ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKBAR;
Semasa saya menulis ucapan ini kita sedang berada di dalam 19 Ramadhan, ini bermakna kita sudah mendekati fasa ke-3 ramadhan, walaupun ada yang mengatakan tentang hadith 10 malam pertama makrifah, kedua keampunan dan ketiga dilepaskan dari azab neraka itu adalah daif, tetapi bolehlah ianya menjadi sebagai motivasi kepada kita yang masih berada di dalam Institusi Ramadhan ini. Umpama kita duduk di asrama, sementara nak tunggu cuti balik kampong kita di beri motivasi dengan adanya sukan, hari kantin dan sebagainya.
Sahabat sekalian;
Di sepanjang Ramadhan yang lalu kita terutamanya yang berada di dalam gerakan Islam ini sentiasa tertunggu-tunggu tazkirah yang akan disampaikan oleh pentazkirah yang di jemput walaupun kadang-kadang isinya sama sahaja, tetapi Ilmu Islam lagi banyak di sebut ianya akan lebih lekat di fikiran kita. Banyak kali kita diperingatkan tentang puasa ini akan menjadi seorang itu bertaqwa, tetapi berapa orang dikalangan kita yang ambil berat tentang taqwa ini dan berapa ramai yang akan bersungguh-sungguh merebut tingkat taqwa ini?
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 183)
Mungkin kita menganggap untuk mendapat tingkat taqwa kita hanya perlu duduk di tikar sejadah dan berzikir tak henti dari waktu solat ke waktu yang berikutnya. Apakah kita yang duduk di dalam gerakan Islam yang kita diamanahkan oleh pimpinan dengan berbagai kerja kebajikan tidak akan mendapat tingkat taqwa contoh ada dikalangan pemuda yang diarahkan untuk membuka kaunter daftar pemilih di surau atau di masjid pada 10 malam pertama dan 10 malam ke 2 kita akan membantu kawasan dan cawangan untuk kerja-kerja kebajikan dan 10 malam terakhir pula kita mungkin akan meneruskan kerja-kerja MTD dan ada juga dikalangan sahabat AMAL kita yang bertungkus lumus dengan kerja-kerja kebajikan yang sudah semestinya tidak sempat untuk membaca Al-quran apatah lagi zikir khusus. Tetapi para sahabat yakinlah segalanya perlulah dilakukan hanya kerana Allah dan buatlah bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita juga mampu untuk mendapat tingkatan taqwa tersebut.
Para Pemuda sekalian;
Marilah sama-sama kita insaf dengan dosa-dosa yang telah kita lakukan, kumpullah dan senaraikan, kita tidak perlu malu dan takut kerana dosa-dosa yang kita senaraikan itu adalah milik kita, kita yang lakukan dahulu, jadi dikesempatan ramadhan ini marilah kita melutut dan menangis kepada Allah dan kalau boleh bacakan dengan jelas agar kita faham dengan dosa-dosa kita dan akhir mohonlah kepada Allah agar diampunkan dosa kita dan Ya Allah berikan aku kekuatan untuk tidak mengulanginya lagi.
Sekian buat kali ini, InsyaAllah saya akan menulis untuk ucapan hari raya nanti, jika di beri kesempatan dan izinNya jua
Terima Kasih
ZAIRUL AZRUN BIN ZAINAL ABIDIN
KETUA PEMUDA
PAS KAWASAN TAMBUN
No comments:
Post a Comment