Tuesday, June 14, 2011

PEMUDA MESTI KUASAI MEDIA MAYA

Peranan teknologi siber

Peranan media baru(internet blog facebook dsb) dalam mempengaruhi minda rakyat sangat besar, ini disedari bn selepas berlakunya reformasi pada tahun 1998, revolusi di mesir dan beberapa buah negara lain juga membuktikan media baru sebagai satu alat yang sangat ampuh lagi dahsyat

Ini juga di antara sebab kenapa DPPP melancarkan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan pada 15 Januari 2011 yang lalu, ini bagi mewujudkan dan memperkasakan lagi dominasi ideologi PR dan penjelasan isu dalam media maya

Pun begitu, jika kita sedar, pihak lawan juga sedang bertungkus lumus untuk menguasai media baru ini, dimana umno dlm perhimpunan agung 2010 mereka memutuskan beberapa perkara, antaranya ialah kuasai teknologi siber dan media maya

Hal ini diterjemahkan dalam statistik baru-baru ini yang menunjukkan blog/site proBN lebih banyak dikunjungi berbanding pro PR, menunjukkan bn memang bersungguh-sungguh untuk kuasai media maya

Oleh itu, pemuda khususnya yang celik IT seharusnya mengoptimumkan fungsi media maya seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya bagi menarik sebanyak mungkin sokongan kepada Pakatan Rakyat, juga sebagai medium untuk memberi penjelasan terhadap kekeliruan isu semasa

Dimana peranan kita?

maka, situasi hari ini menuntut kita untuk bersifat waqi'iyyah dan realistik dalam kita menghadapi serangan berbentuk dakwaan, psikologi(psycho war), idealism dan sebagainya, kita tidak patut hanya bergantung pada risalah berbentuk fizikal semata, tetapi haruslah berusaha mengkudakan media maya untuk kebaikan

kalau dahulu satu maklumat memerlukan beberapa hari untuk sampai ke luar kota, tetapi hari ini satu maklumat itu hanya perlukan beberapa saat untuk sampai ke seluruh dunia

lalu mengapa kita sebagai umat Islam tidak mengambil faedah daripadanya?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails