Monday, August 9, 2010

Konvensyen PAS Perak kali ke 15



Alhamdulillah, pada 6-7 Ogos 2010 yang lepas, PAS Perak telah berjaya menganjurkan Konvensyen PAS Perak kali ke 15 dan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden. Perwakilan dari setiap kawasan dan setiap ketua cawangan adalah diwajibkan untuk menghadiri konvensyen ini. Bagi menyahut seruan ini, Pemuda Tambun juga telah menghantar perwakilan bagi turut serta dalam aktiviti ini.

Perbahasan ucaptama Pesuruhjaya PAS Perak dari perwakilan juga menampilkan kelainan dari sebelumnya. Perwakilan diberikan tajuk khusus untuk dibahaskan. Pengkhususan ini menyerlahkan lagi kematangan, kerasionalan, percambahan idea dalam membahaskan topik yang diberikan tanpa membuang masa membahas  isu yang tidak berkaitan. Antara topik yang dibahaskan; persiapan pilihanraya, merakyatkan pimpinan PAS, pengukuhan tarbiah dan pelebaran dakwah dan pendekatan 'Islam For All'.

Ilham Center juga telah membentangkan kertas kerja hasil dari research yang dibuat di kawasan2 terpilih. Antara hasil kajiannya menunjukkan peratus pengundi melayu menolak kerjasama PAS dan DAP sangat tinggi. Jentera perlu ambik cakna maklumat ini dan menyebarluaskan penerangan berkaitan ini. Kemungkinan besar pengundi melayu masih tidak faham mengenai 'tahaluf siyasi' yang dibawa oleh PAS. Tahaluf siyasi ini penting bagi membentuk kerajaan yang adil dan bebas dari korupsi. DAP jauh lebih baik dari MCA yang jelas korup dari pengurusan dan kepincangan moral pimpinannya.

Tahniah PAS Perak!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails