Sunday, August 14, 2011

Pemuda edar bubur lambok


exco pemuda sedia untuk turun padang

muslimat dan nisa tengah masak bubur lambok

sedap hingga jilat jari..~

sumbangan kepada penduduk kg sri kelebang
trimas..

semalam Dppk Tambun telah turun padang untuk mengedarkan bubur lambok kepada pemduduk di sekitar dun manjoi terutamanya di Kg Sri Kelebang dan area Kelebang Jaya. Semoga semua mendapat keberkatan di dalam bulan yang mulia ini..



Friday, August 12, 2011

Ceramah Badar Al-Qubra 2011


moh kite hayati sesama perjuangan nabi junjungan kite..


Thursday, August 11, 2011

Fasa 2 ramadhan

Kini tanggal 11 ramadhan umat islam telah berjaya melayari 11 hari di universiti tarbiah ramadhan. Telah berlalunya 1/3 ramadhan dimana Allah janjikan rahmat kepada seluruh hambaNya. Semoga bermulanya fasa ke dua ini meningkatkan lagi taqwa dan ibadah kita kepada khaliq. Ayuh ibadah!

Wednesday, August 10, 2011

Banyakkan berdoa dalam ramadhan


alt
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa- ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
Sabda Rasulullah;
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Doa yang makthur dari Rasulullah s.a.w. untuk dibaca ketika berbuka puasa akan kita nyatakan di depan nanti. Adapun doa lailatul-Qadar, maka diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; "Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; 'Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?' Jawab Rasulullah; 'Kamu bacalah doa;
اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku)." [Riwayat Imam at-Tirmizi]
Doa lailatul-Qadar ini ada baiknya kita membacanya pada setiap malam di bulan Ramadhan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya. Jika kita membacanya secara berselang, ada kemungkinan malam yang kita tidak membaca doa itu, malam tersebut merupakan malam al-Qadar. Maka akhirnya kita terluput dari mendapat kelebihan yang besar ini, walhal ia amat mudah diperolehi.
Menurut ulama', kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan lebih digalakkan lagi berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhir darinya (terutama yang ganjil). (rujuk; al-Asas fi at-Tafsir, Syeikh Said Hawa, surah al-Qadar).
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُم: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمامُ العادِلُ، وَدَعْوَةُ المَظْلُومِ
"Tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah); Orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka, Imam (pemimpin) yang adil, Doa orang yang dizalimi."
(Riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.) 

Tuesday, August 9, 2011

Saksi: Najib, Rosmah dipanggil ke mahkamah.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil ke mahkamah sebagai saksi dalam kes perbicaraan fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor KeadilanDaily.
Najib dan Rosmah, mahkamah juga membenarkan pihak pembela, memanggil 18 saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada awal perbicaraan yang menyaksikan hari pertama Anwar dipanggil membela diri.
Zabidin dalam keputusannya berkata apabila pendakwa raya menawarkan saksi, maka pendakwaraya bertanggungjawab memastikan saksi hadir ke mahkamah.
Hakim juga bersetuju peguam bela berhak menemubual saksi dengan syarat mereka  sedia dipanggil.
“Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan),” katanya.
Dalam permohonan sebelum ini, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwa memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan  di akhir kes mereka, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
Anwar mahu memanggil Najib, Rosmah, pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Selain 5 saksi itu, Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi.
Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan pada hari ini hingga 26 Ogos.
Sumber : HarakahDaily

Friday, August 5, 2011

Tazkirah Ramadhan 3


Ramadhan sebagai medium capai 10 muwosafat tarbiyah

1) Aqidah yang sejahtera
Kenapa kita puasa?Tanya balik diri sendiri tujuan kita berpuasa.insyaAllah,kita semua maklum kan yg berpuasa di bulan ramadhan adalah wajib bg semua org islam spt dalam surah albaqarah ayat 183:
” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ”
Ini bermakna kita percaya dengan Allah.Kita melaksanakan perintahNya dan kita dah pun melakukan salah satu dari rukun islam. Kita kena jelas tujuan berpuasa dan kita sebagai hambaNya mestilah patuh akan suruhanNya.
2) Ibadah yang sahih
Dalam bulan ramadhan ini,hendaklah kita meningkatkan amalan-amalan ibadat kita.Banyakkan membaca al-quraan,buat solat-solat sunat,bersedekah,qiamullai dan amalan2 ibadah yang lain.Kita harus memaksimumkan amalan2 kita sebab kita tahu ganjaran bagi ibadah2 yang dilakukan dalam bulan ini akan digandakan.Hidupkanlah bulan ini dengan amalan2 ibadah wajib dan sunat.Hakikatnya,ibadah harus dilakukan sebab seluruh hidup kita adalah ibadah .Bukan hanya dalam ramadhan shj tetapi juga dalam 11 bulan yang lain.Selain itu,untuk mendapat ibadah yang sahih,segala bidaah2 yang berkaitan harus ditinggalkan.Ikutilah amalan2 yg dilakukan oleh RasulAllah SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Wednesday, August 3, 2011

Kantoi komplot pengundi hantu yang ber'warganegara'

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.
Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.
"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.
Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.
Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.
"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.
Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.
Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.
"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.
Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails