Thursday, February 9, 2012

Bahang pilihanraya makin terasa walaupun gendang pilihanraya masih belum dipalu. Bantuan Allah sangat didambakan oleh semua pejuang-pejuang agama Allah. Tidak kira sehebat mana strategi yang telah dirancang, tidak kira ribuan juta dana pilihanraya yang telah dikumpulkan, jika bantuan dan izin Allah mengatakan tidak..maka sia-sia sahaja semua itu.

Berbalik kepada sirah junjungan Nabi, tatkala di Perang Badar walaupun tentera islam berjumlah 313 melawan ribuan tentera kuffar, Allah telah memberikan kemenangan kepada pejuang agama Allah. Itu adalah kerana keberkatan dan kecekalan iman yang ada pada diri pejuang islam. 

Marilah kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah, pertingkatkan iman dan amal supaya Allah mengurniakan kejayaan kepada pejuang agama Allah dalam pilihanraya akan datang. Pertolongan Allah itu amat penting!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails