Saturday, October 26, 2013

GST bakal bunuh rakyat


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semakin menekan dan membebankan rakyat. Dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin menggila, ditambah pulak dgn pengurangan subsidi petrol dan gula, sejauh mana kerajaan BN dapat berikan jaminan bahawa GST tak akan bebankan rakyat? Golongan yang akan menerima kesan teruk adalah dari kalangan rakyat berpendapatan rendah. Pelaksanaan GST waktu ini adalah sgt tidak wajar krn akan terus menekan rakyat dgn peningkatan kos sara hidup. Selaraskan dulu urusan gaji minimum di sektor awam dan swasta, tingkatkan pendapatan isi rumah dsb.

Antara tujuan pelaksanaan GST ni adalah untuk menjana pendapatan negara dan seterusnya memberikan modal untuk membantu pembangunan negara. Ada yg mengatakan ia akan menambah RM 27 billion kpd pendapatan negara. Tiada masalah kalau nak jana pendapatan negara melalui pelaksanaan dasar cukai yg baru ni. Tapi kerajaan BN perlu melakukan homework yang teliti dan menangani dulu sepenuhnya krisis kepincangan, ketirisan dan rasuah yg berlaku dlm perkhidmatan awam dan kroni2 yg dijaga oleh kerajaan BN. Sejauh mana kerajaan dapat berikan jaminan bahawa dgn lonjakan pendapatan negara melalui GST ni tak akan digunakan utk projek pembaziran dan mengenyangkan kroni2 yang telah sedia kenyang?

Saban tahun dana awam digunakan dgn projek mega yg membazir dan ketirisan yang tidak masuk akal. Recall balik Audit Negara 2012:
1) Khazanah Nasional Berhad  gagal uruskan dengan baik 55 buah lukisan bernilai RM3.05 juta. 
2) Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan kehilangan 309 aset PDRM meliputi senjata api, gari dan kenderaan yang bernilai RM1.33 juta.
3)Perbelanjaan tinggi bagi artis K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta.

Apa yang dikhuatirkan, negara makin kaya dgn pungutan cukai, rakyat semakin sengsara, kroni2 makin mewah bermaharajalela, kerajaan makin gila membazirkan dana awam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails