Wednesday, July 27, 2011

Gempar!! Pekerja asing didaftarkan secara biometrik!

 

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan program pendaftaran biometrik untuk pekerja asing. Dilaporkan  1.8 juta pekerja asing telah didaftarkan melalui sistem biometrik ini. Juga dimaklumkan bahawa program ini akan berlangsung sehingga 31 Julai ini. Persoalannya mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa untuk mendaftarkan pekerja asing melalui sistem biometrik? Isu ini berbangkit setelah BN melalui banjingannya SPR mengutarakan isu biometrik dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Mungkinkah ada kaitan pendaftaran biometrik pekerja asing dengan pilihanraya yang bakal menggunakan biometrik? Baru-baru ni kecoh dibeberapa tempat terutamanya di Kelantan dan Selangor, ada sindiket pemberian MykAd kepada warga asing yang didalangi oleh parti politik sempit Tidak lain tujuannya adalah untuk manipulasi warga asing dijadikan pengundi hantu BN pada pilihanraya akan datang.

Melalui pendaftaran biometrik warga asing yang dilakukan baru-baru ini,tidak mustahil jika BN akan mendapat data dan maklumat yang lengkap warga asing terbabit untuk dimanipulasi dalam pilihanraya akan datang. Melalui teknologi biometrik, maklumat mengenai individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan. ukuran iris mata atau cap jari akan direkodkan. Semua maklumat ini telah sedia ada, komponen yang penting untuk diguna pakai dalam pilihanraya akan datang.

Jika berlaku sistem biometrik pada pilihanraya akan datang, pelbagai keraguan mampu ditimbulkan. Tidak mustahil jika warga asing ini juga akan melalui sistem biometrik sebelum membuang undi. Walau bagaimanapun, warga asing ini telah disahkan sebagai warganegara melalui pemberian MyKad dan pengesahan biometrik, tidak mungkin mereka akan dikecam sebagai warga asing.

Warga asing sudah ada MyKAd --- > maklumat terperinci warga asing melalui biometrik sudah ada dalam tangan BN --- > pada pilihanraya akan datang tidak mustahil warga asing yang datang berstatuskan 'warga negara' akan terlepas pada sistem biometrik sebelum membuang undi.

Inilah antara keraguan yang yang patut difikirkan oleh semua pencinta keadilan. Jangan biarkan pilihanraya di cabuli!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails