Friday, October 18, 2013

tinta sang murabbi~


Sahabatku ....

1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.

2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.

3. Perjuangan bukan hanya tegang urat leher mempertahankan hujjah yang dipamer menerusi medan debat.

4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demontrasi

5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter.

6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher.

7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah.

8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihanraya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu.

9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang.

10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan.

tetapi ..... Perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diary rutin harian justeru Perjuangan juga adalah Perlaksanaan kata - kata.

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPPM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails