Ramadhan sebagai medium capai 10 muwosafat tarbiyah
1) Aqidah yang sejahtera
Kenapa kita puasa?Tanya balik diri sendiri tujuan kita berpuasa.insyaAllah,kita semua maklum kan yg berpuasa di bulan ramadhan adalah wajib bg semua org islam spt dalam surah albaqarah ayat 183:
” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ”
Ini bermakna kita percaya dengan Allah.Kita melaksanakan perintahNya dan kita dah pun melakukan salah satu dari rukun islam. Kita kena jelas tujuan berpuasa dan kita sebagai hambaNya mestilah patuh akan suruhanNya.
2) Ibadah yang sahih
Dalam bulan ramadhan ini,hendaklah kita meningkatkan amalan-amalan ibadat kita.Banyakkan membaca al-quraan,buat solat-solat sunat,bersedekah,qiamullai dan amalan2 ibadah yang lain.Kita harus memaksimumkan amalan2 kita sebab kita tahu ganjaran bagi ibadah2 yang dilakukan dalam bulan ini akan digandakan.Hidupkanlah bulan ini dengan amalan2 ibadah wajib dan sunat.Hakikatnya,ibadah harus dilakukan sebab seluruh hidup kita adalah ibadah .Bukan hanya dalam ramadhan shj tetapi juga dalam 11 bulan yang lain.Selain itu,untuk mendapat ibadah yang sahih,segala bidaah2 yang berkaitan harus ditinggalkan.Ikutilah amalan2 yg dilakukan oleh RasulAllah SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)
3) Akhlak yang mulia
Ramadhan merupakan alat untuk kita meningkatkan diri menjadi hambaNya yg lebih baik.Dengan berpuasa,kita hendaklah melatih diri dari melakukan perkara2 yg mendapat dosa dan sia2.Apabila berpuasa,bukan hanya perut kita shj berpuasa,tetapi seluruh anggota badan kita berpuasa dan bersabar.Mata,telinga,tangan,kaki,hati,lidah dan seluruh badan haruslah dipelihara dari melakukan perbuatan dosa.Kita taknaklah puasa hanya setakat dapat lapar dan dahaga tetapi masih baran, mengumpat,menfitnah dan sebagainya.Nanti pahala puasa kita semakin berkurangan dan hanyalah sia2 puasa kita itu.Allah’alam.Yang penting,berusaha untuk mengawal hawa nafsu dan membentuk diri menjadi hamba yang diredhaiNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Semua amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 hingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Adapun puasa itu adalah untuk Allah dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian.” (Hadis Riwayat Muslim)
4) Luas pengetahuan
Haa.Bulan puasa ni kenalah banyakkan membaca al-Quraan.Itu adalah sebaik-baik kitab yg penuh dengan ilmu pengetahuan.Segala bidang ilmu ada contohnya perubatan,sains,sejarah,muamalat,akhlak dan sebagainya.Selain itu,luangkanlah masa utk hadiri progam2 ilmu yang diadakan atau banyakkan membaca buku2 seerah. Di Malaysia ni,masjid2 banyak yg mengadakan ceramah2 ramadhan dan program2 ilmiah bg menyemarakkan bulan yg mulia ini.Sama2 kita luangkan sikit masa untuk menambah dan mengukuhkan lagi kefahaman kita mengenai islam.
5) Berdikari
Bulan ramadhan ni boleh membantu seseorang utk berdikari dengan mereka menjaga kewangan mereka.Berbelanjalah secara sederhana dan gunakan duit2 lebih itu dengan bersedekah.Banyak cara untuk bersedekah dlm bulan ramadhan ni.Tak semestinya bagi duit.Boleh dilakukan jg dengan memberi jiran juadah berbuka.Selain itu,zakat yg diwajibkan boleh melatih manusia untuk memberi kepada yg memerlukan.Ini adalah medium untuk kita sedar yang harta ini perlu dikongsi dan bukan milik kita seorang.
6) Sihat tubuh badan
Haa..Macam mana puasa boleh sihatkan badan kita?Sedangkan ramai orang anggap puasa ni melemahkan kita.Tak larat nak bersenam.Lemah tak bermaya lah.Actually,kitalah sbnrnya yg kena mencergaskan diri kita.Puasa tak bermakna kita boleh rehat2 tapi,gunakan masa2 yg ada dgn pergi bersenam.Selain itu,bila berpuasa kita menjaga perut kita seharian.So,bila berbuka tu,pandai2lah kawal selera makan.Makan sekadar perlu dan kunyah perlahan2.Kajian menunjukkan puasa boleh mengimbangkan sistem peredaran darah (check blk fact ni..dpt dr org.huhu).
7) Menjaga waktu
Secara tak sedar,sbrnya time puasa nilah kita paling byk tengok jam kan.Tengok waktu berbuka.hehe.Uniknya ramadhan ni,sebab pagi ada sahur.kemudian,waktu berbuka dan solat tarawikh.Ramadhan nilah kita kena latih diri untuk lebih punctual dengan masa.Conth,kalau kita tak punctual waktu sahur,nnt terlpas pulak utk bersahur.Begitu jga waktu berbuka.Dan kita tahu sunat utk melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka.Kenalah pandai uruskan masa.So,kat sini kita nampak kan betapa pentingnya kita menjaga waktu agar segala urusan kita dapat dilakukan dan kita tak rugi apa2.
Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)
Tersusun urusannya
Bila berpuasa,kita sebenarnya ada lebih banyak masa.Sebabnya masa utk sarapan dan lunch boleh digantikan dgn buat benda lain.Contohnya,baca Quraan.Masa2 makan kita itu gunakan untuk bagi roh kita makan.Scary lar pulak dengar.huhu.Maksudnya,banyakkan baca quraan,berzikir,tadarus.Dan kurangkan berfikir pasal makanan sebaliknya lebih banyak utk mengigati Allah.
9) Mujahadah atau bersungguh2
Ramadhan ni ada matlamat yg jelas.Iaitu membina taqwa.Maka,ia perlu ditempuhi dengan serius dan bersungguh2.Ia bukan sekadar adat atau satu kitaran biasa.Penghayatan ramadhan perlu lebih jelas agar kita dapat taqwa tu dan seterusnya taqwa nilah yg akan membimbing kita pada bulan2 yg lain.Walaupun berpuasa,aktiviti harian kita perlu dilakukan dengan sunguh2 dan jgn gunakan alasan puasa utk berehat2.
10) Bermanfaat pada orang lain
Banyak sangat benda yg kita boleh buat untuk memberi manfaat pada orang lain.Antaranya bersedekah,membantu ibubapa,memberi jiran tetangga makan,memeriahkan program2 agama.Ramadhan ni harus dijadikan mekanisme untuk kita mengukuhkan silaturrahim dengan masyarakat.Lepas solat tarawikh tu,bolehlar sembang2 dgn orang2 kampung sambil makan2 moreh.
Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi)
InsyaAllah,contoh2 diatas adalah antara kelebihan2 ramadhan sebagai alat mencapai 10 muwosafat tarbiyah.Ada banyak lagi benda yg boleh dilakukan dalam bulan ramadhan ini.Itulah dia RAMADHAN.Bulan ini penuh dgn kebaikan andai kita mengerti.Ia bukan sekadar adat tetapi satu ibadat yg memerlukan penghayatan dalam menjalaninya.Maka,sama2 kita setkan balik target apa yang nak di capai dalam ramadhan ini.Sentiasa memperbaharui niat kita.Ramadhan bukan dilakukan sekadar untuk mendapat pahala tetapi untuk meningkatkan diri kita menjadi hambaNya yang bertakwa.Allah’alam.
No comments:
Post a Comment