Wednesday, February 29, 2012

Kurt Westergaard hina islam, mati terbakar


Dalam laporan siasatan, akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, yg telah melukis karikatur watak kepada Nabi Muhammad s.a.w, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran yg pelik.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya, yang telah menemui sebarang petunjuk tentang bagaimana kebakaran berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik Kurt yg telah rosak. Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis, yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w, telah menerima banyak ancaman dari umat Islam seluruh dunia selepas penerbitan yang berulang-ulang karikatur berkenaan di akhbar Eropah.
Kurt Westergaard
Pada Februari 2008, tiga warga Arab telah ditangkap kerana tuduhan penglibatan mereka dalam yang memplotkan kematian Kurt. Seorang lelaki Somalia telah juga cuba menikam beliau mati tetapi polis yg menjaga di rumahnya menyelamatkan beliau. Ia Mengingatkan semula bernilai bahawa kartun menghujat mula-mula muncul dalam akhbar Denmark Jyllands-Posten.
Laporan siasatan berkata kejadian itu berlaku beberapa hari kembali di mana Westergaard telah dibakar serius dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa adalah benar-benar senyap mengenainya. Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa saksi-saksi juga disediakan untuk memberi keterangan yang berlaku. Pihak berkuasa Denmark telah setakat ini tidak dapat mencari sebarang pembayang mengenai punca api, kerana mereka telah memulakan siasatan sambil sentiasa mengingati beberapa konspirasi luar untuk membunuh Blasphemer itu.
Mayat Kurt Westergaard yg terbakar dengan tiba-tiba
Menurut BBC, sebanyak dua belas orang yang terlibat dalam perbuatan menghujat, tetapi semua mereka, kecuali Kurt, telah memilih untuk pergi bawah tanah untuk melarikan diri dari kemurkaan awam selepas umat Islam di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan yang dihadiri oleh berjuta-juta orang. Orang di Malaysia juga telah menyertai saudara-saudara mereka seperti orang-orang di Indonesia, Bangladesh, India dan banyak negara-negara Arab untuk mendaftarkan bantahan terhadap konspirasi untuk memburuk-burukkan umat Islam dan agama mereka. Di Lahore dan Peshawar, penunjuk perasaan telah bertukar menjadi ganas dan sekitar enam orang terbunuh semasa, manakala harta bernilai juta rupee telah dibakarkan menjadi abu.
Tetapi sebaliknya menyatakan penyesalan mana-mana, Westergaard pergi awam banyak kali berkata beliau tidak mempunyai kesal kerana melakukan perbuatan yang memalukan. Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan betapa berkuasa Allah SWT, seperti walaupun pengaturan keselamatan foolproof, tiada dapat menyelamatkan dia dari akhir tragis. 

Tuesday, February 28, 2012

STAR hina Islam


KUALA LUMPUR, 28 Feb:Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.


(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah  seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf.

Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa.

Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.

Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.

Sunday, February 26, 2012

Dr Badrul Amin di fitnah

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nV9dHKBY

Monday, February 20, 2012

Himpunan Aman Bantah Israel 22 Feb


Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.

Jingga 13 telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.


Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel.


Bagi membantah kerjasama UmnoBN dengan Israel, PAS menyeru rakyat untuk bersama-sama turun dalam himpunan aman pada 22 Feb ini bagi menyuarakan bantahan.


Kerajaan Umno BN selama ini menafikan segala bentuk hubungan dengan Israel. Kini segalanya telah pecah tembelang bahawa Israel merupakan 'sahabat baik' Umno BN. Wang rakyat sewenangnya disalurkan kepada Israel, dimana wang itu sudah pasti digunakan untuk modal bagi membunuh rakyat Palestin dengan kelengkapan ketenteraan mereka.





Himpunan akan diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.

Manjoi tenggelam


Gugusan Manjoi : 20 Feb : Kehadiran Team Perakite seawal 5 pagi telah memberi tamparan kepada UMNO Tambun, dengan kelengkapan 3 kenderaan pacuan 4 roda dan 3 buah bot, telah mmapu mengurangkan bebanan para mangsa banjir besar di gugusan manjoi.

Kami menyiapkan pasukan penyelamat dengan diketuai Sdr Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, pada peringkat awal pada jam 5pagi kami hanya dapat mengumpul 5 orang petugas, tetapi bilangannya meningkat kepada hampir 30 orang.

Dengan pengalaman Unit Amal dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir diseluruh negara dan kelengkapan yang ada, misi bantuan berjaya dilakukan. Kami mengkelaskan kepada 2 zon bencana Jalan Dato dan Jalan Tok Ketua, misi yang dijalankan ialah memberi maklumat kepada mangsa yang tidak mahu berpindah, menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian.

Sehingga ke pukul 2 petang hampir 500 bungkusan telah diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut, walaupun mereka yang berpindah ke pusat perpindahan kami dimaklumkan sehingga pukul 1.30tgh masih tidak disalurkan makanan kepada mereka.

Mangsa-mangsa banjir lebih berkeyakinan kepada Team Perakite kerana bantuan-bantuan yang mereka terima tepat pada masa yang diperlukan..



sumber: PAS Tambun

BBQ Tun Terang pecah tembok Umno

 bakor jangan tak bakor
 pedih mate menahan asap
 sumbangan kepada masyarakat oleh tuan Hj Asmuni
cabutan bertuah untuk anak-anak muda

Pada 19/2/2012, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah menganjurkan satu program BBQ di Tun Terang, Sg Tapah. Program ini bertujuan mendekati anak-anak muda dan memecahkan tembok Umno yang sudah berkarat di kawasan berkenaan. Program diselitkan dengan tazkirah oleh Ustaz Lokman (Timbalan YDP PAS Kawasan Tambun, ucapan dari Tuan Hj Asmuni (AJK PAS Pusat dan calon PAS untuk DUN Manjoi) dan tayangan video. Sumbangan kebajikan telah diberikan kepada masyarakat untuk meringankan beban kos sara hidup.Program berakhir kira-kira jam 11 malam. 
Terima kasih kepada tuan rumah, Bro Awie kepada bersama menjayakan program.

KEJAYAAN BESAR BUAT PAS KERANA BERJAYA PECAH TEMBOK KUBU KUAT UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails