Pelancaran dana pembangunan ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Nizar. Dijangkakan pungutan derma dan jualan wakaf ini akan berlangsung selama 6 bulan dan dijangka pembangunan bermula 6 bulan selepas itu. InsyaAllah jika diizinkan Allah markas Taman Meru ini akan berubah wajah menjadi Pusat Tarbiah Kawasan Tambun yang baru pada tahun depan. Semoga dengan pembangunan ini, gerakan dakwah akan berlancar dengan lebih mantap dan efisien dan menjadi pusat sebaran ilmu.
Setiap jualan wakaf akan diberikan sijil pembelian. Satu lot berharga RM 100/kaki persegi. Jumlah keseluruhan kos pembinaan adalah dalam RM 500ribu. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli dan menyumbang dalam pembangunan islam ini dialu-alukan terus menghubungi person in charge:
Saudara Khir Faizal 017-5753424
(S/U Kawasan Tambun)
Atau mana-mana exco Kawasan Tambun.
Bersempena ramadhan yang mulia, marilah bersama-sama kita meninfakkan sedikit harta yang ada untuk kepentingan dan pembangunan islam. Semoga dengan sumbangan yang sedikit itu, akan menjadi penyebab timbangan mizan kebaikan menjadi lebih dominan dan mendapat kemuliaan Allah atas amal jariah dalam ramadhan ini.
Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat (riwayat Muslim).
Kuliah Maghrib oleh TKP Ust Latif
Ucapan oleh SU Kawasan Akh Khir Faizal
Ceramah dan Pelancaran dana oleh Dato' Seri Nizar
Pelancaran dana pembangunan..
Jom membeli sambil menderma!!
Antara pembeli2 lot wakaf yang mendahulukan kepentingan islam
takbir!!!!
No comments:
Post a Comment