAN PERLAWANAN
11 NOV 2011 (JUMAAT)
DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN MENUTUP AURAT
13 NOV 2011 (AHAD)
MASA
8 PAGI
TEMPAT
PADANG KG TENGKU HUSSEIN
YURAN PENYERTAAN
RM170.00 SATU PASUKAN
Satu pasukan akan dikecualikan yuran setelah di undi
HADIAH
PERTAMA RM1000
KEDUA RM700.00
KETIGA & KEEMPAT RM350
BORANG PERCUMA BOLEH DIAMBIL DI
WARONG SHAM SOYA (MANJOI)
KEDAI AL-QASWA TAMAN HIBURAN (ULU KINTA)
TARIKH TUTUP DAN UNDIAN PERLAWANAN
11 NOV 2011 (JUMAAT)
DIWAJIBKAN MEMAKAI PAKAIAN MENUTUP AURAT
sumber:PAS Tambun
Subscribe to:
Posts (Atom)